Friday, August 26, 2016

Nikahi 4 Wanita Sekaligus, Lelaki Ini Buktikan Mantan Isterinya Salah. Lihat KEHIDUPAN Lelaki Ni Yang......

Perceraian memang menjadi salah satu hal yang tak pernah dinginkan setiap pasangan suami isteri, tapi mau bagaimana lagi jika memang hanya keputusan itu yang boleh diambil. Dan hal ini pula lah yang terjadi pada lelaki asal Kuwait berikut ini.

Dikutip dari stomp.com.sg, lelaki yang tak disebutkan namanya ini, berkahwin lagi selepas bercerai dengan isterinya. Dan yang membuat pernikahannya heboh hingga jadi viral di internet adalah kerana ia menikahi 4 wanita sekaligus pada hari yang sama.

Tak main-main, lelaki berusia 28 tahun ini melakukannya kerana punya alasan kuat. Ia ingin membuktikan bahawa kata-kata mantan isterinya sama sekali tidak benar. Setelah bercerai, kerana suatu masalah, mantan isterinya berkata bahawa tak akan ada wanita lain yang mau menikah dengannya selepas mereka bercerai.


Lelaki ini pun akhirnya mendapati 4 wanita cantik yang mau menikah dengannya, dan untuk membuktikan pada mantan isterinya, ia bergambar bersama dengan isteri-isteri barunya yang tersenyum manis saat selfie. Dengan mengenakan gaun perkahwinan yang berbeza-beza dan dengan hiasan perkahwinan ala Arab, tak hairan jika kisahnya ini banyak dibicarakan netizen.


Ia seolah-olah lelaki ini berjaya "membalas dendam" pada bekas isterinya. Banyak netizen yang shock dan iri hati, tapi ada juga beberapa komen netizen yang mengatakan bahawa kemungkinan wanita-wanita itu hanya model yang dia bayar untuk berfoto menjadi isterinya. Well, memang ada-ada saja ya cara orang untuk membuktikan suatu hal.