Showing posts with label personaliti diri. Show all posts
Showing posts with label personaliti diri. Show all posts

Friday, March 10, 2017

Tun Mahathir Dedah Rahsia Jaga Kesihatan.

Walaupun telah berusia 91 tahun, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad masih lagi kekal aktif dan mempunyai daya fikir yang tajam.


Menurut Tun Mahathir, tiada rahsia kekal sihat yang diamalkan cuma harus sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat.

"Jangan hisap rokok, minum arak dan makan terlalu banyak, itulah tiga perkara yang saya amalkan.

"Lagi satu, dalam soal penjagaan makanan, pastikan berhenti sebelum kenyang kerana jika tidak beringat maka perut pun mudah jadi besar," katanya.

Tun Mahathir juga turut memberi nasihat agar menjaga jantung masing-masing kerana ia merupakan organ penting dalam tubuh badan.

"Jantung bekerja sepanjang masa, dari dalam rahim lagi hingga akhir hayat kita, jadi ingat-ingatlah sikit dan janganlah bagi ia kerja banyak.

"Bila badan kecil, jantung berupaya bekerja dengan mudah untuk mengepam darah ke seluruh tubuh, tapi bila badan besar, organ tersebut perlu bekerja dengan lebih kuat lagi," katanya.

Tun Mahathir juga turut berkongsi petua kesihatan yang diberikan oleh ibunya satu ketika dahulu.

"Ibu saya kata, ketika tengah seronok makan, berhenti. Apabila kita biasakan diri dengan tabiat ini, ia akan menjadi lebih mudah.

"Sebab itu, seluar yang saya beli 40 tahun dahulu masih lagi muat," tambahnya.

Sumber: sh

Saturday, March 4, 2017

Ketahui Personaliti Seseorang Melalui Renungan Matanya.

Mata adalah lambang perjalanan pemikiran seseorang manusia dan sangat menarik untuk diketahui tentang personaliti seseorang itu melalui matanya.

Adakalanya kita mampu menafsir sebahagian watak seseorang itu hanya dengan melihat mata kerana personaliti dalaman biasanya terpancar melalui mata.

1. Mata Jarang Berkedip


Jika mata jarang berkedip, menandakan orang itu sangat tajam pemikirannya dan jika tak berkedip langsung bila ia bercakap dia sangat tajam dalam sesuatu bidang, sebab konsentrasi dia sangat kuat. 

Orang ini sangat berpotensi menjadi saintis atau pakar dalam pelbagai bidang.

2. Renungan Mata Yang Tajam


Jika renungan matanya tajam seperti renungan mata harimau, orang ini sangat bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu. 

Pemikirannya juga tajam dengan syarat matanya kurang berkedip. 

Dia ada dua sifat exstrem sama ada sangat jahat atau sangat baik jika dia berpeluang berbuat demikian.

3. Renungan Mata Seolah Merenung Masa Hadapan


Jika renungan matanya tidak tajam tapi renunganya seolah-olah nampak sangat jauh orang ini bijak dan fikirannya adalah unik dalam berfikir dan bijak dengan syarat jangan banyak berkedip. 

Nak tahu mata jenis ini, lihat mata Tun Mahathir.

4. Mata sering berkedip


Apabila mata sering berkedip seolah-olah ada habuk dalam mata, orang ini kurang cerdas dari segi pemikiran dan kurang bijak serta mudah ditipu.

5. Renungan mata yang lemah


Mata dengan renungan yang lemah menandakan orang ini kurang tajam pemikirannya dan kurang bijak, atau dalam erti kata lain dia hanya berpotensi menjadi watak tambahan atau watak orang kampung dalam filem Hindi.

6. Mata Kecil, Tajam Dan Tidak Berkedip


Jika seseorang memiliki mata yang kecil, tajam renungannya dan tak berkedip dan jika renungannya bercahaya, orang ini sangat hebat dan memiliki sifat ekstrem samada bijak dan sangat jahat atau bijak dan sangat baik serta sangat berpotensi menjadi pakar.

7. Mata Besar Macam Lembu


Jika mata besar macam mata lembu, maka orang ini kurang bijak dan lagi teruk jika tidak tajam renungannya dan tak bercahaya matanya.

8. Renungan Mata Berkeliaran


Jika mata seseorang berkeliaran biji mata hitamnya, orang ini kaki belit, suka menipu serta tidak bijak dan sukar dipercayai.

P/S: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%. Semua gambar juga adalah hiasan semata-mata.


Tuesday, February 21, 2017

Mengungkap Rahsia Dan Keistimewaan Bulan Kelahiran Anda Menurut Hasil Kajian Dr. Fadhilah Kamsah.

Adakah anda tahu rahsia dan keistimewaan disebalik bulan kelahiran sendiri? Mari kita bongkar sikap seseorang mahupun diri kita mengikut bulan kelahiran masing-masing.


Hasil kajian oleh Dr. Fadhilah Kamsah sepanjang 25 tahun pengalaman.

JANUARI
  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
  • Suka mendidik dan dididik
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
  • Suka smart, kemas dan teratur
  • Bersifat sensitif
  • Berfikiran mendalam
  • Pandai mengambil hati orang lain
  • Pendiam kecuali telah dirangsang
  • Agak pemalu
  • Daya tumpuan yang sangat tinggi
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya
  • Cukup sayang pada kanak-kanak
  • Suka duduk rumah
  • Setia pada segala-galanya
  • Perlu belajar kemahiran sosial
  • Sikap cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
  • Berfikiran abstrak
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak
  • Bijak dan genius
  • Pesonaliti yang mudah berubah
  • Mudah menawan hati orang lain
  • Agak pendiam
  • Pemalu dan rendah diri
  • Jujur dan setia pada segalanya
  • Keras hati untuk mencapai matlamat
  • Tidak suka dikongkong
  • Mudah memberontak apabila dikongkong
  • Suka kegiatan yang lasa
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
  • Mudah mempamerkan marahnya
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
  • Sangat berani dan suka memberontak
  • Bercita-cita tinggi
  • Suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
  • Pemerhatian yang tajam
  • Suka hiburan dan sukan
  • Suka benda yg bersifat seni
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
  • Berkecenderungan pada benda tahyul
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
  • Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC
  • Berpesonaliti menarik dan menawan
  • Mudah didampingi
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa
  • Sangat baik secara semulajadi
  • Jujur
  • Pemurah
  • Mudah simpati
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan
  • Suka pada kedamaian
  • Sangat peka kepada orang lain
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
  • Tidak cepat marah
  • Sangat amanah
  • Tahu balas budi dan tahu kenang budi
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
  • Suka berangan-angan
  • Suka melancong
  • Sangat manja
  • Suka diberi perhatian yang sangat tinggi
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan
  • Suka dengan hiasan rumahtangga
  • Punya bakat seni dalam bidang muzik
  • Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
  • Terlalu moody
APRIL
  • Sangat aktif dan dinamik
  • Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
  • Sangat menarik dan pandai manjakan diri
  • Punya daya mental yang sangat kuat
  • Suka diberi perhatian
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk)
  • Pandai menyelesaikan masalah orang
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut
  • Suka adventure
  • Pengasih
  • Penyayang
  • Sopan santun dan pemurah
  • Emosi cepat terusik
  • Kecenderungan bersifat dendam
  • Agresif
  • Kelam kabut untuk membuat keputusan
  • Kuat daya ingatan
  • Gerak hati yang sangat kuat
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada
  • Sangat kuat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
  • Keras hati dan degil
  • Kuat semangat dan bermotivasi tinggi
  • Pemikiran yang tajam
  • Mudah marah apabila tidak dikawal
  • Pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
  • Perasaan yang amat mendalam
  • Cantik dari segi mental dan fizikal
  • Tidak perlu dimotivasikan
  • Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
  • Mudah dipujuk
  • Bersikap sistematik (otak kiri)
  • Suka berangan
  • Kuat daya firasat
  • Memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu
  • Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit
  • Daya khayalan yang tinggi
  • Pemikiran yang tajam
  • Pandai berdebat
  • Fizikal yang baik
  • Kelemahan sistem pernafasan
  • Suka sastera, seni dan muzik
  • Suka melancong
  • Tidak berapa suka duduk dirumah
  • Tidak boleh duduk diam
  • Tidak punya ramai anak
  • Rajin dan bersemangat tinggi
  • Agak boros
JUN
  • Berfikiran jauh dan berwawasan
  • Mudah ditawan kerana sikap baik
  • Berperangai lemah lembut
  • Mudah berubah sikap
  • Perangai idea @moodidea yang terlalu banyak dikepala
  • Bersikap sensitif
  • Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera
  • Bersikap suka menangguh-nangguh
  • Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
  • Cepat marah dan cepat sejuk
  • Suka bercakap dan berdebat
  • Suka buat lawak dan bergurau
  • Otaknya cerdas berangan-angan
  • Mudah berkawan dan pandai berkawan
  • Orang yang sangat tertib
  • Pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati
  • Mudah kena selsema
  • Suka berkemas
  • Cepat rasa bosan
  • Sikap terlalu memilih dan cerewet
  • Kurang mempamerkan perasaan
  • Lambat nak sembuh apabila terluka hati
  • Suka kepada barang yang berjenama
  • Mudah menjadi eksekutif
  • Kedegilan yang tidak terkawal
  • Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya
JULAI
  • Sangat seronok didampingi
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
  • Agak pendiam kecuali diransang
  • Ada harga dan maruah diri
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus
  • Sangat menjaga hati orang lain
  • Sangat peramah
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
  • Berjiwa sentimental
  • Jarang berdendam
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
  • Tidak suka benda remeh-temeh
  • Membimbing cara fizikal dan mental
  • Sangat peka
  • Caring dan mengasihi serta penyayang
  • Layanan yang serupa dengan semua orang
  • Tinggi daya simpati
  • Pemerhatian yang tajam
  • Suka menilai orang lain dengan pemerhatian mudah
  • Rajin belajar
  • Suka muhasabah diri
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama
  • Suka mendiamkan diri
  • Suka duduk dirumah
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
  • Tak agresif kecuali terpaksa
  • Lemah dari segi kesihatan perut
  • Mudah gemuk
  • Minta disayangi
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih
  • Terlalu mengambil berat
  • Rajin dalam membuat kerja
OGOS
  • Suka berlawak
  • Mudah tertawan kepadanya
  • Sopan-santun dan caring terhadap orang lain
  • Berani dan tidak tahu takut
  • Orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan
  • Pandai pujuk orang lain
  • Terlalu pemurah dan bersikap ego
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi
  • Dahagakan pujian
  • Semangat juang yang luar biasa
  • Cepat marah dan mudah mengamuk
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan
  • Sangat cemburu
  • Daya pemerhatian yang tajam dan teliti
  • Cepat berfikir
  • Fikiran yang berdikari
  • Suka memimpin dan dipimpin
  • Sifat suka berangan
  • Berbakat dalam seni lukis
  • Hiburan dan silat
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
  • Cepat ditimpa penyakit
  • Belajar untuk relax
  • Sikap kelam kabut
  • Romantik
  • Pengasih
  • Penyayang
  • Suka mencari kawan
SEPTEMBER
  • Sangat bersopan santun dan bertolak ansur
  • Sangat cermat, teliti dan teratur
  • Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
  • Pendiam tapi pandai bercakap
  • Sikap sangat cool
  • Sangat baik dan mudah simpati
  • Sangat prihatin dan terperinci
  • Amanah, setia dan jujur
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui orang
  • Banyak berfikir
  • Daya pentaakulan yang baik
  • Otak bijak dan mudah belajar
  • Suka mencari maklumat
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik
  • Pandai mendorong diri sendiri
  • Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi)
  • Banyak simpan rahsia
  • Suka sukan, hiburan dan melancong
  • Kurang menunjukkan perasaannya
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan
  • Terlalu memilih pasangan
  • Sukakan benda yang luas
  • Bersistematik
OKTOBER
  • Suka sembang
  • Suka orang yang sayang padanya
  • Suka ambil jalan tengah
  • Sangat menawan dan sopan santun
  • Kecantikan luar dan dalam
  • Tidak pandai berbohong dan berpura-pura
  • Mudah rasa simpati
  • Baik
  • Pentingkan kawan
  • Sentiasa berkawan
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
  • Cepat marah
  • Pentingkan diri sendiri
  • Tidak menolong orang kecuali diminta
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri
  • Tidak suka terima pandangan orang lain
  • Emosi yang mudah terusik
  • Suka berangan dan pandai bercakap
  • Emosi yang kelam kabut
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
  • Suka melancong, bidang sastera dan seni
  • Pengasih, penyayang dan lemah lembut
  • Romantik dalam percintaan
  • Mudah terusik hati dan cemburu
  • Ambil berat tentang orang lain
  • Suka kegiatan luar
  • Orang yang adil
  • Boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
  • Mudah patah semangat
NOVEMBER
  • Banyak idea dalam perkara
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
  • Berfikiran kehadapan
  • Berfikiran unik dan bijak
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa
  • Pemikiran yang tajam
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi
  • Bagus untuk menjadi doktor
  • Cermat dan teliti
  • Personaliti dinamik
  • Sifat perahsia
  • Pandai mencungkil dan mencari rahsia
  • Banyak berfikir
  • Kurang bercakap tetapi mesra
  • Berani
  • Pemurah
  • Setia dan banyak kesabaran
  • Terlalu degil dan keras hati
  • Apabila hendak diusahakan sehingga berjaya
  • Tak suka marah kecuali digugat
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain
  • Pandai muhasabah diri
  • Cara berfikir lain dari orang lain
  • Otak yang sangat tajam
  • Pandai mendorong diri sendiri
  • Tidak hargai pujian
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi
  • Apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
  • Badan yang tough
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
  • Romantik
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang
  • Suka duduk dirumah
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
  • Amanah
  • Jujur
  • Setia
  • Pandai berahsia
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
  • Bercita-cita tinggi
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
  • Sangat setia dan pemurah
  • Bersifat patriotik
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
  • Bercita-cita tinggi
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
  • Seronok didampingi
  • Suka bercampur dengan orang
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
  • Sangat jujur
  • Amanah dan bertolak ansur
  • Tidak pandai berpura-pura
  • Cepat marah
  • Perangai yg berubah-ubah
  • Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
  • Benci pada kongkongan
  • Suka berlawak
  • Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik
P/S: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Sumber: Dr. Fadhilah Kamsah

