SEJAK semalam heboh di media sosial Facebook dan Twitter tentang video seorang lelaki meracau-racau seperti dirasuk menyebut 'Pokemon' berulang kali.
Dalam video itu beberapa orang lelaki dilihat terpaksa memegangnya. Mana tidaknya, dia bukan sahaja meracau, malah meronta-ronta saling tak tumpah bagai dirasuk dengan makhluk halus.
Rasanya kau orang semua pun tentu pernah main game Pokemon Go, aku pun pernah main. Aku 'install' game Pokemon Go tu ada lah dalam 15 ekor Pokemon aku tangkap.
Lepas kira² sebulan game tu dalam handphone aku, aku rasa bosan dan menyampah, maka aku pun 'uninstall' sebab aku rasa game tu menyemak je.
Kesimpulannya, bagi aku tak adalah 'addicted' sangat game pokemon ni seperti yang digembar-gemburkan media. Dalam kata lain, pada aku media baik tempatan mahupun antarabangsa lebih sudu dari kuah.
Aku percaya, ada perancangan pihak tertentu menggunakan media untuk menggembar-gemburkan cerita tentang aplikasi game Pokemon Go.
Dipendekkan cerita, aku percaya video lelaki kena rasuk sampai meracau-racau sebut Pokemon berulang kali ni pun adalah satu strategi pemasaran. Sekian terima kasih.