Showing posts with label ulcer. Show all posts
Showing posts with label ulcer. Show all posts

Wednesday, August 31, 2016

PEDIS Mulut Kena ULCER. NAH Ini Cara BERKESAN Merawat Ulcer Tanpa Pergi Ke KLINIK Yang DIDEDAHKAN Oleh Doktor!!!

"Pernahkah anda kena ULCER MULUT / Aphtous ulcer? Betul ke sapa suka MEMBEBEL kerap kena ulcer ni?" Doc atau anda kan biasa kena ulcer ni. Rasa pedih betul bila bertutur dgn pesakit doc. Ulcer mulut di bibir atau lidah terpaksa menahan sakit bila bercakap, apatah tertawa....lagi sakit...Allah ye yg tahu.


Apa tu Aphtous Ulcer?

Aphtous ulcer terjadi dlm rongga mulut. Ia spt luka yg berbentuk putih, kemerah2an, Selalunya terjadi berulang kali samada sebiji, dua atau lebih. Kesakitan dari sakit ulser berkurangan selepas 3-4 hari tpi ambil masa 7-14 hari untk sembuh & takde tinggalkan parut. Ia hilang begitu saja. Kejap ada, kejap takde.

Penyebab ulser mulut:

1. Pertahanan badan/Immuniti anda rendah.
2. Kecederaan / tergigit.
3. Kekurangan zat besi, asid folik & vit B12.
4. Alahan atau Stress.
5. Jangkitan kulat, virus atau bakteria.
6. Kesan radioterapi & kemoterapi.

Tok nek doc kata krn kurang minum air suam atau mulut suka MEMBEBEL. 20% kita alami ulcer ni. Golongan utama wanita...hihihi kuat membebel kut....hihihi!

Bila ada ulcer ni di bibir, bahgian dlm pipi, lelangit, di kerengkong atau lidah.... maka anda rasa amat kesakitan bila nak cakap, gelak atau senyum pun sakit....hihihi. Tau dak masa nak berus gigi, berkumur, makan & minum...rasa sakit tak terkata. Klu mkn sambal tomeh....jika terkena ulcer tu....Rasa macam nak tumbuk org je takpun nak marah je semua org walaupun takde dosa sikit pun kat korang. Baru dpt tau NIKMAT MAKAN MINUM yg Allah beri sepanjang hidup ni. Allah cuba dgn ulcer sekecil ni pun dah kita OUT!!

Macamana nak hilangkan atau ubati ulser mulut ni?

1. Petua org tua, letakkan garam kat ulser tu atau kumur dgn air garam. Hihihi kena je garam kat ulcer tu sakiiit & pedih lagi rasanya..tpi cepat baik. Sapa manja tu tak yah lakujan.

2. Sapu ubat spt Antiinflammatory spt Bonjela, Oral Aid, Oralbase dll. Hihihi ada sapu ubat gigi. Ada suruh mkn Aiskrim...best juga tu.
3. Corticosteroid & antiseptic di beri klu ulcer melarat. Jika ada jangkitan kuman bersama....mkn Antibiotik Tetracycline atau Doxicillin.

Nasihat doc:

Rajin2 jaga hygine mulut anda: Berus gigi & berkumur selepas makan. Yg paling penting...JANGAN MEMBEBEL YE....Hihihi

Ada soalan, doc jawapkan.

Drp.
Dr. Abdul Rahim
Klinik Abdul Rahim
2-D Pangsapuri Garuda,
11900 Bayan Lepas,
Penang.
Tel: 04-6444181.