Showing posts with label rekod batu hempedu terbanyak. Show all posts
Showing posts with label rekod batu hempedu terbanyak. Show all posts

Friday, August 19, 2016

Rekod Dunia! Hampir 12,000 Batu Empedu Dikeluarkan Dari Tubuh Wanita India Ini.

Seperti yang dilaporkan oleh Dailymail.co.uk, sungguh malang nasib seorang wanita separuh umur bernama Minati Mondal (51 th). Ia telah dirawat di Hospital Debdoot Sevayan di Kolkata, Bengal Barat, dua minggu lalu selepas mengalami sakit perut yang teruk dan refluks asid perut yang menyeksanya selama 2 bulan terakhir. Hasil imbasan yang dilakukan pihak RS menunjukkan terdapat banyak butiran kecil kolesterol dan garam yang mengisi pundi hempedu wanita malang ini.

Dalam operasi laparaskopi yang berlangsung satu jam, doktor yang mengoperasinya terkejut dengan jumlah batu hempedu yang dikeluarkan dari pundi hempedu Minati Mondal. Dr Makhan Lala Saha, seorang gastrointestinal endosurgeon di RS tersebut mengatakan, sebenarnya ia sudah menjangka sejumlah besar batu hempedu yang akan dikeluarkan, namun ia sungguh tak menduga batu hempedu yang berjaya dikeluarkan melebihi angka 5,000. Sekurang-kurangnya hampir 12,000 butir batu hempedu berjaya dikeluarkan dari pundi hempedu wanita ini.


Dr. Saha berkata, "Saya hairan melihat jumlah batu yang besar yang kami keluarkan dari pundi hempedu pesakit ini. Saya tidak pernah berfikir pundi hempedu boleh mengandungi begitu banyak batu. "

Dr. Saha masih menjelaskan, "Perlu empat jam untuk pembantu saya mengira jumlah batu yang besarnya antara 2mm dan 5mm. Kami memerlukan 50 minit untuk mengeluarkannya."
Doktor Saha telah menulis surat kepada Royal College of Patologi di London untuk menjaga spesimen tersebut di muzium. Dan beliau mula berfikir bahawa jumlah batu hempedu yang dikeluarkan itu boleh menjadi rekod dunia baru.

Dr. Saha menambah "Dua bulan yang lalu, saya telah membedah seorang gadis yang mempunyai 1,110 batu hempedu. Tetapi walaupun jumlah ini mengejutkan, saya mendapati bahawa pada tahun 1983, doktor di Inggeris telah mengeluarkan 3.110 batu dari pundi hempedu pesakit dari Jerman. "

"Tapi saya merasa angka ini boleh menggantikan catatan masa lalu kerana bilangan saat ini adalah tiga kali lebih daripada catatan tersebut."

Minati Mondal telah keluar dari hospital dua hari lalu dan menjalani proses pemulihan di rumah.