Saturday, August 27, 2016

ISTERI BIJAKSANA ~ Didalam Dunia Ini TIDAK Ada Seorang Pun Antara Kita Adalah SAMPAH!!!

Ada seorang pemuda, dia tidak lulus ujian masuk universiti, orang tuanya pun mengahwinkan dia dengan seorang wanita.

Setelah kahwin, dia mengajar di sekolah tadika. Kerana tidak mempunyai pengalaman, maka belum sampai satu bulan mengajar sudah berhentikan.

Setelah pulang ke rumah, si isteri menghapuskan air mata nya, menghiburnya dengan berkata: 

"Banyak ilmu di dalam otak, ada orang yang boleh menuangkannya, dan ada orang yang tidak boleh menuangkannya. Tidak perlu bersedih kerana hal ini, mungkin ada pekerjaan yang lebih sesuai untukmu sedang menanti."


Kemudian, dia pergi bekerja keluar, juga dipecat oleh bosnya, kerana gerakannya yang lambat.

Ketika itu si isteri berkata padanya, kecergasan tangan-kaki setiap orang berbeza, orang lain sudah bekerja beberapa tahun lamanya, dan kamu hanya belajar di sekolah, bagaimana boleh cepat?

Kemudian dia bekerja lagi di banyak bidang pekerjaan lain, namun tidak ada satu pun bertahan, semuanya gagal di tengah jalan.

Namun, setiap kali dia pulang dengan patah semangat, si isteri selalu menghiburnya, tidak pernah mengeluh.

Ketika sudah berumur 30an, dia mulai dapat berkat sedikit melalui bakat berbahasanya, dia menjadi guru di sebuah sekolah swasta yang membimbing pelajar kurang upaya (OKU).
Beberapa tahun kemudian, dia membuka sebuah sekolah untuk anak-anak cacat, dan akhirnya dia membuka banyak cawangan kedai yang menjual alat-alat bantu orang cacat di berbagai kota.

Sekarang dia sudah menjadi bos yang memiliki harta kekayaan berlimpah.

Suatu hari, dia yang sekarang sudah berjaya, bertanya kepada si isteri, bahawa ketika dirinya sendiri saja sudah merasakan masa depan yang suram, mengapa engkau tetap begitu percaya kepada ku?

Ternyata jawaban si isteri sangat ringkas dan sederhana.

Si isteri menjawab: "sebidang tanah, jika tidak sesuai untuk menanam gandum, boleh dicuba menanam kacang, jika kacang pun tidak sesuai tumbuh dengan baik, boleh ditanam buah-buahan; jika buah-buahan pun tidak sesuai tumbuh, semaikan bibit yang lain lagi, kerana sebidang tanah pasti ada bibit yang sesuai untuknya, dan pasti boleh menghasilkan buah darinya".

Mendengar penjelasan si isteri, dia pun terharu dan mengeluarkan air mata. Keyakinan kuat, ketabahan serta kasih sayang si isteri, bagaikan sebutir bibit yang unggul.

Semua prestasi pada dirinya, semua adalah keajaiban berkat bibit unggul yang kukuh sehingga tumbuh dan berkembang menjadi kenyataan.

Di dunia ini tidak ada seorang pun adalah sampah. hanya saja tidak ditempatkan di posisi yang tepat.

*********
Setelah membaca cerita ini, jangan dibiarkan saja, sharing dan teruskan kepada orang lain. Anda adalah orang yang paling berbahagia.

8 kalimat di bawah ini, semuanya adalah intisari kehidupan:

1. Orang yang tidak tahu menghargai sesuatu, biarpun diberi gunung emas pun tidak akan dapat merasakan kebahagiaan.

2. Orang yang tidak dapat bertoleransi, seberapa banyak teman pun, akhirnya semua akan meninggalkannya.

3. Orang yang tidak tahu bersyukur, seberapa pintar pun, tidak akan gembira.

4. Orang yang tidak dapat bertindak nyata, seberapa cerdas pun tidak akan tercapai cita-citanya.

5. Orang yang tidak boleh bekerjasama dengan orang lain, seberapa giat bekerja pun tidak akan mendapatkan hasil yang secukupnya.

6. Orang yang tidak dapat menabung, terus mendapatkan rezeki pun tidak akan dapat menjadi kaya.

7. Orang yang tidak dapat merasa puas, seberapa kaya pun tidak akan merasa bahagia.

8. Orang yang tidak dapat menjaga kesihatan, terus melakukan pengubatan pun tidak akan berusia panjang.

Berkongsi sebuah tulisan motivasi yang sangat baik dengan anda. Dan terima kasih jika sahabatku mau mengongsikannya kepada orang lain.

Semoga bermanfaat. Amin...