Wednesday, October 19, 2016

Jangan Lakukan Perkara Ini Di Tempat Tidur.

Tempat tidur yang berfungsi sebagai tempat beristirehat menjadi satu-satunya tempat ternyaman di dalam rumah. Namun banyak individu yang terbiasa melakukan aktiviti di atas tempat tidur, mulai dari makan sehingga bekerja. Padahal kebiasaan ini tidak baik bagi kesihatan.


Seperti dipetik dari laman Women's Health, lima perkara ini kerap dilakukan individu di atas tempat tidur:

1. Menonton hingga tertidur

Beberapa orang terbiasa menonton televisyen hingga terlelap. Tabiat buruk ini benar-benar harus dihindarkan secepat mungkin. Mengapa?

Seorang sleep specialist, W. Christopher Winter, MD, berkata cahaya televisyen merangsang otak dan mempengaruhi rembesan hormon melatonin yang diperlukan untuk mendapatkan tidur yang sihat sepanjang malam.

Jika perkara ini menjadi kebiasaan anda, maka ia memberi risiko pada kualiti tidur yang tidak sihat, mengganggu waktu rehat yang diperlukan otak juga menyebabkan tidur menjadi gelisah.

2. Membuka instagram

Membuka akaun Instagram atau media sosial lain sudah menjadi kebiasaan banyak orang menjelang tidurnya.

Sleep expert dari University of Southern California, Eric Kezirian, MD, mencatatkan bahawa telefon mengeluarkan sejumlah cahaya yang mampu mengganggu kesedaran tubuh dan menyulitkan otak untuk berehat.

3. Makan makanan ringan

Mungkin makanan ringan yang menjadi teman setia anda di malam hari. Malangnya, menurut Perunding tidur, Paul Bello Exterminator berkata, rempah-ratus dari makanan ringan yang jatuh ke tempat tidur menjadi sarang berkumpulnya semut, lalat, lipas yang membawa kotoran dan bakteria.
Pakar forensik dari American Museum of Natural History, Louis N. Sorkin, berkata, makanan manis seperti soda, jus buah, cupcakes, dan kuih boleh menarik perhatian semut dan lalat.

4. Bekerja

Tempat tidur bukan tempat yang tepat untuk bekerja. Seorang productivity coach, Lauren Stack, berkata, banyak orang berfikir bekerja di tempat tidur akan membuat mereka lebih produktif. Padahal kebiasaan ini akan memburukkan lagi kualiti tidur dan mengalami insomnia.

5. Tidur dengan haiwan kesayangan

Jangan membiarkan haiwan kesayangan anda tidur di atas tempat tidur bersama. Menurut National Sleep Foundation, haiwan adalah faktor yang mempengaruhi seseorang mengalami gangguan tidur. Haiwan juga memberi kesan buruk kepada individu yang mempunyai alergi atau asma.