Tuesday, February 21, 2017

5 Tanda Awal Kencing Manis Yang Paling Membimbangkan.

Tolong jangan ambil MUDAH, mungkin tanda-tanda ini terjadi pada anda.
.

Berikut adalah tanda-tanda awal kencing manis:

1. Berat badan menyusut deng drastik
  • Bagi sesetengah orang,kehilangan berat badan secara drastik dalam masa yang singkat mungkin menggembirakan mereka.Tetapi awas kerana ia mungkin salah satu tanda anda menghidap kencing manis kerana disebabkan oleh kegagalan badan untuk memproses glukosa sebagai tenaga yang menyebabkan ia mula memecahkan otot dan lemak untuk menghasilkan tenaga.
2. Penglihatan kabur
  • Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan kabur. Gula darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal dan mungkin juga buta.
3. Luka lambat sembuh
  • Ini adalah tanda klasik kencing manis. Ia berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan sampai ke anggota-anggota badan lain.
4. Kerap dahaga dan kencing pada waktu malam
  • Lebihan glukosa dalam saluran darah membuatkan buah pinggang bekerja lebih keras untuk memprosesnya. Ini menyebabkan seseorang menjadi kerap membuang air kecil pada waktu malam.
  • Apabila air banyak hilang anda akan menjadi lebih dahaga. Itulah antara petanda badan anda sedang cuba menggantikan air yang telah hilang.
5. Sering kebas pada tangan dan kaki
  • Antara tanda kencing manis yang lain ialah selalu rasa kebas. Ia disebabkan oleh kerosakan pada sistem saraf atau pembuluh darah yang menyebabkan seseorang mengalami kesemutan, kebas atau bengkak pada tangan dan kaki. Ini kerana darah tidak lagi sampai pada hujung saraf anggota badan.
Itulah 5 tanda awal anda terkena kencing manis. Kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda...

| SBP