Monday, February 20, 2017

Peribadi Diri Seseorang Boleh Dilihat Melalui Posisi Tidurnya.

Mungkin perkara ini disedari oleh umum dan mungkin juga tidak apabila dikatakan posisi tidur melambangkan keperibadian diri seseorang.


Mungkin perkara ini disedari oleh umum dan mungkin juga tidak apabila dikatakan posisi tidur melambangkan peribadi seseorang. Selain itu, posisi ketika tidur juga mempengaruhi kebanyakan keputusan yang diambil oleh individu ketika sedar.

Oleh itu, jom kenali diri anda dan apakah ciri-cirinya, menepati atau tidak?

TIDUR BERPOSISI KEDUA-DUA TANGAN DI BELAKANG KEPALA
  • Golongan ini merupakan seorang yang pintar dan bersemangat untuk belajar.
  • Sering dan gemar memberikan idea yang bernas mahupun unik. Idea yang mungkin tidak pernah diperolehi orang lain. 
  • Seorang yang memegang prinsip FAMILY FIRST!
  • Sukar bercinta dek kerana terlalu memilih.
  • Seorang yang berterus-terang dalam hubungan dan gemar meluahkan rasa tidak puas hati tanpa memendam.
  • Agak cemburu dan juga seorang yang paranoid.
TIDUR BERSELUBUNG SELIMUT SELURUH BADAN
  • Seorang yang berpenampilan "macho/cun" di hadapan khalayak ramai.
  • Pemalu dan lemah.
  • Penyiman rahsia dan seorang yang sangat berahsia.
  • Gemar menyelesaikan masalah sendirian dan memendam tanpa pengetahuan orang lain.
  • Sering meracau sewaktu tidur.
  • Tidak gemar meminta bantuan orang lain.
  • Berjiwa lembut dan romantik dalam hubungan.
  • Sang pencinta setia walaupun ramai beranggapan anda tidak pandai bercinta.
TIDUR BERPOSISI KEDUA-DUA TANGAN DILETAKKAN DI BELAKANG KEPALA DAN KAKI BERSILANG
  • Seorang yang terlalu mementingkan perasaan diri sendiri.
  • Sukar menerima perubahan dalam diri.
  • Gemar bersendirian tetapi mempunyai sikap toleransi.
  • Seorang yang tegas dalam semua perkara.
  • Tidak takut untuk berhadapan dengan cabaran.
  • Mempunyai matlamat hidup yang jelas.
  • Seorang yang pendendam di dalam hubungan.
  • Sekali terluka, si dia akan menerima balasan yang setimpal.
TIDUR MEMBONGKOK
  • Sering berasa keseorangan dan kecewa dengan kisah silam.
  • Terlalu merendah diri dan kurang keyakinan.
  • Sangat pemalu.
  • Memiliki sifat sense of humor sangat kuat.
  • Kurang berkomunikasi dan mudah dicop sombong.
  • Seorang penyabar dalam setiap situasi.
  • Sering teragak-agak dan berbelah bagi dalam memberi cinta kepada pasangan.
TIDUR MEMBONGKOK DAN MENGIRING 
  • Seorang yang pentingkan diri sendiri dan kuat cemburu, pendendam.
  • Panas baran hanya kepada orang yang suka cari pasal.
  • Seorang yang yakin pada diri sendiri.
  • Boleh melihat kejayaan dalam setiap perkara yang dilakukan.
  • Suka merealisasikan impian anda.
  • Seorang manis bibir dalam percintaan.
  • Pandai dalam berkata-kata dan suka meluahkan perasaan.

