Sunday, September 25, 2016

Berita Baik Untuk Rakyat Dan Parti Pembangkang Tempatan Sabah.

Menurut Sumber, Datuk Sri Shafie Afdal akan bergabung dengan UNITED SABAH ALLIANCE-USA iaitu gabungan PARTI TEMPATAN SABAH (akan diumumkan sedikit masa lagi).

Dan tindakan Naib Presiden PKR, Darrel Leiking yang mengumumkan untuk keluar daripada PKR berkemungkinan disebabkan oleh beliau tidak lagi mempercayai kepimpinan parti tersebut.


Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, selain itu, tindakan diambil oleh Leiking tersebut adalah bertujuan bagi mencari platform baru khususnya di bawah kepimpinan bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal melalui parti tempatan Sabah.

“Ini merupakan satu petanda bahawa parti tempatan tersebut juga bakal mendapat sokongan daripada masyarakat Kadazandusun Murut (KDM),” katanya ketika dihubungi Sinar Onlien hari ini.

Semalam, Leiking mengumumkan meletak jawatan dan keluar PKR berkuat kuasa serta-merta malah beliau turut memaklumkan bakal menyertai parti tempatan Sabah yang akan diterajui Mohd Shafie.
Dalam pada itu, Jeniri berkata, sekiranya masyarakat KDM memberi sokongan kepada parti pimpinan Mohd Shafie, ia mampu mengugat BN di Sabah.

“Sekiranya masyarakat KDM ini berada di belakang Mohd Shafie, ia tentu akan memberi kesan kepada BN selepas ini,”katanya.

Selain itu, ketika ditanya sama ada pembangkang akan menjadi lebih kuat selepas ini, Jeniri berkata, ia bergantung sekiranya mereka dapat mengelakkan pertembungan antara satu sama lain di kerusi-kerusi yang dipertandingkan.

Ujar beliau, faktor calon yang diyakini dan mendapat sokongan pastinya dapat menjadi ramuan terbaik untuk menggugat Umno-BN dalam PRU akan datang.

“Mereka gabungan USA boleh mengugat Umno-BN Sabah."

Pemikir Muda Lateral,

1 comments so far

Sila tandatangani petisi yang mengesa kerjasama antara pembangkang Sabah:
https://gopetition.com/petitions/gabungkan-pembangkang-sabah-satu-lawan-satu.html