Wednesday, August 31, 2016

Apakah Itu Resdung Dan Tanda-tanda Anda Menghidapinya?

Resdung adalah penyakit yang disebabkan oleh adanya inflamasi atau keradangan pada dinding sinus. Keradangan ini kerap disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Resdung biasa dipanggil sinusitis, meski sebetulnya terdapat perbezaan. Sinusitis adalah penyakit yang boleh menjangkiti semua orang pada segala umur. Punca utama dari kemunculan resdung yang paling umum ialah akibat jangkitan virus.


Tidak banyak orang yang sedar mengalami resdung pada awalnya sebab memang tandanya pun hanya berupa masalah kecil. Inilah beberapa tanda-tanda resdung yang perlu Anda tahu:
  • Di awal, akan muncul mukosa atau lendir berwarna kuning atau hijau daripada hidung.
  • Wajah akan terasa berat dan sakit di sekitar dahi, mata, dan dagu, terutama apabila ditekan.
  • Bersin-bersin, pilek, dan selsema. Merupakan jangkitan saluran pernafasan atas.
  • Demam dengan suhu 38 ° Celsius atau lebih.
  • Sakit gigi.
  • Sakit kepala.
  • Berkurangnya kemampuan dalam mencium sesuatu.
  • Hidung bernafas dan tersumbat.
  • Nafas bau.
  • Mata gatal.
  • Tidur mendengkur.
  • Rambut ada kelemumur.
  • Timbul jerawat.
  • Bertindakbalas pada makanan terperap dan suhu sejuk.
Tahukah Anda dimana letak sinus? Sinus berada pada empat bahagian di dalam kerangka kepala manusia, iaitu di belakang dahi, di belakang mata, di kedua-dua sisi dari batang hidung, dan di belakang tulang pipi. Sinus bertugas mengawal suhu dan kelembapan udara yang masuk ke paru-paru dan membuka lubang pada hidung.

INI PUN MENARIK DI BACA JUGA: Apakah Itu Penyakit Difteria, Punca, Simptom Dan Cara Rawatannya?