Wednesday, August 31, 2016

Saintis Menemui Sotong Ungu Seperti Kartun Di Dasar Laut.

Saintis di kapal peneroka Nautilus atau biasa disebut E / V Nautilus menemui makhluk laut berwarna ungu nan pelik, di kedalaman 900 meter.

Penemuan tersebut dimuatnaik pasukan penyelidik Nautilus ke laman berkongsi video. Dalam rakaman itu, kita dapat mendengar ketakjuban mereka ketika menemui makhluk ungu bermata bulat besar seperti watak kartun.


"Matanya seperti bola ... kelihatan seperti palsu! Ia kelihatan seperti mainan yang dijatuhkan anak kecil," ujar seorang wanita.

Sementara dua orang lain mengatakan bahawa mata makhluk itu kelihatan seperti dilukis.

Walaupun awalnya sempat terdapat perdebatan, pasukan penyelidik menyebut bahawa makhluk laut berwarna ungu tersebut merupakan "sotong gemuk" Rossia pacifica yang berkerabat dekat dengan sotong.
"Spesies ini menghabiskan hidupnya di dasar laut, mengaktifkan jaket lendir nan melekat dan menggali ke dalam tanah untuk bersembunyi, lalu menyembulkan matanya kepada mangsa seperti udang dan ikan kecil," jelas E / V Nautilus dalam video yang dimuatnaiknya.

Makhluk ungu tersebut ditemui di Trask Knoll, bukit bawah laut Santa Monica, California, Amerika Syarikat.

Tak hanya kali ini sahaja penyelidik E / V Nautilius mencari makhluk 'ajaib'. Bulan lalu mereka mencari bola ungu kecil yang terselit di antara bebatuan di lepas pantai California.

Bola ungu misteri di dasar Lautan Pasifik ditemui oleh saintis di E / V Nautilus (NOAA)

Bola misteri itu ditemui pada 18 Julai, ketika E / V Nautilus melayari Arguello Canyon, di barat Channel Islands National Marine Sanctuary, saat robot Hercules menyelam ke kedalaman 1,616 untuk mengamati kerang dan ketam.

Hingga saat ini, jenis haiwan tersebut dikategorikan yang paling mendekati adalah gastropoda - haiwan yang termasuk ke dalam filum moluska-- bernama pleurobranch. Namun tak menutup kemungkinan jika bola ungu itu merupakan spesies baru.

E / V Nautilius dikendalikan oleh Ocean Exploration Trust, sebuah organisasi nonprofit yang ditubuhkan oleh ahli oseanografi Robert Ballard. Sejak Mei 2016, kapal tersebut telah menjelajah Lautan Pasifik timur, bermula dari Pulau Vancouver, Kanada, dan belayar ke selatan.

1 comments so far

Comel...warnanya pun cantik oooo...mcm bgs mau piara...kan SBP..