Sunday, July 31, 2016

Kerana Tumor, Kucing Ini Terpaksa Hidup Tanpa Telinga Penuh.

Sungguh malang nasib Timmy. Kucing kampung ini ditemui dalam keadaan mengerikan di tempat pembuangan sampah oleh RSPCA (Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals) Southridge. Timmy mengalami ketumbuhan di bahagian kepala dekat telinga yang menyembul keluar.

RSCPA kemudian membawa Timmy ke doktor haiwan untuk mendapat rawatan. Sewaktu ditemui, Timmy mengalami ulser (luka sukar sembuh), pendarahan dan dijangkiti sehingga doktor haiwan memutuskan untuk memotong telinganya dalam usaha menyelamatkan hidup Timmy.

Timmy, seekor kucing kampung alami ketumbuhan yang bikin ia hidup tanpa kedua-dua telinga.
Selepas menjalani pembedahan tumor, Timmy kini mempunyai pandangan yang unik. Kakitangan di pusat RSPCA Southridge, berharap ini akan memberi inspirasi kepada pemilik baru nanti. Mona Jorgensen, wakil pengurus di RSPCA mengatakan Timmy adalah salah satu haiwan yang paling menyedihkan yang pernah ia lihat.

Timmy, kucing malang sebelum dibedah.
"Telinganya jelas sangat tidak selesa baginya, dia terus cuba untuk menggaru telinga dan menggeleng, tapi ketika aku mengusap dagunya dia mula berdengkur," kata Mona. Menurut Mona, kini Timmy seperti kucing luar biasa. "Dia mungkin kelihatan sedikit seperti kucing dari luar angkasa, tapi dia selesa dan bahagia. Kami sekarang mencari seseorang merawat Timmy selama-lamanya," katanya lagi.

Timmy selepas pembedahan dan dalam rawatan.
Operasi pembedahan telinga Timmy merupakan jalan terbaik baginya. Sebab, jika tidak, ia akan menderita seumur hidup. "Ini adalah operasi yang terbaik. Tanpa operasi, tumor pada haiwan ini akan terus berkembang dan menjadi sumber jangkitan dan rasa sakit,"

Westley Pearson, pengarah syarikat insurans haiwan Animal Friends, mengatakan bahawa kisah Timmy menyerlahkan bagaimana pentingnya amal untuk haiwan. "Tanpa RSPCA dan tempat perlindungan yang luar biasa lainnya, haiwan seperti Timmy akan dibiarkan menderita tanpa bantuan. Kami berharap Timmy mendapat pemilik yang penuh kasih dan pengertian setelah ia sembuh." ujar Pearson.

Kini, Timmy menunggu orang yang mau menjaganya.