Tuesday, October 18, 2016

Inilah Yang Terjadi Apabila Seorang Lelaki Memeluk Wanita Yang Dicintainya!

Ketika seorang lelaki diam-diam muncul dari belakang dan memeluk wanita yang dicintainya, dia akan melakukannya dengan penuh kelembutan, kehangatan, dan perasaan melindungi. Dia akan memastikan wanitanya berada tepat di tengah-tengah keintiman itu, seolah menunjukkan bahawa di saat itu mereka berdua adalah pusat dari alam semesta.


Pelukan adalah kelembutan yang manis di antara keduanya.

Seorang lelaki sejati akan menyentuh wanitanya dalam keheningan. Wanita satu-satunya yang paling senyap yang pernah dia temui. Di saat itu terjadi, arus hangat mengalir di antara tangan-tangan yang damai.

Ketika seorang lelaki memeluk wanita yang dicintainya, dia yakin bahawa itu merupakan wujud dari cinta yang tenang dan selesa. Merupakan kelembutan yang manis seperti butiran gula dalam cawan teh panas.


Pelukan adalah bukti dari perlindungan dan ketenangan.

"Siapa wanita yang ada di tangan saya ini?" 
"Apa yang sedang dia rasakan?" 
"Siapa dia? Seoarang wanita atau sekadar lelaki yang belum memahami cinta? " 
"Apakah dia merasa dicintai? Atau perlu menerimanya dengan sayang dan kelembutan hati? " 
"Apakah ada semacam keheningan yang menutupi bahu wanita ini dan menyembunyikan rahsia? " 
"Ataukah...ada yang bersembunyi di balik pelukan yang begitu intim ini? "


Setelah semuanya, seorang lelaki hanya akan terus memeluk wanitanya. Melindunginya dari dunia luar yang begitu sejuk dan sepi. Kerana dalam setiap pelukan hangat dan nyaman seoarang lelaki, ada sepasang lengan sebagai bukti dari perlindungan dan ketenangan.
Cerita kecil ini, adalah kejujuran yang tidak pernah wanita sedari. Wanita-wanita yang hanya boleh menunggu dan berharap untuk ...


Jadi, peluklah wanitamu sekerap mungkin. Letakkan dia benar-benar di tengah lingkaran. Hargai wanitamu dan tunjukkan betapa lembut dan sensualnya cintamu. Hanya cintailah dia, kerana dia sangat memerlukan itu.

Ya...dia memerlukan pelukan seperti yang kamu lakukan padanya sekarang.