Thursday, September 22, 2016

8 Akibat Jarang Mandi Pagi Dan Petang.

Mandi merupakan suatu kegiatan yang dilakukan untuk menghilangkan segala kotoran, dan bakteria yang melekat pada tubuh. Kegiatan ini umumnya dilakukan dua kali sehari, iaitu pada pagi dan petang hari. Ini bertujuan agar badan tetap segar, sihat dan bersih.


Mengapa tubuh perlu mandi? Manusia mempunyai lebih dari 3 juta kelenjar peluh yang boleh didapati di dermis dan permukaan kulit. Apabila melakukan aktiviti fizikal, kelenjar tersebut akan mengeluarkan keringat hingga 2 liter setiap harinya. Pengeluaran peluh tersebut tentunya disertai dengan keluarnya kotoran dari dalam tubuh. Dan jika ia dibiarkan, maka akan mengakibatkan munculnya bau badan yang akan sangat menganggu. Untuk itu kita memerlukan air untuk membersihkan kotoran-kotoran yang melekat ditubuh kita. 

Bagi sebahagian orang, mandi merupakan sebuah beban. Mereka biasanya mempunyai alasan kenapa jarang melakukan aktiviti tersebut, seperti kerana sedang terburu-buru, kerana sedang sakit atau alasan kerana cuaca dingin. 

Hal ini kerana mereka kurang menyedari akibat jarang mandi ini, akan muncul pelbagai masalah, seperti:

1. Gatal-gatal

Setelah melakukan pelbagai aktiviti, badan akan menghasilkan peluh yang disertai munculnya kuman serta pelbagai mikroorganisma lain yang melekat pada tubuh. Kuman dan mikroorganisma boleh membiak dengan pesat pada tubuh yang lembab, dan ia boleh menimbulkan rasa gatal pada sebahagian maupun seluruh tubuh. 

Gangguan kulit ini boleh terjadi di satu tempat mahupun di seluruh tubuh kita. Kebanyakan orang menganggap gatal-gatal sebagai masalah kecil, namun tahukah anda bahawa akibat dari sering menggaru rasa yang mengganggu tersebut dapat menimbulkan masalah pada kesihatan yang serius seperti gangguan buah pinggang, dan penyakit kulit seperti kurap.

2. Bau Badan

Kesan lain dari jarang mandi adalah timbulnya bau badan yang tidak sedap. Bau badan merupakan masalah yang cukup mengganggu penampilan. Bau badan terjadi ketika keringat, minyak wangi dan bakteria dalam tubuh kita bercampur jadi satu dan mengakibat timbul bau yang tak sedap. 

Untuk itu, menjaga kebersihan tubuh sangatlah penting. Dengan air paling tidak 2 kali sehari dapat menghilangkan peluh, kotoran, serta bakteria yang boleh menyebabkan timbulnya bau badan.

3. Gangguan Susah Tidur

Salah satu bahaya tidur larut malam boleh menyebabkan keadaan fizikal yang kurang bersemangat keesokan harinya. Setelah seharian beraktiviti, apalagi aktiviti di bawah sinar matahari, tubuh kita pasti mengeluarkan keringat berlebihan yang bercampur dengan kotoran dan bakteria.

4. Gangguan Eksema

Keradangan yang berlaku akibat kulit kering dan gatal. Ciri penyakit ini adalah munculnya lepuhan atau gelembung kecil pada kulit yang jika pecah akan mengeluarkan cecair. Gangguan ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti debu, keringat, pasir, dan pelbagai bakteria lain.
Orang yang tidak mandi, membolehkan diserang rasa gatal kerana banyaknya kotoran yang melekat di tubuh. Hal ini tentu saja dapat meningkatkan risiko seseorang terkena jangkitan eksema dan jangkitan kulit lain.

5. Stress Dan Kemurungan

Akibat jarang mandi juga boleh mencetuskan timbulnya stress. Stress dan kemurungan disebabkan kerana menegangnya otot dan saraf dalam tubuh akibat keletihan melakukan pelbagai macam aktiviti. Untuk itu, segeralah untuk membersihkan badan dengan mandi, kerana dengan mandi akan menimbulkan relaksasi pada otot-otot dan saraf pada tubuh, sehingga kita terhindar dari stress dan kecemasan.

6. Peningkatan Suhu Badan

Aktiviti seharian tentu saja akan membuat suhu badan kita meningkat. Ini boleh membawa kesan buruk bagi kesihatan. Mandi selepas aktiviti berat dapat membantu menurunkan keadaan tersebut. Akan tetapi pada saat masih berpeluh, jangan tergesa-gesa untuk mandi. Tunggulah sebentar hingga keringat hilang atau kering.

7. Badan Menjadi Lemas, Tak Bersemangat

Keringat dan debu yang bercampur mengakibatkan tubuh terasa melekit dan banyak ion negatif yang masuk dalam tubuh. Tentu saja hal itu akan menghilangkan semangat kita untuk melakukan aktiviti lain. Mandi menggunakan air sejuk boleh mengeluarkan ion-ion negatif dalam tubuh, sehingga tubuh terasa lebih segar dan sihat semula.

8. Kesan Sosial

Kerana perubahan tingkah laku (seperti sering menggaru), dan bau badan yang tidak enak akibat tidak mandi boleh membuat kita dijauhi teman-teman kita. Mereka pasti merasa terganggu dengan bau tak sedap yang keluar dari tubuh kita. Walaupun kita telah berusaha menutupi dengan menggunakan minyak wangi. Tapi itu hanya menambah masalah bau badan. 

Mandi dua kali sehari dapat memberikan manfaat yang besar bagi tubuh dan kesihatan kita. Sesibuk manapun, ambil kesempatan untuk mandi. Kerana dengan air akan membuat tubuh lebih bersih dan segar, sehingga kita kelihatan lebih ceria dan tentunya kembali bersemangat untuk melakukan aktiviti lain. Namun jauhi bahaya mandi malam hari, dengan air sejuk. 

Terima kasih telah membaca artikel ini. Perlu anda ketahui bahawa artikel ini sepenuhnya bukan karya Sentiasabikinpanas.com. Mohon maaf jika ada salah-salah dalam penulisan dan pemasangan gambar. Semoga Allah sentiasa membimbing kita ke jalan yang lurus dan diredhainya...Semoga bermanfaat.

INI PUNMENARIK DIBACA JUGA: