Thursday, August 25, 2016

Setelah Penafian Wujud Pencabulan. Tersebar Laporan Polis Yang Menuduh Anak Ustaz Kazim TERLIBAT Dalam Pencabulan!!!

Pendakwah popular Datuk Kazim Elias menafikan wujud pencabulan seks terhadap pelajar Maahad Tahfiz Darul Barakah miliknya di Ipoh seperti tersebar di media sosial.

Siasatan dalaman pihaknya mendapati tiada sebarang kejadian seperti yang didakwa, lapor portal Astro Awani malam ini.

Maahad tahfiz Kazim, sering muncul di TV termasuk program realiti Da’i, dilaporkan dilengkapi kamera litar tertutup CCTV dan peluang untuk kejadian buruk itu berlaku itu hampir tiada.

“Kita sendiri ada pemantau di kalangan pelajar yang kita pilih untuk melihat, memerhati. Respons daripada sekolah, tahfiz kita ini sejak 2009 sampai sekarang 2016 tidak ada kejadian yang macam itu,” kata Kazim.


“Kemudian kalau ada pelajar-pelajar yang katakan ia berlaku, dibawa keluar (buktikan). Saya rasa tidak ada pelajar yang sebegitu melainkan mungkin ada orang tidak puas hati.”

Polis hari ini mengesahkan menerima aduan mengenai dakwaan pencabulan seks di maahad tahfiz itu, lapor Bernama.

Ketua polis Perak berkata pihaknya setakat ini mengambil keterangan 10 individu termasuk pelajar, pengadu dan sekolah terbabit.

“Memang ada laporan dibuat dan pihak polis sedang menjalankan siasatan dan akan melengkapkannya secepat mungkin,” kata Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi di Ipoh.

Beliau mengulas mengenai dakwaan yang disebar melalui WhatsApp baru-baru ini mengenai beberapa pelajar baharu di maahad tahfiz itu yang dicabul, termasuk s3ks luar tabii.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 377E iaitu merangsang seorang kanak-kanak di bawah 14 tahun untuk melakukan kelucahan melampau.

Sementara itu, lapor Bernama lagi, pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) berkata pihaknya membuat lawatan ke mahaad tahfiz berkenaan beberapa hari lalu.

“Dalam lawatan itu, pegawai JAIPk telah menemuramah beberapa pelajar,” kata Datuk Mohd Yusop Husin."

Namun setelah penafian yang dilakukan oleh ustaz Kazim yang disiarkan oleh beberapa portal media. telah tersebar pula surat laporan polis yang menuduh anak ustaz kazim sebagai salah seorang individu yang terlibat dalam melakukan penderaan luar tabii kepada pelajar junior di maahad tahfiznya. Sama-sama kita nantikan kisah sebenar, betul ataupun tidak hanya boleh disabitkan dengan bukti yang kukuh dan setelah polis selesai melakukan siasatan.




Kredit:- ThemalaymailOnline