Wednesday, October 5, 2016

Google Akhirnya Melancarkan Telefon Pintar Android Pixel.

Google meningkatkan pertaruhan saingan dengan beberapa nama besar industri seperti Apple, Samsung dan Amazon menerusi pelancaran telefon pintar Pixel serta pelbagai perkakasan lain pada Selasa. 

Google Pixel

Pelancaran telefon pintar rekaan Google sepenuhnya itu seiring aspirasi firma teknologi gergasi itu meningkatkan penyertaan dalam segmen perkakasan. 

Ketua Pegawai Eksekutif Google, Sundar Pichai, berkata peranti baharu itu adalah sebahagian strategi syarikat mengembangkan rangkaian produk dalam segmen 'mesin-mesin pintar'. 
Pixel akan ditawarkan dalam dua saiz paparan, lima inci dan 5.5 inci dan harga bermula dari AS$649 (RM2,674), hampir menyamai harga iPhone 7. 


Tempahan dibuka mulai Selasa untuk pasaran Australia, Canada, Germany, Britain, dan Amerika Syarikat. 

Google pada majlis itu turut memperkenalkan 'sistem pembantu di rumah', fon kepala realiti maya dan sistem router Wi-Fi baharu. - AFP

INI PUN MENARIK DIBACA JUGA: