Thursday, September 29, 2016

11 Manfaat Ini Akan Anda Dapat Jika Merantau.

Ketika ke kuliah ( merantau) ke bandar lain tentunya sangat menyeronokkan bagi seorang remaja. Yang membuatnya senang adalah kerana merasa bebas, mau melakukan apapun tidak ada yang melarang, tidak ada lagi yang berkira dengannya ketika pulang terlambat, kewangan pun diatur sendiri, dll. 


Walau bagaimanapun, tahap masalah yang dihadapinya pun semakin tinggi. Dia harus melakukan semuanya sendiri, tak ada lagi orang tua yang biasa mengurusnya. Dan sewaktu merantaulah dia akan banyak belajar. Berikut manfaat apabila seseorang itu merantau. 

Menjadi orang yang mandiri 

Jauh dari orang tua membuat kamu menjadi orang yang mandiri, setiap perkara yang kamu lakukan, akan kamu lakukan sendirian. Ini yang membuat kamu tumbuh menjadi peribadi yang mandiri. Bagi mereka yang tinggal dengan orang tua kemungkinan jarang mampu melakukannya. 

Menjadi orang yang bertanggungjawab 

Kamu dipercayai untuk tinggal berjauhan dengan orang tua adalah sebuah tanggungjawab yang besar dan ini perlu dijaga. Hanya orang perantau yang tahu bagaimana menjaga kepercayaan tersebut. 

Mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran 

Pada masa merantau kamu akan merasakan dan mengalami banyak perbezaan budaya, seperti loghat bahasa, gaya hidup, cara bergaul, dll. Apalagi jika jarak kampung dengan tempat kamu merantau terpaut sangat jauh, pasti budayanya sangat berbeza. Mungkin pada mulanya akan terasa aneh ketika berada di persekitaran baru dengan budaya seperti itu. Pada masa itulah kamu akan mengerti bahawa di setiap persekitaran ada budaya yang harus difahami. Tentunya kamu akan belajar untuk dapat menyesuaikan diri dengan sebuah persekitaran baru. Dan apabila pergi ke persekitaran yang berbeza lagi, kamu sudah boleh menyesuaikan diri dengan cepat. Pastinya anak perantau sudah tau caranya menyesuaikan diri dengan baik. 

Boleh survive (bertahan hidup)

Pada masa wang mulai menipis, bakalan beras pun hampir habis. Sementara kiriman dari orang tua hanya datang 2 minggu lagi. Cara yang sering dilakukan adalah meminjam wang pada teman yang mempunyai duit lebih dari kita atau menjalin silaturahim ke kenalan yang masih memiliki bekalan beras yang banyak. Saat jauh dari orang tua, kamu akan melakukan segala hal untuk boleh bertahan. Dan inilah yang membuat kamu menjadi lebih tahan terhadap halangan dan rintangan kerana terbiasa melakukan segala perkara dengan sendiri, tanpa bergantung sepenuhnya pada orang tua. 

Menyukai cabaran 

Tinggal di sebuah persekitaran baru akan mempertemukanmu dengan berbagai macam halangan dan rintangan. Tak ada orang tua, mungkin hanya teman atau tetangga yang boleh membantu. Sehingga cepat atau lambat anda akan mampu mengatasi halangan dan rintangan tersebut kerana sudah terbiasa menghadapinya. 

Berani mengambil risiko 

Saat orang-orang mengambil keputusan dengan keraguan dan terlalu banyak pertimbangan, kamu akan menjadi watak yang lebih berani dalam memutuskan sesuatu. Kerana selama di perantauan kamu sudah terbiasa dengan hal tersebut dan mempertimbangkan segala risiko yang akan kamu hadapi.

Lebih mudah mengikhlaskan sesuatu 

Selama menjalani kehidupan di tanah rantau, pasti banyak perkara yang berjalan tidak sesuai dengan yang kamu inginkan. Apabila kamu berada bersama orang tuamu mungkin kamu boleh mencari jalan pintas dengan memanfaatkan hubungan yang dimiliki orang tua kamu. Tapi di tanah rantau kamu akan belajar makna dari sebuah keikhlasan ketika hal yang tidak kamu harapkan berlaku.

Mempunyai pengurusan diri yang lebih baik 

Wang yang dihantar orang tua harus dapat kamu perhitungkan hingga kiriman selanjutnya. Anda akan menguruskan kewangan sendiri dan menguruskan masa anda sendiri. Ini akan menjadikan engkau pengurus terbaik untuk dirimu sendiri.
Lebih percaya diri dari sebelumnya 

Jika sebelum merantau kamu adalah orang yang pemalu dan tidak percaya diri, dijamin setelah merantau kamu akan menjadi lebih 'AWESOME'. Mungkin sebelumnya kamu tidak 'AWESOME' masa berkomunikasi dengan orang baru, bertanya alamat pada orang yang tidak dikenali, mendeposit wang di Bank, mengurus surat-surat yang kamu perlukan, dll. Maka diperantauan mau tidak mau, suka tidak suka, kamu harus melakukan itu. Mungkin pada mulanya akan ada teman yang memandumu dan setelah itu kamu mulai terbiasa. Sehingga hal yang sebelumnya membuatmu tidak 'AWESOME' akan menjadi perkara biasa kamu lakukan di perantauan. 

Melihat sesuatu dari berbagai sisi 

Bagi mereka yang belum pernah merantau, mereka akan terbiasa melihat hanya dari satu sisi sahaja. Tetapi bagi kamu yang sudah lama merantau akan melihat sesuatu dengan sisi yang berbeza. Kerana kamu sudah terbiasa hidup dengan pelbagai budaya dan pemahaman, terbiasa bergaul dengan banyak pola fikir dan watak yang berbeza. Hal-hal yang seperti itu akan membuatmu dapat memahami sesuatu dari berbagai sisi.

Tidak menjadi manusia yang angkuh 

Mungkin kini berada dikampung halaman, semua orang mengenal kamu kerana datuk kamu adalah pemimpin di kampung anda. Akan tetapi di tanah rantau kamu memulakan semua dari sifar, tidak ada latar belakang yang membina penilaian terhadap kamu. Semuanya kamu sendiri yang memulakan. Di saat itulah kamu akan belajar membina hubungan dengan teman atau tetangga di perantauan. Dan sifat aroganmu yang terbawa dari kampung perlahan akan mula terhakis. Kerana kawan akan menjauh bila kamu masih menonjolkan sifat sombong. 

Berbahagialah kalian yang diberi kesempatan untuk boleh merantau. Tidak banyak orang yang dapat merasakan hal tersebut dan sebahagian besar perkara di atas pasti kamu rasakan. Sedangkan bagi kamu yang saat ini masih bersama orang tua, tidak ada salahnya mencuba perkara yang baru. Keluar dari zon selesa untuk membina karakter menjadi lebih baik. | SBP