Monday, August 22, 2016

Ditangkap Sedang Perkosa Pelajarnya, Guru Ini Ditelanjangi Ramai-Ramai Oleh Orang Tua Pelajar, Video Rekod Mengenainya Jadi Viral di Internet.

Seorang guru di bandar Xintai, Provinsi Hebei, China utara, tertangkap semasa sedang memperkosa pelajarnya yang berusia 17 tahun.

Guru bernama Li itu pun dibogelkan dan dipukul beramai-ramai oleh belasan orang tua pelajar. Li dikeroyok hingga lembik dan kemudian diarak telanjang bulat oleh ibubapa pelajar.

Awalnya hubungan Li dengan pelajarnya itu diketahui oleh ibubapa pelajar tersebut. Lalu, ibubapa pelajar itu mengajak ibu bapa lain untuk mengajar Li.


Insiden itu pun dirakamkan dan dimuat naik ke media sosial dan menjadi viral. Namun, sayangnya banyak orang yang menyesali tindakan main hakim sendiri yang dilakukan oleh ibu bapa pelajar ini.

Kelihatan dalam video tersebut, Li dalam keadaan telanjang bulat dan dipaksa bercangkung di tengah kerumunan orang ramai.
Beberapa bahagian tubuh Li kelihatan lebam dan ia berusaha menutupi auratnya dengan tangannya. Penduduk setempat yang melihat hal itu lalu melaporkannya kepada polis.

Polis pun segera datang dan meyelamatkan Li dari amukan ibubapa pelajar. Li kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum kesnya diambil ditindakan lanjut.

Kini Li, sudah dipecat dari pekerjaannya sebagai guru.

INI PUN MENARIK JUGA DIBACA: