Showing posts with label tahukah anda. Show all posts
Showing posts with label tahukah anda. Show all posts

Wednesday, April 5, 2017

10 Perkara Pelik Dan Peraturan Yang Perlu Anda Tahu Tentang Jerman.

Jom ketahui tentang sikap dan undang-undang pelik yang diamalkan di negara Jerman. Nak tak?


Berikut adalah 10 peraturan dan fakta perkara pelik yang orang Jerman buat yang orang negara lain tak akan buat.

1. Ahad yang senyap

Hari Ahad adalah hari senyap, tak boleh buat bising, tak boleh mesin atau potong rumput, tak boleh tebuk dinding, tak boleh buat apa-apa bunyi sekalipun.

Nak buang botol ke dalam tong sampah pun tak boleh. Itu adalah undang-undang, maka jangan dilanggar nanti polis datang.

Ahad adalah hari untuk orang Jerman berehat bersama keluarga katanya. Kedai dan shopping complex semuanya ditutup.

2. Waktu senyap untuk tidur pukul 12 tengahari hingga 3 petang setiap hari

Dalam kontrak sewa rumah juga termaktub perkara ini yang mana anda tidak boleh buat sebarang bunyi setiap hari pada jam tersebut, tak kisahlah bunyi kuali sebab goreng mee ke, tebuk dinding ke, buang sampah ke, anak menangis ke, atau apa sajalah. Polis datang jugak nanti. Jangan sampai polis sampai 2-3 kali nanti kena halau pulak.

3. Tak boleh basuh kereta di tempat terbuka dan pada hari Ahad

Nak basuh kereta mestilah kat tempat yang ada sistem perparitan yang betul dan biasanya dibasuh di kedai.

Orang jerman takut air sisa sabun tadi meresap ke tanah dan mencemar air bawah tanah. Apatah lagi hari Ahad, memang tak boleh basuh langsung – kedai basuh kereta pun tutup.

4. Bungkus atau masukkan barang anda sendiri ke dalam beg plastik ketika membeli

Anda pergi ke supermarket beli gula, tepung, susu, telur dan sebagainya penuh satu troli dan sampai kat juruwang, dia hanya scan dan tolak barangan anda ke hujung dan anda kena masukkan sendiri semua barangan tadi.

Beg plastik biasanya kena beli atau ada sesetengah supermarket bagi free. Biasanya orang jerman bawak beg sendiri macam beg ikea yang biru tu.

5. Orang Jerman takut angin

Pintu dan tingkap rumah anda perlu sentiasa ditutup tak kira musim panas atau sejuk.

Orang Jerman percaya yang angin luar menyebabkan pelbagai penyakit. Jadi kalau dalam tren tu panas maka berpeluhlah anda, kalau bukak tingkap nanti kena marah. Haisshhhh.

6. Adalah salah untuk menutup muka ketika demonstrasi

Demonstrasi jalanan di Jerman ini boleh dikatakan ada setiap minggu. Setiap hari Sabtu pasti ada demo dan dibenarkan.

Biasanya demonstrasi jalanan akan diiringi oleh polis dan semua orang dibenarkan berdemo dengan syarat dapat permit dulu.

Namun, ketika demo tak boleh tutup muka dengan sapu tangan ke, mask ke atau apa-apa sajalah. Its illegal katanya.

7. Tunjuk isyarat jari tengah adalah salah disisi undang-undang

Jika anda tengah marah dan anda tunjuk isyarat “fxxk” menggunakan jari tengah kat sesiapa sahaja, maka jika orang tu buat report polis maka anda akan disaman.

8. Ucapan hari lahir atau “happy Birthday” mestilah pada tengah malam

Jangan sesekali wish happy birthday kat orang Jerman in advance atau lebih awal dari waktunya.

Pantang besar ni sebab diorang cakap bad luck kalau wish awal.

Bagi hadiah atau kad awal pun tak boleh. Mesti bagi pada tengah malam tu. Kalau bagi terlewat, tak tau pulak, mungkin bad luck juga.

9. Semua benda dialih bahasa ke dalam Jerman

Semuanya di Jerman adalah dalam bahasa Deutsch. Paling tak best adalah kalau nak menonton filem. Semua filem yang masuk ke Jerman ni dialih suara ke bahasa Jerman.

Tajuk pun tukar jugak dan paling best biasanya tajuk tu macam takde kena mengena dengan filem.

Contohnya filem Die Hard tukar jadi Die Slowly, Taken jadi 96 Hours, filem Korean Tae Guk Gi (The Brotherhood of War) di tukarnya jadi When Brother Have To Shoot Each Other!

10. Blow your nose atau buang hingus anda di mana sahaja anda suka

Orang Jerman ni tak kira masa atau tempat, dia boleh 'buang hingus' depan orang, dalam keretapi, di meja makan, dalam mesyuarat dan di mana-mana saja dia suka. Eeeeeeeewwww.

Jadi, bagi sesiapa yang nak datang bercuti, belajar atau bekerja di Jerman, kena bersedialah untuk menghadapi semua perkara di atas.

Saturday, April 1, 2017

Seluar Dalam Lelaki Paling Mahal Didunia Berharga RM49,000.

Sebuah syarikat Australia, aussieBum mencipta seluar dalam paling mahal di dunia yang dijual dengan harga AU$14,500 (RM49,000) - lebih mahal daripada sebuah kereta kecil. 


Ia dibuat daripada benang pukal emas 24 karat yang dihasilkan di German dan dijahit menjadi seluar dalam di Queensland. 

aussieBum diasaskan oleh warga Australia, Sean Ashby pada 2001. 

Katanya, idea mengeluarkan seluar dalam emas itu adalah ilham daripada kecemerlangan era industri perlombongan emas negara itu. 

“Era Perlombongan Emas adalah antara sejarah paling menarik dan zaman paling makmur Australia. 

Saya tertarik dengan idea bahawa penduduk dari seluruh pelusuk dunia datang mencari kekayaan di Australia,” kata Ashby. 

Setakat ini syarikat berkenaan sudah menjual sepasang seluar dalam emas itu dan mengadakan pertandingan untuk menghadiahkan tiga pasang lagi.

| SBP

Tuesday, March 28, 2017

Burung Pipit Boleh Terbang Ulang-Alik Sejauh 29,000 Kilometer!

Satu kajian saintis mendapati, sejenis burung kecil yang beratnya bersamaan dua sudu teh mempunyai kemampuan untuk terbang sejauh kira-kira 29,000 kilometer, berulang alik dari benua Artik ke benua Afrika untuk mencari makanan sepanjang musim sejuk.


Kajian yang disiarkan jurnal sains Biology Letters mendapati, burung pipit jenis Oenanthe oenanthe itu hanya mempunyai berat kira-kira 25 gram, tetapi mempunyai daya tahan yang cukup kuat untuk terbang jauh.

Penyelidik dari Universiti Guelph di Ontario, Ryan Norris berkata, dalam kajian itu, sejenis alat pengesan dipasang pada kaki 46 ekor burung pipit di Alaska dan Pulau Baffin di timur laut Kanada.

Burung pipit di Alaska menghabiskan musim sejuk di Afrika sebelum pulang semula ke habitat asal, dengan jarak sehala kira-kira 14,500 kilometer dan terbang pada kelajuan 290 kilometer sejam sehari.

Spesies terbabit mengembara merentasi Siberia dan gurun pasir Arab, menuju ke Sudan, Uganda dan Kenya yang memakan masa perjalanan selama 91 hari.

Namun, haiwan ini hanya mengambil masa 55 hari untuk pulang ke Alaska.

Norris berkata, burung pipit dari Pulau Baffin pula mengambil masa 28 hari untuk terbang merentasi Atlantik Utara, Britain, benua Eropah, Mediterranean dan gurun Sahara sebelum tiba di persisiran pantai Mauritania, Afrika Barat, dengan jarak perjalanan kira-kira 7,500 kilometer.

Katanya, perjalanan pulang burung pipit dari Pulau Baffin mengambil masa 55 hari untuk sampai ke habitat asal.

Spesies burung tersebut menunjukkan kemampuan luar biasa berdasarkan saiznya yang kecil.

Ini merupakan perjalanan yang paling jauh di dunia bagi spesies burung yang kecil dan ringan, sekaligus menimbulkan persoalan terhadap kemampuan haiwan terbabit dari segi fizikal untuk terbang dua kali setahun, terutamanya bagi kelompok burung muda yang tidak mempunyai pengalaman berhijrah.

Semoga memberi manfaat. 

Menurut Kajian Terbaharu Anak Sulung Lebih Bijak Dan Berjaya!

Selalu kita dengar orang kata anak bongsu paling manja, anak tengah pula nakal dan keras kepala tapi anak sulung pula jarang kita dengar mereka ni perangai macam-mana.


Tapi, kajian terbaru ini memang buatkan mereka yang bergelar anak sulung akan rasa bangga!

Berdasarkan kajian selidik yang dilakukan oleh Sydney University, anak pertama atau anak sulung adalah lebih bijak daripada adik-beradik yang lain. Ia berdasarkan penilaian IQ yang dibuat sejak usia tahun.

Menurut kajian, anak sulung lebih banyak mendapat stimulasi mental daripada ibu sewaktu dalam kandungan atau selepas dilahirkan.

Ibu juga lebih berhati-hari pada kemahilan pertama dan sangat menjaga pemakanan.

Kajian dari University of Essex pula mendapati, dalam sebuah keluarga, anak sulung kebarangkalian lebih 16 peratus untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi berbanding adik.

Namun ia hanya berdasarkan kaji selidik sahaja, jangan ambil serius sangat okay!

Thursday, March 23, 2017

7 'NERAKA' Ciptaan Korea Utara Untuk Rakyatnya.

Korea Utara sebuah negara yang sangat perahsia dalam segala hal. Tiada siapa mampu meneroka di dalamnya. Agensi media asing dilarang keras membuat liputan hingga keburukan di negara itu selamat daripada cercaan dunia luar.


Inilah antara rahsia mengerikan yang sentiasa dilindungi Korea Utara daripada dunia. 'Kebusukan' inilah yang dilindungi Kim Jong-un agar beliau terus berkuasa.

1. Penjara dalam penjara

Korea Utara adalah sebuah penjara bagi semua rakyat yang ada di dalamnya. Semua orang yang ada di negara itu harus mematuhi segala peraturan tanpa sebarang bantahan. 

Kim Jong-un bagaikan seorang dewa yang sentiasa betul hingga semua kelakuannya harus dipatuhi.

Korea Utara memiliki sebuah kem konsentrasi yang digunakan untuk menangkap semua orang yang tidak taat kepada pemimpin. 

Di dalam penjara ini mereka akan dijadikan hamba untuk melakukan pelbagai jenis kerja berat. Salah satu kem paling terkenal ialah Kem 14. 

Setiap tahun ribuan orang ingin melarikan diri dari negara kuku besi itu namun sering gagal dan ditangkap. 

Akibatnya mereka diseksa habis-habisan hingga tak boleh melakukan apa-apa, tak kurang juga yang meninggal dunia di dalam kem tersebut.

2. Kanibalisme ketika bencana

Sekitar tahun 1994-1998, Korea Utara mengalami krisis kebuluran yang sangat kritikal. Sekurang-kurangnya sekitar tiga hingga lima juta orang kelaparan dan akhirnya meninggal dunia. 

Korea Utara tidak melakukan apa-apa selain membiarkan jutaan penduduknya kelaparan.

Ketika kebuluran terjadi, ramai budak kecil dan juga orang tua diculik. Mereka diseksa dan akhirnya dibunuh untuk diambil dagingnya. 

Mereka menjual daging itu kepada orang ramai untuk mendapatkan wang. Sekiranya tidak berhati-hati mungkin daging yang dimakan ialah daging manusia.

3. Kebanyakan rakyat pilih untuk melarikan diri

Hidup di Korea Utara tiada bezanya dengan hidup di neraka dunia. Setiap hari rakyat harus mendengar propaganda membenci negara barat dan juga memuja pemimpin tertingginya. 

Setiap hari ada saja penyeksaan tanpa pengadilan, Korea Utara ialah negara yang dijalankan dengan kehendak sendiri.

Setiap tahun ribuan rakyat memilih menyusup masuk ke Korea Selatan dan China. Mereka memilih hidup sebagai pendatang haram dan mati dalam pelarian daripada hidup di negara yang tak layak lagi disebut sebuah negara yang berdaulat.

4. Munculnya kasta tak masuk akal dan hukuman tiga generasi

Percaya atau tidak, Korea Utara membahagikan rakyatnya kepada tiga kasta berbeza dalam kehidupannya. 

Kasta pertama ialah core iaitu orang yang setia kepada negara. Kedua bernama wavering, golongan ini masih suka melakukan kritikan. Terakhir ialah orang dengan status kasta nostiles atau pembangkang, orang jenis ini wajib dihukum.

Pembahagian kasta ini berdasarkan peranan keluarga pada masa lalu. 

Jadi jika dulu datuk atau nenek pernah melakukan tindakan pembangkang, cucu akan mendapatkan hukumannya (hukuman tiga generasi). Dia terus dianggap sebagai pembangkang dan wajib masuk ke kem hamba.

5. Elektrik seperti harta karun

Boleh dikatakan elektrik di Korea Utara ibarat harta karun. Rakyatnya di kampung tidak pernah menikmati akses elektrik yang sepatutnya. 

Semua hanya bertumpu pada ibu kota Pyongyang, elektrik ditiadakan agar rakyatnya tidak boleh melakukan apa-apa terutamanya untuk mendapatkan maklumat dari dunia luar.

Pernah satu ketika satelit NASA menunjukkan Korea Utara sangat gelap pada waktu malam, tiada cahaya lampu kelihatan dari angkasa. 

Keadaan ini sangat berbeza dengan Korea Selatan yang sentiasa bercahaya setiap malam.

6. Penipuan insuran

Pemerintah Korea Utara melakukan penipuan insurans. Beberapa aset yang mereka miliki sengaja dirosakkan dan akhirnya dapat menuntut insurans. 

Wang daripada insurans ini digunakan untuk keperluan dalam negeri termasuk keinginan Kim Jong-un yang suka membeli kereta mewah.

7. Senjata haram nuklear

Korea Utara ialah negara yang paling ditakuti karena kekuatan ketenteraannya. Korea Utara memiliki sejumlah senjata nuklear haram. 

Kim Jong-un ingin membuat negaranya digeruni agar mampu menggoyahkan musuh utamanya, iaitu Amerika Syarikat.


Senarai 8 Lagi Produk Kosmetik Terbaharu Dikesan Beracun Oleh KKM 2017.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan lapan lagi produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual tidak dibenarkan.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata produk kosmetik yang didedahkan ini mengandungi raksa, hidrokuinon dan tretinoin yang boleh memberi kesan mudarat kepada kesihatan.

Kelapan produk kosmetik berkenaan adalah seperti berikut:
  1. Moleek Day Cream
  2. Adel Miracle Flawless Serum
  3. Ah Beauty Night Cream
  4. NDZ UV Whitening
  5. Snow Cream Norma
  6. Snow Cream Sensitif
  7. Dnars Nar Cream-Sensitif
  8. Ellfie Night Cream
Berikutan pengesanan bahan beracun berjadual itu, notifikasi produk-produk kosmetik tersebut telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM.

“Penjual dan pengedar produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta merta.

“Mereka turut diingatkan penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

“Bagi syarikat yang melakukan empat kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya memetik Berita Harian.

Dr. Noor Hisham berkata produk yang mengandungi hidrokuinon dan tretinoin adalah produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

“Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan hidrokuinon boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini dan terlalu sensitif.

“Kesan daripada penggunaan hidrokuinon boleh menghalang proses pigmentasi yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

“Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan dan penggunaannya tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, menggelupas dan sensitif kepada cahaya matahari.

“Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan raksa boleh memudaratkan kesihatan kerana raksa yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf,“ katanya.


Wednesday, March 22, 2017

Ini 20 Lokasi Yang Terkenal Dengan Air Paling Jernih Dan Bersih Di Seluruh Dunia.

Air yang jernih membiru dan bersih pastinya menjadi lokasi yang sangat menyeronokkan untuk mereka yang suka menyelam.

Kali ini kami bawakan 20 lokasi yang memiliki air yang jernih dan bersih. Ada yang boleh diminum terus tanpa perlu di masak!

1. Pulau Linapacan, Palawan, Filipina


Lokasinya di kawasan pedalaman menawarkan air yang jernih dan pantai yang bersih.

2. Maldives


Kaya dengan hidupan laut dan terumbu karang. Menjadi pilihan ramai bagi yang ingin menikmati percutian menarik sebelum pulau-pulau di sini hilang di tenggelami air.

3. Dog Island, San Blas, Panama


Merupakan salah satu dari kawasan simpanan di bawah kepulauan Kuna (Kuna Island).

4. Cayo Coco, Cuba


Pernah dianugerahkan sebagai salah satu dari destinasi utama bagi peminat sukan skuba kerana kejernihan airnya.

5. Cala Macarelleta, Menorca, Sepanyol


Terletak di bahagian paling selatan Pulau Mediterranean di Menorca, Cala Macarelleta hanya boleh di jejaki dengan berjalan kaki atau dengan menaiki bot. Merupakan lokasi paling sunyi berbanding kawasan tumpuan pelancong lain di Sepanyol.

6. Sua Trench, Samoa


Nama Sua itu sendiri bermaksud kolam besar dalam bahasa Samoa. Kedalaman kolam semula jadi ini adalah 30 meter dengan air yang jernih.

7. Tasik Crater, Oregon


Kadar penglihatan di tasik ini adalah 43.3 meter, antara yang paling dalam boleh dilihat hingga ke dasar di dunia. Untuk ke tasik ini anda perlu melalui laluan berbatu. Perjalanan balik yang mendaki merupakan antara cabaran yang perlu dihadapi.

8. Pantai Bak Bak, North Borneo (Sabah)


Anda boleh ke sini dengan menaiki kenderaan selama 3 jam 30 minit dari Kota Kinabalu, Sabah.

9. Jiuzhaigou Valley, Sichuan, China


Diwartakan sebagai taman negara oleh Kerajaan China.

10. Semporna, North Borneo (Sabah)


Negara Sabah masuk senarai sebanyak 2 kali bah! Semporna memang terkenal dengan kejernihan airnya. Semporna juga menjadi hub bagi peminat aktiviti skuba di sekitar Sabah.

11. Tasik Jenny, Wyoming


Terletak hampir di kemuncak gunung Grand Teton, yang terkenal di kalangan pendaki. Walaupun motor bot di benarkan di tasik ini, kejernihan airnya masih terpelihara. Diharapkan ia kekal begitu hendaknya.

12. Rio Sucuri, Brazil


Terletak di daerah Pantana, Brazil, sungai ini yang kaya dengan berbagai tumbuhan di dasarnya dan diwartakan sebagai sungai paling jernih di dunia. Anda juga berpeluang untuk melakukan aktiviti snorkeling jika ke sini.

