Kalau anda nak tahu apa rahsia tersirat mengenai cara berjalan wanita, bacalah artikel ini hingga habis.
1. Jika berjalan dari arah belakang, seperti tidak memijak tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, kononnya wanita ini adalah wanita yang tidak jujur.
Kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain juga wanita yang berjalan seperti ini terkenal dengan sikap egonya.
Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya masih banyak keperluannya untuk perkara lain.
Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki!
2. Jika berjalan, sering menoleh ke kiri dan kanan
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri dan merugikan temannya, namun ramai lelaki yang berusaha untuk menakluki hatinya.
Kononnya, wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Jika berjalan, suka menunduk
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya.
Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta.
Ini kerana wanita jenis ini sangat setia dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan, memandang lurus ke hadapan
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncang imannya.
Jangan sekali-kali menentang apa yang dikatakannya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar.
Dan kerana pendiriannya yang teguh, dia selalu berselisih pendapat.
Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.
5. Jika berjalan, badan bergerak ke kanan dan kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku.
Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggapnya perkara kecil, padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan.
Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Jika berjalan, badan tampak tegak
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampuri oleh orang lain.
Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh.
Yang menarik dengan wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang dilakukannya.
Dia menyukai lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
7. Jika berjalan, seperti zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kakinya, dia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang.
Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung.
Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita jenis ini mudah mengalirkan air mata.
P/S: Ini adalah untuk pengetahuan dan bacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.
Sumber: 1001rahsiadiri