Sunday, October 9, 2016

Daripada 5 Tahap Cinta Ini, Kebanyakan Pasangan Hancur Di Fasa Ke-3...Huhuhu...Sedih Sangat.

"Seolah-olah dia bukan untukku, lebih baik saya lari jauh darinya" adalah kalimat yang sering diucapkan orang yang baru saja putus. Atau mungkin, kamu sendiri pernah mengatakannya dan meluahkannya sewaktu sedang berlaku bergaduhan besar antara pasangan meskipun, orang-orang di sekeliling menganggap kamu adalah pasangan yang sempurna. Di waktu seperti itu, kamu berfikir bahawa inilah masa yang tepat untuk hidup sendiri dan lari dari masalah sekaligus bingung mengapa cinta sejati secara perlahan-lahan boleh luntur begitu cepatnya?


Sebenarnya, ini terjadi kerana kamu sedang putus asa di peringkat ketiga dari keseluruhan lima tahap cinta. Dan memang benar, sebahagian besar pasangan memilih menamatkan hubungan mereka di fasa yang paling sukar ini.

Oleh itu, apakah 5 tahap cinta itu?

1. Jatuh cinta


Jatuh cinta adalah fasa di mana kamu mencari kebahagiaan pada seseorang dan begitu menaruh banyak harapan padanya. Dengan cepat dia menjadi pasangan yang paling sempurna untukmu, sama sekali tidak mempunyai kekurangan. Kamu yakin bahawa dia akan memenuhi semua keinginanmu dan mempercayai semua yang diucapkannya.

Kamu percaya, ada kekuatan cinta yang menaungi kamu berdua hingga tidak ada perkara apapun yang mampu menghentikannya.

2. Menjadi pasangan


Pada fasa ini, cinta menjadi semakin kuat. Kamu dan dia saling mengenal satu sama lain lebih baik dari sebelumnya. Anda mempunyai pengaruh besar pada seluruh hidupnya, begitu juga sebaliknya. Ini adalah masa yang benar-benar menyeronokkan dalam hidup anda berdua.

Bagi beberapa pasangan, setelah berbulan-bulan atau beberapa tahun, fasa ini boleh berlanjutan sehingga kehadiran buah hati yang semakin memperkuatkan ikatan cinta di antara keduanya. Saling melindungi dan menginginkan, merasa bahawa mereka adalah pasangan yang sudah ditakdirkan hidup bersama.

3. Kecewa


Tidak peduli masih dalam hubungan kekasih atau berkahwin, ini adalah fasa paling kritikal dimana harapan cintamu pada pasangan mula pudar. Perasaanmu padanya beransur menghilang, tidak seperti sebelumnya. Kamu merasa, dia benar-benar tidak dapat diramal dan sangat berbeza.
Pada kemuncaknya, kamu memutuskan untuk pergi darinya dan meyakinkan diri bahawa, kamu dan dia tidak akan dapat bersatu lagi. Kamu merasa, tidak ada gunanya menyeksa diri dalam hubungan yang begitu menjenuhkan dan seksa itu.

4. Menghadapi kenyataan, meneruskan hubungan


Jika kamu mau menutup mata dan cuba menghadapi masalah paling sukar bersama pasangan, kamu mungkin boleh melewati fasa ketiga dengan happy ending. Fikiran kau terbebas dari prasangka-prasangka negatif tentangnya. Anda sedar bahawa, orang yang ada di hadapanmu adalah kenyataan yang harus diterima.

Anda mula belajar memahami kekurangannya. Di fasa ini, kamu berdua benar-benar bersedia ke fasa seterusnya, dengan kekuatan pedoman cinta.

5. Menggunakan kekuatan cinta untuk mengubah dunia


Sekarang kamu telah menyedari bahawa, kamu berdua mampu mengatasi semua masalah, perbezaan, dan mempunyai ikatan yang sangat kuat. Kamu berdua yakin boleh mengubah sesuatu di dunia ini, walaupun apa saja masalah itu. Kamu tidak hanya menjalani hidup bersama, tetapi juga mempunyai matlamat besar bersama-sama.

Pada fasa cinta tertinggi ini, anda boleh yakin 100% bahawa, pasangan anda adalah orang yang memang ditakdirkan Tuhan untukmu.

Selamanya....


**Huhuuuu....mama sori...jangan ko marah sia lagi...sedih sangat...mesti kita mau sampai fasa 5...