13. Calanque de Sormiou, France


Merupakan teluk dengan dinding batuan yang curam sepanjang 20km dari Marseille and Cassis. Selain dari air yang jernih dan pantai yang cantik, Calanque juga digemari oleh para pendaki.

14. Pulau Panari, Okinawa, Jepun


Juga di panggil pulau Aragusuku merupakan sebahagian dari kepulauan Yaeyama di Jepun. Dikenali sebagai lokasi terbaik untuk aktiviting menyelam dan kaya dengan berbagai hidupan laut dan terumbu karang sebesar saiz di Great Barrier Reef. 

Dianggarkan terdapat lebih dari 400 jenis karang laut, 5 jenis penyu, ikan pari, jerung dan berbagai jenis hidupan laut tropika di sini.

15. Puerto Ayaro, Galapagos


Walaupun bandar ini memiliki populasi penduduk terpadat di Galapagos, namun ia masih menawarkan air yang jernih dan bersih. Iguana, singa laut, ikan pari dan berbagai spesis ikan dapat dilihat berkeliaran bebas di sini.

16. Tasik Tahoe, Nevada 


Gambar di bawah telah di ambil di sekitar bukit bonsai, si bahagian timur pesisir tasik ini. Merupakan lokasi yang tidak begitu diketahui bukan saja oleh pelancong tapi juga penduduk tempatan di sini.

17. Cayos Cochinos, Honduras


Lokasinya adalah di bahagian tengah teluk Carribean, Honduras.

18. Primosten, Croatia


Terletak di Teluk Adriatic, utara Split, Primosten di wartakan sebagai pantai tercantik di Croatia.

19. St George, Bermuda


Merupakan pulau jajahan Britain ini menawarkan air yang jernih di sekitarnya.

20. Hanauma Bay, Oahu, Hawaii 


Jika anda ke sini pada hujung minggu, ia dipenuhi oleh ramai pengunjung. Tapi pada hari biasa, anda berpeluang untuk menikmati air yang jernih dalam suasan damai.

21. Pupu Springs, New Zealand 


Terletak di puncak Golden Bay, South Island, dianggarkan 14,000 liter air mengalir ke sini setiap saat pada musim bunga.

22. Calanque d’En-Vau, Perancis 


Satu lagi teluk dengan air yang bersih di Peracis. Tebing di teluk ini lebih curam dari Sormiou, terpencil, sunyi dan airnya sangat jernih.

23. Rio Azul, Argentina 


Air yang jernih sehingga boleh diminum tanpa perlu di masak, hanya di Rio Azul berhampiran El Bolsón, Patagonia, Argentina.

24. Corfu, Greece 


Pada kurun 1900, mereka yang berkunjung ke sini adalah golongan bangsawan dan kerabat diraja Eropah. Kini Corfu dikunjungi ramai dan berbagai pakej ditawarkan oleh syarikat pelancongan di sini.

25. Aitutaki, Pulau Cook 


Pernah dianugerahkan sebagai pulau tercantik di dunia pada June 2010 oleh pengasas Tony Wheeler; Lonely Planet.

Senarai 15 Negara Di Asia Paling Tinggi Rasuah. Wow... Tak Sangka Malaysia Berada Di Kedudukan Nombor 3!!!

Sebagai salah satu inisiatif dalam mengukur tahap aktiviti rasuah global, Transparency International telah membuat tinjauan kepada hampir 20,000 orang di 15 negara Asia Pasifik tentang rasuah di negara masing-masing.


Laporan ini dibuat tepat pada masanya di mana kebanyakan kerajaan di Asia sedang menyediakan agenda mereka untuk menepati matlamat United Nations Sustainable Development Goals (SDGs).

SDG menetapkan keutamaan pembangunan pada tahun 2030, termasuk pengurangan jenayah kecurian dan rasuah.

Transparency International dalam laporannya menyatakan, hasil dari tinjauan mendapati satu dari empat orang memberi rasuah untuk mengakses perkhidmatan awam.

Tinjauan juga melihat agensi keselamatan sebagai perkhidmatan awam yang banyak menerima rasuah.

Secara keseluruhan, golongan miskin merupakan golongan yang paling banyak memberi rasuah.

Hanya satu dari lima orang yang mengatakan tahap rasuah di negara mereka semakin berkurangan, manakala dua dari lima orang mengatakan rasuah semakin meningkat.

Di China, hampir 75% dari tinjauan berpendapat rasuah semakin meningkat sejak tiga tahun lepas yang menunjukkan langkah-langkah yang telah diambil tidak berjaya membendung jenayah ini.

Rajah di bawah menunjukkan hasil dari tinjauan pendapat yang dibuat kepada orang dewasa di 15 negara Asia tentang peningkatan rasuah di negara masing-masing.

Harus diingat ini adalah tinjauan pendapat dan bukan bermaksud statistik sebenar di negara-negara tersebut.

Hasil dari tinjauan menunjukkan pihak kerajaan dari Asia Pasifik perlu bertindak dan berusaha membendung perkara ini dan kerajaan perlu menepati janji mereka untuk memerangi rasuah dan juga komitmen mereka bagi mencapai matlamat United Nations Sustainable Development Goals (SDGs).

BACA INI JUGA:

Friday, March 17, 2017

Tahukah Anda Kenapa Arab Saudi Melarang Keras Pesawat Melintas Diatas Masjidil Haram Dan Masjid Nabawi.

Seorang pilot kenamaan Arab Saudi mengungkap bahawa alasan sebenarnya pesawat tidak boleh melintas di atas Ka’bah dan Masjidil Haram bukan kerana adanya gelombang magnet, seperti yang diberitakan media-media Barat, melainkan untuk melindungi keselamatan dan kenyamanan para jamaah umrah dan haji.


“Khabar dan informasi yang selama ini tersebar di sosial media salah dan menyesatkan,” seperti dipetik portal TV orient-news.net dari Hasan Al-Ghamidi yang juga seorang pilot dan pemerhati urusan penerbangan.

Hasan Al-Ghamidi menjelaskan dalam rakaman video yang dimuatnaik jejaring sosial Facebook bahawa larangan terbang di atas Masjid Al-Haram bukan kerana adanya gelombang magnet yang terpancar dari Ka’bah, ataupun adanya ruangan udara di atas kiblat umat Islam.

Melainkan kerana kedudukan kota Makkah yang berada di wilayah pegunungan, dimana jika pesawat melintas menyebabkan efek suara yang ditimbulkan pesawat dapat memantul dan menimbulkan efek buruk bagi para jamaah umrah dan haji.

Sebab lainnya adalah kerana di dalam pesawat yang melintas sangat memungkinkan adanya penumpang non muslim. Dan dalam Al-Quran disebutkan bahawa non muslim tidak boleh memasuki wilayah Makkah dan Madinah. (Kiblat/Ram)

| SBP
 

Kelebihan Dan Kelemahan Orang Darah Jenis O Yang Perlu Anda Tahu!!!

Orang-orang dengan golongan darah O adalah orang yang istimewa, kerana mereka boleh mendonorkan darahnya kepada semua golongan darah lain, namun orang-orang dengan golongan darah O cuma boleh menerima darah dari sesama golongannya.


Orang-orang bergolongan darah O, senantiasa kelihatan menonjol diantara yang lain. Mereka mempunyai jiwa kepemimpinan, proaktif, bertenaga serta mempunyai kemampuan untuk selalu terus fokus. Mereka juga cenderung sangatlah kuat serta produktif.

Di Jepun, orang-orang bergolongan darah O senantiasa dikaitkan dengan jenis ciri-ciri tertentu. Waktu lakukan temuduga kerja, penemuduga sering menanyakan apa golongan darah mereka.

Orang-orang dengan kumpulan darah O digambarkan sebagai orang yang bertanggung jawab, komited, terancang, fokus, teliti serta praktikal. Mereka juga diakui lebih pintar serta lebih baik dari pakar logik. Hal semacam ini kerana nenek moyang mereka iaitu seorang pemburu, yang sentiasa tepat dalam menganggarkan serta mengamati persekitaran sekitar untuk dapat bertahan hidup.

Lalu, apakah orang-orang yang mempunyai golongan darah O mempunyai kelemahan? Ya, sudah pasti ada, kerana tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Orang bergolongan darah O lebih terdedah pada penyakit tertentu, seperti ulu hati, disfungsi tiroid, rendahnya tahap hormon tiroid serta kekurangan iodin. Disfungsi tersebut boleh menyebabkan kesan sampingan, seperti kelebihan berat badan serta pengekalan air.

Ketika sedang stres mereka boleh sangatlah marah, jadi hiperaktif serta impulsif. Pola makan yang buruk, kurang olahraga, lakukan kebiasaan tak sihat serta kecenderungan untuk stres bikin mereka rawan semulajadi sistem metabolik yang berbahaya, seperti rintangan insulin, melambatkan kesibukan kelenjar tiroid serta obesiti.

Mereka juga mempunyai tahap lebih tinggi asid gastrik di banding golongan darah yang lain, mempunyai keadaan perut yang sensitif serta terdedah menderita ulser. Orang-orang dengan kumpulan darah O, mesti elakkan cafein serta alkohol. Cafein sangatlah berbahaya untuk mereka kerana boleh meningkatkan adrenalin, yang memanglah telah tinggi pada orang-orang bergolongan darah itu. Orang-orang bergolongan darah O disyorkan untuk melakukan aktiviti fizikal, sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu.

Sumber: Cuisine and Health

Thursday, March 16, 2017

Tahukah Anda? Najis Gajah Boleh Menghasilkan Kertas.

Najis haiwan memang mempunyai manfaat bagi manusia, misalnya dibuat untuk bahan baja. Namun kali ini najis dari gajah digunakan untuk pembuatan kertas. Projek aneh ini dilakukan oleh Tim Husband, yang sebelumnya bekerja sebagai penjaga zoo di Australia.


Projek ini dirancang akan diadakan di Bali Safari and Marine Park. Dari kaji selidik diperoleh maklumat bahawa gajah-gajah di sana setiap ekor menghasilkan najis sekitar 100 kg sehari. Dan menghabiskan rumput sebanyak 180 kg sehari. Projek ini akan memanfaatkan bantuan dari penduduk sekitar, terutama dalam pengumpulan najis.

Seperti disiarkan di International Business Times, untuk menghasilkan 15 kertas berkualiti tinggi memerlukan satu timbunan najis gajah. Kaedah kitar semula najis menjadi kertas yang bermanfaat ini tidak hanya berlaku untuk najis gajah saja, tetapi boleh dipakai untuk haiwan pemakan rumput lain.

Pada tahun 2005, Creative Paper Tasmania telah berjaya mengubah najis kanggaru menjadi kertas dan alat tulis lain. Najis gajah tidak menghancurkan seluruh dedaunan yang mereka hadamkan, sehingga najis yang mereka keluarkan masih banyak mengandung serat. Dan serat-serat tersebut yang akan dibuat sebagai bahan asas kertas. Huraian ini menunjukkan bahawa mengubah najis haiwan menjadi kertas bukanlah usaha mustahil.

Keterangan yang diungkap oleh Ecology Global Network, penggunaan najis haiwan menjadi kertas akan menyumbang dalam penyelamatan lingkungan khususnya hutan. Keperluan kertas dunia mengalami peningkatan luar biasa, sebanyak 400 peratus dalam kurun waktu 40 tahun. Bermakna telah berlaku penebangan hutan sekitar 4 bilion pokok, atau kira-kira 35 peratus daripada jumlah keseluruhan hutan di dunia.

Jom saksikan video menarik ini:

Banyak Orang Kata Pemilik Garis Tangan Berbentuk M Tersangat Istimewa? Benarkah..

Dipercayai bahawa, individu yang memiliki garis-garis pada telapak tangan bentuk huruf 'M' dianggap sebagai orang yang istimewa.



Pemilik garusan huruf M ditapak tangan ini dikatakan sangat bertuah dari segi kewangan, kesihatan, jodoh dan sebagainya. 

Maka tidak hairanlah, ramai peramal yang menggunakan tapak tangan untuk meramal atau juga dikenali sebagai palmistry.

Mereka yang memiliki garisan tapak tangan berbentuk M dianggap sebagai orang yang berbakat dan dianggap memiliki intuisi yang kuat serta mampu menjadi ketua yang sangat baik jika menjalankan apa-apa pekerjaan.

Jika pasangannya juga memiliki garisan yang sama, ertinya dia tidak akan membohongi atau menipu pasangannya. Malah, dia akan tahu jika pasangannya sedang berbohong atau menipu.

Wanita dengan garis tangan huruf M memiliki intuisi lebih kuat dari lelaki dan jika kedua-dua pasangan sama-sama memiliki garis tangan seperti ini, wanita yang lebih dominan kerana memiliki intuisi yang lebih kuat.

Individu dengan garis tangan M yang istimewa ini memiliki kekuatan untuk membuat perubahan yang mereka perlukan dalam hidup dan mampu merebut peluang.

Jadi, jika anda adalah sebahagian individu yang memiliki garis tapak tangan huruf M, tandanya anda adalah orang yang istimewa.

P/S: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.


Wednesday, March 15, 2017

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan E-Dagang?

E-Dagang atau "E-Commerce" secara ringkasnya, merupakan satu sistem laman web yang membolehkan pemiliknya melakukan penjualan atau jual beli bersama pelanggan.


Definisi penuh e-dagang adalah mengeksploitasi teknologi dan aplikasi untuk menghubungkan sistem perniagaan yang kritikal secara terus kepada pelanggan, pekerja dan pembekal melalui Intranet, Extranet dan WWW, tak kira saiz, lokasi dan jenis perniagaan.

Antara syarat e-dagang memerlukan pengemaskinian maklumat mutakhir dalam proses pentadbiran dan perniagaan.

Perdagangan elektronik, E-dagang atau dalam bahasa Inggerisnya Electronic Commerce (EC) adalah sebuah sistem perniagaan dan jual beli yang banyak menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutama telekomunikasi canggih sehingga dapat melindungi dan memuaskan pengguna-penggunanya iaiitu yang terdiri daripada penjual, pembeli dan pihak-pihak yang ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit, pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi.

Kebelakangan ini, ianya banyak menggunakan Internet khususnya Web untuk mengadakan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak-pihak ketiga dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak dan boleh dipercayai. 

Dengan E-dagang sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual dan beli dari dan di mana sahaja di dunia ini.

Pra syarat terpenting untuk menjalankan perniagaan dalam suasana yang menggunakan teknologi E-Dagang ini ialah pemilikan kelengkapan IT yang sesuai dan prasarana telekomunikasi yang membolehkan anda mengkases Internet. Ini sudah tentunya bermula dengan sebuah komputer, modem dan talian telefon. 

Penggunaan E-dagang dijangka akan melonjak naik dari setahun demi setahun sesuai dengan meningkatan penerimaan IT di kalangan masyarakat, walau bagaimanapun di antara yang membelenggu penerimaan e-dagang secara lebih meluas di kalangan khalayak ramai ialah persepsi bahawa e-dagang masih tidak boleh dipercayai dari segi keselamatan dan kepercayaannya berbanding dengan cara-cara tradisional perdagangan.

Jenis-jenis E-dagang

E-dagang dapat dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu di antara perniagaan dan perniagaan dan yang keduanya di antara perniagaan dan pengguna.

Jenis e-dagang yang pertama iaitu di antara perniagaan dan perniagaan melibatkan transaksi di antara dua atau lebih perniagaan atau syarikat di mana seringkali satu pihak merupakan syarikat pembekal kepada satu pihak yang lain.

Sebagai contohnya pengeluar kicap akan berinteraksi dengan sebuah pasaraya dalam proses memesan, menghantar dan membayar pesanan botol-botol kicap.

Jenis e-dagang yang kedua pula iaitu di antara perniagaan dengan pengguna pula melibatkan transaksi di antara penjual akhir sesuatu produk itu misalnya sebuah pasaraya yang menjual produk-produk kepada pengguna terakhir ialah orang ramai yang memesan satu atau dua botol kicap melalui e-dagang.

Dari segi jumlah transaksi yang dilakukan melalui e-dagang, jenis pertama iaitu transaksi di antara perniagaan dengan perniagaan sebenarnya paling banyak memberi kemanfaatan kepada sesebuah syarikat itu kerana jumlah pesanan di antara perniagaan seringkali besar dan kerap berbanding dengan di antara perniagaan dengan pengguna akhir. 

Walau bagaimanapun perkara ini mungkin berubah apabila lebih ramai pengguna akhir menggunakan e-dagang untuk membeli barangan seharian seperti kicap, bunga, beras, baju, kereta dan lain-lain keperluan konsumer sesebuah mesyarakat itu. 

Saiz E-dagang

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh statista.com, 40 peratus pengguna internet diseluruh dunia membeli-belah melalui internet.

Dianggarkan seramai 1.2 bilion pengguna pada tahun 2015 membuat pembelian melalui internet dan dijangkakan akan terus meningkat.

Pada tahun 2013 jumlah transaksi e-dagang adalah sebanyak AS$1.2 trilion yang diurusniagakan dalam talian dan jumlah ini dijangkakan akan terus meningkat.

Skop E-dagang

Secara amnya, pasaran E-dagang meliputi enam bidang iaitu pengiklanan, pendidikan, kewangan, bidang professional, peruncitan dan pelancongan. Keenam-enam bidang ini telah menyumbang kepada pertumbuhan E-dagang yang memberangsangkan.

Sumber: ftsm

Sambutan Hari Hak Pengguna Sedunia, World Consumer Rights Day Lambang Pe­nya­tuan Semangat Permuafakatan Semua Pi­hak.

Sambutan Hari Hak Pengguna Sedunia, World Consumer Rights Day, diraikan pada tanggal 15 Mac setiap tahun di seluruh dunia sejak 1983, sebagai satu langkah dan lambang penyatuan semangat permuafakatan dan kerjasama semua pihak dalam menggerakkan isu kepenggunaan di peringkat antarabangsa.


Sokongan dan penghargaan kepada rakyat dengan memperkasakan hak dan kuasa pengguna melalui sambutan dan pelaksanaan penguatkuasaan adalah satu perkara yang wajar dipuji. 

Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia ini pertama kali disambut pada 15 Mac 1983 dengan tarikh 15 Mac setiap tahun dipilih sebagai hari sambutan bagi memperingati tarikh hak-hak pengguna yang diperkenalkan dan diumumkan oleh Presiden John F. Kennady pada tahun 1962.

Di banyak negara isu melibatkan pengguna ini bukanlah satu perkara popular kerana melibatkan banyak pihak yang mempunyai kepentingan peribadi.

Malah terdapat kerajaan beberapa negara tanpa mengira maju atau miskin, kebiasaannya akan menyembunyikan perkara-perkara berkaitan pengguna hanya kerana mahu melindungi pihak peniaga yang sering memalsukan fakta atau kandungan sebenar bahan keluaran mereka.

Lebih malang kerana dalam kebanyakan perkara, masih banyak hal yang berkaitan pengguna bukan sahaja tidak boleh diselesaikan malah berlarutan tanpa penyelesaian.

Dalam sebuah masyarakat moden dan bertamadun tinggi, rakyatnya perlu menjuarai hak mereka sebagai pengguna. Jika kita benar-benar serius sudah sampai masanya kita semua bangkit menggunakan kuasa kita sebagai pengguna.

Hak-Hak Anda Sebagai Pengguna

Ketika ini terdapat 8 hak asasi pengguna yang telah diterima pakai diseluruh dunia dan diambil kira dalam undang-undang berkaitan pengguna sama ada untuk digubal, dipinda atau dikaji semula. Ketahuilah akan hak-hak anda sebagai pengguna.

Berikut adalah 8 hak anda sebagai pengguna yang wajar kita semua ketahui:

1. Hak untuk mendapatkan keperluan asas

Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini.

Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya.

2. Hak untuk mendapatkan keselamatan

Pengguna dilindungi daripada pemprosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.

3. Hak untuk mendapatkan maklumat

Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak.

Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.

4. Hak untuk membuat pilihan

Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan.

Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.

5. Hak untuk bersuara

Perkara ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.

6. Hak untuk mendapatkan ganti rugi

Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.

Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar.

Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.

7. Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna

Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Perkara ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna.

Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.

8. Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat

Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya.

Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.<

Hak Pengguna Untuk Pemakanan Sejagat

Di Malaysia, Sambutan Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia ini dikelola di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Semoga memberi manfaat.

Sumber: Utusan | Relaksminda

Sejarah Sambutan Hari Pi (π) Sedunia, Pi Day Yang Perlu Anda Tahu.

Komuniti matematik dan sains seluruh dunia akan menyambut Hari Pi (π) (sebut pai) pada 14 Mac setiap tahun kerana Pi (π) adalah pemalar matematik yang terkenal dan mempunyai keunikannya yang tersendiri.


Di Barat, tarikh kebiasaanya ditulis sebagai March 14 atau 3/14 manakala nilai Pi (π) yang paling ringkas dipersetujui umum ialah 3.14, maka inilah sebabnya tarikh 14 Mac dipilih sebagai memperingati nilai pemalar matematik tersohor ini.

Menurut sejarah, asal-usul istilah Pi (π) diberikan menurut salah satu huruf Yunani, namun begitu ia tidak dinamakan oleh orang-orang Yunani itu sendiri.

Konsep Pi (π) pertama kali diperkenalkan oleh bangsa Mesir Kuno yang dibuktikan melalui sebuah catatan sejarah yang menyatakan bahawa Pi (π) telah digunakan sejak tahun 1650 Sebelum Masehi.

Catatan tersebut ditulis oleh seorang yang bernama Ahmes, yang menunjukkan beberapa rumus matematik.

Antara rumus tersebut ialah kaedah pengiraan kasar bagaimana menghitung luas bulatan menggunakan satu angka yang apabila diterjemahkan dalam istilah moden bernilai 3.160...

Sekitar tahun 200 SM, orang Yunani menyedari bahawa nilai Pi (π) sangat penting, walaupun mereka bukanlah orang yang menamakan nilai tersebut sebagai Pi (π).

Archimedes membuat hitungan nilai Pi (π) sekitar tahun 200 Sebelum Masehi dalam bentuk pecahan. Archimedes mengira nilai Pi (π) sebagai pecahan 3 1/7, dalam perpuluhan nilainya 3.1485...

Ahli-ahli matematik dan sains menggunakan nilai Pi (π) tersebut berabad-abad lamanya.

Di Timur pula, ahli matematik dan astronomi China Zhu Chongzi (429-500M), mengira nilai menghampiri ketepatan. Ia mengira dalam nilai pecahan 355/113 atau 3.1415929.

Keunikan nilai angka Pi (π) kembali diperhatikan oleh ahli matematik di abad ke-16. Ludolph van Ceulon menghabiskan banyak masa mengkaji Pi (π) dan beliau menulis sebuah buku berjudul Van den Circkel (On the Circle) melaporkan hasil kajiannya.

Ludolph berjaya mengira nilai Pi (π) sehingga 35 titik perpuluhan yang kemudian dinamakan sebagai Nombor Ludophian sebagai menghormati penemuannya.

Sekitar abad ke-18 barulah nilai Pi (π) iaitu 3.14159 mendapat persetujuan ramai di kalangan komuniti matematik dan sains.

Konsep Pi (π) sebenarnya sangat sulit. Angka ini merupakan angka yang unik tanpa pengakhiran yang tepat dan ia tidak memiliki pola atau pengulangan pada angka perpuluhannya.

Walaupun tidak dijelaskan secara tepat dalam bentuk pecahan, nilai yang paling dekat dan dipersetujui adalah 22/7.

Dalam bulatan, Pi (π) menunjukkan jumlah nilai ukuran bulatan atau lingkaran dengan diameternya yang bermaksud, sekiranya anda ingin mengira objek berbentuk lingkaran atau bulatan sempurna atau tidak, maka bahagilah ukur lilit bulatan lingkaran tersebut dengan diameternya.

Sebuah bulatan yang sempurna mempunyai hasil bahagi menghampiri nilai Pi (π).

Pi (π) banyak diaplikasikan dalam bidang geometri.

Perbezaan nilai sebenar Pi (π) dengan 22/7.
  • Nilai Pi (π): 3.14159265358979....
  • Nilai 22/7: 3.14285714285714.....
Perbezaan yang agak ketara iaitu 0.00126448926735, jadi kemungkinan besar nilai Pi (π) akan berubah jika mengira menggunakan 22/7.

Mungkin ada sebab-sebab yang tersendiri kenapa mereka menggunakan 22/7 sebagai pengganti Pi (π) dalam bentuk perpuluhan.

Mengikut teori, mereka berpendapat bahawa penggunaan 22/7 hanya untuk memudahkan perhitungan dalam kiraan kerana untuk membuat pengiraan yang sebenar.

Kita memerlukan kira-kira 17 angka Pi (π) yang pertama untuk mendapatkan kiraan yang lebih tepat, jadi 22/7 digunakan supaya kita tidak berasa susah untuk mengingat angka tersebut disamping pecahan tersebut juga mempunyai nilai yang paling hampir dengan Pi (π) yang sebenar.

