Wednesday, September 21, 2016

TWERKING: Gadis Tempatan Atau Gadis California?

TWERKING atau mudah dikatakan sebagai gelekan ‘maut’ sudah semakin digilai remaja perempuan di seluruh dunia dan ianya dimuat naik dalam laman sosial untuk tontonan ramai.

Laman web perkongsian video, Youtube kembali ‘hangat’ apabila sebuah video membabitkan seorang penari yang dikenali sebagai Lexy Panterra mendapat tontonan ramai.


Dalam video tersebut, penari berasal dari California, Amerika Syarikat itu melakukan pelbagai aksi gelekan maut dengan diiringi lagu One Dance dari penyanyi antarabangsa, Drake yang dirakamkan semula olehnya.

Video yang dinyanyikan sendiri oleh Lexy itu mendapat lebih 2 juta tontonan daripada netizen.

Tidak kurang juga gadis tempatan di negara ini yang turut memuat naik video twerking menggunakan lagu yang sama.
Awal Julai lalu, kita digemparkan dengan video tarian gelek ‘ghairah’ anak kepada pelakon dan penyanyi terkenal, Kazar Saisi.

Aksi Ira Kaza menjadi trending apabila dia merakamkan aksi gelek dengan gaya seksi berlatarkan lagu berjudul One Dance nyanyian Drake.

Mungkin sudah menjadi ikutan remaja masa kini yang akan bergelek dan melakukan aksi ghairah apabila mendengar lagu ini. Hanya mereka yang ada jawapannya.

Klik video dibawah untuk mengetahui 'gelekan maut':