Monday, September 26, 2016

10 Wanita Paling Cantik Didunia Tahun 2016.

Setiap tahun pasti akan muncul sejumlah wanita yang mempunyai wajah cantik. Tidak hanya lelaki, malah para wanita juga ingin tahu siapakah pelakon wanita tercantik di dunia. Kali ini di tahun 2016, SBP akan kembali mengeluarkan senarai 10 wanita tercantik di dunia. Siapa yang akan masuk ke dalam senarai tersebut? Maklumat lanjut boleh dilihat pada artikel di bawah ini.

10. Emilia Clarke


Pelakon yang pernah bermain dalam filem Terminator Genesis dan dalam siri televisyen terkenal Game of Thrones iaitu Emilia Clarke menjadi pelakon tercantik dunia di kedudukan ke-10. Pelakon cantik ini merupakan pelakon berdarah Inggeris yang lahir pada 23 Oktober 1986. Tidak cuma cantik, Emilia Clarke juga mempunyai tubuh yang seksi. Tubuh seksinya tersebut membuat dirinya masuk ke dalam majalah Esquire sebagai salah satu wanita paling seksi di dunia.

Dalam siri Game of Thrones, Emilia Clarke memainkan peranan sebagai Daenerys Targaryen. Berkat lakonannya, Emilia menerima 3 anugerah Emmy Award dalam kategori Outstanding Supporting Actress. Anugerah tersebut diperolehinya di tahun 2013, 2015, dan 2016.

9. Liza Soberano


Mungkin ada beberapa dari kamurang yang masih asing dengan nama Liza Soberano. Wanita ini merupakan artis campuran Filipina-Amerika yang berkerja sebagai seorang model. Liza Soberano lahir pada tarikh 4 Januari 1998. Dirinya sangat dikenali melalui peranan protagonisnya, Maria Agnes Calay dalam sebuah filem siri komedi berjudul Forevermore yang tayang pada tahun 2014.

Di tahun 2016 ini, nama Liza Soberano masuk ke dalam senarai pelakon wanita tercantik di dunia. Tidak hairan kenapa wanita ini boleh jadi wanita tercantik di dunia. Tidak hanya memiliki wajah yang cantik, dirinya juga masih tergolong dalam usia yang muda. Kini Liza Soberano adalah seorang artis yang bermain dalam sebuah filem siri berjudul Dolce Amore.

8. Aishwarya Rai


Filem Bollywood boleh dikatakan sangat unik. Selain mempunyai banyak adegan yang memaparkan tarian, filem Bollywood juga diisi dengan sejumlah artis dengan wajah khas India. Ada yang kacak dan ada juga yang cantik, namun kali ini kita akan membahas yang cantik saja. Artis cantik, Aishwarya Rai termasuk ke dalam senarai wanita tercantik di dunia tahun 2016.

Aishwarya Rai merupakan pelakon sekaligus model berasal dari India yang lahir pada tarikh 1 November 1973. Aishwarya Rai pernah meraih prestasi dengan menjuarai pertandingan Miss World Pageant di tahun 1994. Berkat kejayaan di dunia lakonan, Aishwarya Rai menjadi salah satu selebriti paling terkenal dan juga berpendapatan tinggi di India. 

7. Zhang Ziyi


Usia boleh saja jadi faktor penentu seseorang apakah dia tampan atau cantik. Apalagi jika membicarakan wanita cantik, usia menjadi faktor yang sangat menentukan. Biasanya wanita yang sudah memasuki usia diatas 30 tahun sudah tidak begitu menarik lagi. Tapi perkara tersebut tidak berlaku pada Zhang Ziyi.

Zhang Ziyi adalah seorang artis Asia yang berasal dari China. Lahir pada tarikh 9 Februari 1979. Ada begitu banyak filem terkenal yang dibintangi oleh Zhang Ziyi antara lain Crouching Tiger Hidden Dragon, Rush Hour 2, Hero, House of Flying Dagger, dan Memoirs of a Geisha. Kecantikan yang dimiliki oleh Ziyi seakan tak lekang oleh waktu.

6. Kate Upton


Wanita berikutnya yang masuk dalam senarai ini bernama Katherine Elizabeth Upton atau yang lebih terkenal dengan nama Kate Upton. Pada mulanya Kate Upton berkerja sebagai seorang model. Setelah berjaya menjadi model papan atas dunia, Kate mula mendalami dunia lakonan. Kate lahir di Michigan, Amerika Syarikat pada 10 Jun 1992.

Kate yang mmerupakan model papan atas sekaligus salah satu wanita tercantik dunia ini menghabiskan sebahagian besar masa kecilnya di Melbourne, Australia. Kate sempat berlakon dalam 5 filem skrin lebar iaitu Tower Heist, The Three Stoges, The Other Woman, The Layover,dan The Masterpiece.

5. Taylor Swift


Wajah cantik yang dimiliki oleh Taylor Swift membuat dirinya cukup pantas masuk ke dalam senarai wanita tercantik dunia tahun 2016. Wajah cantik dan juga mempesona berjaya membuat aktor kacak Tom Hiddleston jatuh hati padanya. Boleh dikatakan bahawa Swift adalah wanita idaman bagi banyak lelaki di dunia.

Swift lahir pada 13 Disember 1989 di Amerika. Pada masa ini Swift adalah salah satu penyanyi sekaligus pencipta lagu yang sangat berjaya di Amerika. Swift mula terjun dalam dunia muzik ketika usianya baru 14 tahun. Swift menandatangi kontrak bersama salah satu label muzik bernama Big Machine Records.

4. Emma Watson


Salah satu pelakon wanita dalam filem bersiri Harry Potter bernama Emma Watson boleh dikatakan adalah wanita yang sempurna. Mempunyai wajah cantik dan juga sangat bijak, tiada yang kurang daripada pelakon Hermione Granger ini. Emma Watson berada dalam urutan 4 dalam senarai wanita tercantik di dunia tahun 2016.
Artis kelahiran 15 April 1990 ini memulakan kerjayanya di dunia film sejak usia muda. Emma yang berdarah Inggeris ini menimba ilmu lakonan di universiti terkenal Inggeris iaitu Oxford. Berjaya dalam filem Harry Potter mengangkat namanya hingga ke puncak. Di tahun 2017, Emma akan kembali muncul dalam filem klasik Beauty and The Beast.

3. Selena Gomez


Wanita cantik berikutnya merupakan bekas kekasih Justin Bieber, dia adalah Selena Gomez. Selena yang juga merupakan seorang penyanyi yang berjaya mengadakan sebuah konsert di Malaysia tidak lama dahulu. Selena adalah kombinasi dari yang namanya cantik dan juga seksi. Kecantikan semulajadi yang dimiliki Selena membuat dirinya begitu mudah masuk dalam senarai ini.

Wanita bernama lengkap Selena Marie Gomez lahir di Texas, Amerika pada 22 Julai 1992. Sebagai maklumat, Selena pernah tampil sebagai anak kecil dalam salah satu acara televisyen kanak-kanak Barney & Friends. Nama Selena mulai dikenal atas peranannya dalam Disney Channel berjudul Wizards of Waverly Place.

2. Marian Rivera


Terkenal dalam filem Marimar, Dyesebel, Amaya, dan Temptation of Wife, Marian Rivera Gracia Dantes adalah wanita cantik tahun 2016 yang berasal dari Sepanyol yang pada masa ini mempunyai kerakyatan Filipina. Lahir pada 12 Ogos 1984, model cantik ini merupakan model berdarah campuran Sepanyol-Filipina.

Meskipun sudah berusia 31 tahun dan mempunyai anak, wajah Marian masih tetap cantik. Nama Marian sempat masuk ke dalam majalah dewasa FHM sebagai salah satu wanita terseksi dunia di tahun 2008. Nama Marian kembali lagi masuk ke dalam senarai wanita paling seksi pada tahun 2013 dan 2014. Di Filipina, nama Marian bukan nama yang asing lagi, terutamanya di mata lelaki.

1. Angel Locsin


Negara Filipina kali ini benar-benar menguasai senarai wanita tercantik di dunia tahun 2016. Setelah Liza Soberano dan Marian Rivera, kini muncul lagi nama Angel Locsin dalam senarai wanita tercantik 2016. Kecantikan yang dimiliki Locsin benar-benar sesuai dengan namanya Angel yang bermakna malaikat.

Angel Locsin adalah seorang artis, model iklan, penerbit filem, dan pereka fesyen yang berasal dari Filipina. Locsin lahir pada 23 April 1985, namanya mula dikenali dengan peranannya sebagai Alwina dalam sebuah siri televisyen pada tahun 2004 berjudul Mulawin.

Siapakah pulak wanita cantik yang menjadi kegemaran kamurang? Komen dulu bah dibawah....