Monday, August 22, 2016

90 Peratus Wanita Lebih Tertarik Dengan Lelaki Yang Beristeri. Ternyata Ini Alasannya.

Seorang pakar s+ks, Tracey Cox mendedahkan fakta baru yang cukup mengejutkan. Dia mengatakan bahawa sebanyak 90 peratus wanita lebih tertarik pada lelaki yang sudah mempunyai isteri. Nah lho, kenapa boleh begitu?

Hal ini tentu saja mempunyai alasan tersendiri bagi para wanita. Menurut Tracey, yang membuat lelaki sudah beristeri lebih menarik adalah kerana mereka mempunyai sikap yang dewasa. Dengan begitu, mereka lebih bersedia membimbing dan menjaga hubungannya dibanding lelaki yang belum beristeri.

Tak hanya itu, tapi masih ada beberapa alasan lain yang membuat lelaki beristeri lebih menarik di mata wanita bujang. Berikut ulasannya:


* Lebih dewasa

Seperti yang telah dibincangkan di atas, lelaki beristeri lebih dewasa berbanding lelaki yang belum punya isteri. Bagi wanita, lelaki beristeri mempunyai pengalaman yang lebih dalam urusan kehidupan. Sehingga mereka sudah tidak perlu takut lagi ketika menjalani hubungan bersamanya.

* Peduli dan penyayang

Peduli dan penyayang terhadap keluarganya membuat lelaki beristeri semakin mempesona. Apalagi saat mereka mau membantu pekerjaan rumahtangga yang seharusnya dilakukan sang isteri. Hal itu tentu saja menjadi nilai tambahan untuk mereka.

* Berani komited

Berani komited juga menjadi suatu alasan kuat kenapa wanita bujang begitu menyukai lelaki beristeri. Seperti yang kita tahu, wanita paling tidak suka dengan status tanpa kejelasan. Itulah kenapa wanita bujang menyukai lelaki beristeri kerana mereka tidak takut komited, terbukti dengan status yang dijalaninya saat ini.