Jadi kesimpulannya, 22/7 merupakan pecahan yang menghampiri Pi (π), bukannya Pi (π).

Fakta dan sejarah menarik Pi (π).

Simbol Pi iaitu angka Yunani ini (π) telah diperkenalkan oleh ahli matematik pada 1706 iaitu William Jones.

Tulisan π juga merujuk kepada Pi ialah huruf Yunani "Piwas" yang merupakan abjad yunani yang ke 16.

Tarikh sambutan Hari Pi (π) yang disambut diseluruh dunia ini juga bersamaan dengan tarikh kelahiran tokoh sains terkemuka dunia, Albert Einstein.

Pada hari tersebut, ramai yang meraikan hari Pi pada Mac (3), 14 pada 1.59pm kerana bersamaan dengan tujuh nombor perpuluhan pertama Pi (π = 3.14159)<

Nilai Pi (π) dengan 100 desimal pertama adalah;

3,1415926535897932384626433832795028841971693993751058209749445923078164062862089986280348253421170679.

Seorang usahawan di Cleveland, AS, menerbitkan buku pada pada tahun 1931 untuk mengumumkan bahawa nilai Pi (π) adalah 256/81.

Yasumasa Kanada, seorang profesor di Universiti Tokyo menghabiskan waktu sekitar 116 jam untuk menemui sebanyak 6442450000 desimal Pi (π) dengan menggunakan komputer.

Pada tahun 1706, John Machin memperkenalkan suatu formula untuk menghitung nilai phi, iaitu, π/4=4 * arc tan (1/5) &#8211; arc tan (1/239).

Pada tahun 1949, dia juga menghabiskan waktu sekitar 70 jam untuk menghitung 2.037 tempat desimal Pi (π) menggunakan ENIAC (Electronic Numeric Integrator and Computer).

Seorang pakar matematik Jerman, Ludolph van Ceulen, mendedikasikan seluruh hidupnya untuk mengira 35 tempat desimal pertama Pi (π).

Pi (π) mempunyai nilai yang dikatakan tidak berpenghujung (sangat panjang). Selain itu, ia juga tidak mempunyai pengulangan.

Pada tahun 1768, Johann Lambert membuktikan nilai Pi (π) adalah sebuah bilangan yang tiada penghujungnya dan pada tahun 1882, Ferdinand Lindemann yang juga pakar matematik terkenal membuktikan Pi (π) mempunyai bilangan yang sukar difahami.

Ada orang yang menghafal semua angka desimal Pi (π) dan mencipta lagu berdasarkan digit Pi (π).

Berbeza pula dengan pecahan 22/7, ia mempunyai pengulangan yang tidak terhingga =3.142857 142857 142857 142857 142857...

Berkenaan dengan ni Pi (π) pula, jika ditulis diatas kertas di suatu kawasan di Malaysia, panjang tulisan itu mampu sampai hingga ke India (ataupun lebih jauh).

Keajaiban Pi (π) juga melalui beberapa evolusi dalam penetapan mengenai ketepatan nilai sebenar Pi (π).

Pi (π) sememangnya penuh dengan rahsia dan sangat sukar untuk diterangkan, apatah lagi untuk difahami oleh orang biasa.

Walaupun anda mungkin kebingungan, semoga memberi manfaat.

Sumber: majalahsains | pke

Halden Prison, Norway - Penjara Terbaik Di Dunia.

Selama ini penjara dianggap sebagai tempat yang menakutkan, malahan ada yang berhantu. Para pelaku kejahatan pelbagai kes berkumpul di tempat itu. Mereka terpaksa tinggal di tempat yang jauh dari kata selesa, selama berbelas hingga berpuluh tahun sebagai hukuman atas apa yang telah mereka lakukan.


Namun, seluruh gambaran mengerikan itu seperti tidak kelihatan di Penjara Halden, Norway. Di sana, para banduan hidup sangat selesa, kerana kemudahan penjara yang lebih mirip dengan bilik hotel.

Masing-masing sel dihuni 256 tahanan dengan kemudahan TV skrin rata, peti sejuk, dan bilik mandi. Sel juga mempunyai tingkap, hingga banduan mendapatkan cahaya yang baik.

Di luar sel, banduan boleh menggunakan ruang tamu dengan sofa mewahnya, studio muzik, perpustakaan, bilik komputer, gym hingga panjat tebing. Banduan juga dibenarkan untuk bermeditasi, membaca buku, sehingga menulis surat dengan bebas.

Jom saksikan video berikut ini:


| SBP

Sambutan Hari Tindakan Sungai Sedunia Pada 14 Mac Setiap Tahun.

Setiap tahun pada 14 Mac, beratus-ratus komuniti akan mengadakan sambutan Hari Tindakan Sungai Sedunia, untuk mempertahankan sungai-sungai diseluruh dunia dan mendidik penduduk bumi tentang betapa pentingnya sungai yang bersih dari pencemaran.


Sambutan Hari Tindakan Sungai Sedunia adalah hari untuk menuntut penambahbaikan dalam dasar dan amalan pembuat keputusan serta untuk mendidik antara satu sama lain tentang ancaman yang dihadapi sungai dan belajar tentang penjagaan air dan tenaga yang lebih baik.

Ia adalah hari untuk mendidik antara satu sama lain tentang ancaman yang dihadapi sungai dan belajar tentang penyelesaian air dan tenaga yang lebih baik.

Apa yang paling penting, ia adalah hari untuk bersatu dengan bertindak bersama-sama, tentang isu-isu kebersihan air dan sungai diseluruh dunia.

Sejarah Sambutan Hari Tindakan Sungai Sedunia

Sambutan Hari Tindakan Sungai Sedunia, International Day of Action for River, telah diterima pakai oleh peserta Mesyuarat Antarabangsa pertama Individu Yang Terjejas oleh Empangan, pada Mac 1997 di Curitiba, Brazil. 

Sambutan Hari Tindakan Sungai Sedunia ini adalah kesinambungan daripada sambutan Hari Penentangan Terhadap Pembinaan Empangan, The International Day of Action Against Dams, di Brazil.

Salah satu matlamat utama sambutan ini adalah untuk membina dan mengukuhkan kerjasama serantau dan antarabangsa dalam penentangan terhadap projek-projek pembinaan empangan yang merosakkan.

| SBP