Tuesday, September 20, 2016

Telinga Dimasuki Air? Atasinya Dengan 5 Cara Mudah Ini!

Ketika sedang mandi atau berenang, air boleh masuk ke dalam telinga tanpa sengaja. Meski dimasuki air bukan keadaan yang serius, tetapi rasanya sangat tak selesa. Ramai juga telinga mereka terasa sakit atau pendengaran menjadi kurang kerana kemasukan air. 


Ketika dimasuki air, telinga juga boleh terasa gatal akibat air yang terperangkap dalam saluran telinga. Untuk meredakan sensasi ini, anda harus berusaha untuk mengeluarkan air dari telinga atau mengeringkan air di dalam telinga. Berikut adalah beberapa cara mudah yang boleh anda lakukan untuk mengeluarkan air dari dalam telinga, seperti dipetik dari Health Me Up. 

Cara #1. 

Cara pertama yang boleh digunakan untuk mengeluarkan air dari telinga adalah dengan memiringkan kepala hingga sejajar dengan lantai. Seterusnya, letakkan telapak tangan ke bahagian telinga yang dimasuki air. Tekankan telapak tangan dengan lembut ke lubang telinga yang dimasuki air, kemudian lepas dengan cepat. Ini akan membuat tangan berubah menjadi vakum sementara yang membantu menghisap air keluar. Setelah air keluar sedikit demi sedikit, anda boleh menggunakan pengorek telinga untuk membersihkan telinga. 

Cara #2. 

Tutup mulut dan pegang hidung dengan tangan. Kemudian ambil nafas panjang dan keluarkan udara melalui lubang hidung. Ini akan menetapkan tekanan udara dan membuat saluran eustachian, sehingga mengurangkan rasa tidak selesa pada telinga yang dimasuki air.

Cara #3.
Anda juga boleh menggunakan pengering rambut (blow dryer) untuk mengeringkan air dalam telinga. Pegang pengering rambut kira-kira 25 cm di depan telinga, atur panas paling rendah dan kelajuan angin yang rendah. Selepas itu hidupkan dan biarkan anginnya masuk ke telinga, biarkan selama beberapa saat. Ulangi jika perlu. 

Cara #4.

Sediakan satu perempat cawan garam dan panaskan dalam microwave. Selepas itu, letakkan dalam kain kapas dan ikat dengan kencang. Letakkan kain tersebut di dekat lubang telinga dan biarkan selama beberapa minit agar garam menyerap air di dalam telinga. 

Cara #5. 

Hancurkan beberapa ulas bawang putih dan ambil pati di dalamnya. Ambil kira-kira dua hingga tiga titis sari bawang putih, kemudian masukkan dalam telinga yang dimasuki air. Tunggu selama beberapa minit, kemudian keringkan telinga menggunakan pengering rambut seperti cara nombor tiga. Ini akan mengeringkan air dalam telinga sekaligus menghilangkan rasa sakit akibat kemasukan air. 

Itulah beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk mengatasi masalah ketika telinga dimasuki air. Jika cara di atas tidak berjaya dan telinga masih terasa tak selesa atau sakit, sebaiknya segera dapatkan pemeriksaan doktor. Semoga dapat memberi panduan...