TIDUR MENGIRING DAN BERALASKAN LENGAN DI KEPALA
  • Seorang individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang.
  • Kurang keyakinan di dalam diri sendiri.
  • Seorang yang sentiasa belajar dalam kesilapan dilakukan.
  • Terlalu boros dalam berbelanja.
  • Dalam diam, sebenarnya anda suka mencari perhatian daripada orang lain.
  • Cepat naik marah apabila berhadapan dengan situasi genting.
  • Senang untuk memberi hadiah kepada orang tersayang.
TIDUR TERLENTANG DENGAN MENDEPA SEDIKIT TANGAN DAN KAKI
  • Seorang yang sangat cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan.
  • Mempunyai cita rasa yang sangat tinggi.
  • Tidak suka mengikut arahan orang lain.
  • Mampu berdikari dan pantang bergantung dengan orang lain.
  • Seorang yang pemboros dan sesuai dengan pendapatan anda memiliki tidak kurang hebatnya.
  • Seorang yang penyibuk dan suka bergosip.
  • Berkomitmen tinggi akankerja yang dilakukan serta bekerja keras.
TIDUR MENIARAP
  • Seorang yang berfikiran agak sempit,terlalu tertumpu dan suka memaksa orang orang lain untuk memenuhi kehendak diri.
  • Seorang yang lalai dan tidak terurus, pelupa dalam segala hal percintaan.
  • Manja dan pemurah hati.
  • Popular dikalangan kawan-kawan dan orang sekeliling.
  • Suka memberi pertolongan.
  • Lebih mementingkan persahabatan di dalam hidup.
  • Paling pantang dengan manusia penipu.
| SBP

Thursday, February 16, 2017

Bagi Aku, Nilai 12 Ringgit 50 Sen Itu Sangat mahal. Aku Bukannya Anak Orang Berada Yang Begitu Mudah Dapatkan Nilai Wang Sebegitu.

BUNYI kokokan ayam mengejutkan aku daripada lena. Tubuh kecilku bingkas bangun walaupun kedinginan pagi itu berusaha memujukku untuk melayan aksi-aksi menarik dalam mimpi.

Mujur semangatku lebih handal menangkis semua godaan itu. Aku pantas mencapai lampu minyak tanah buatan asli ayah yang disimpan di tepi dinding bersebelahan dengan mancis.


Lampu itu banyak berjasa meskipun asal usulnya daripada bekas botol kaca sos cili yang dikutip di tepi jalan hasil buangan orang. Aku menyalakan pemetik api lalu membakar sumbuh lampu itu. Cahaya oren kekuningan menerangi ruang tamu rumah. Adik, kakak, abang, mak dan ayah masih berbaring di atas lantai papan.

Ayah dan mak yang baring di ruang tamu hanya menoleh ke arahku dan menyambung semula tidur mereka. Aku memasukkan mancis ke dalam poket seluar panjangku dan terus berjalan keluar. Aku mengatur langkah untuk menuruni anak tangga uzur ala lif dan banyak mengakibatkan aku jatuh itu. Kesejukan embun pagi serta bunyi-bunyian pada waktu subuh mengiringi langkahku sehingga aku tiba di bawah pokok mangga di halaman rumah. Aku memerhati sekitar lingkungan bawah pokok mangga itu perlahan-lahan. Buah mangga air kelihatan kehijau-hijauan apabila tersuluh oleh lampu itu.

Hujung bajuku yang berada di bahagian depan ku gigit agar mempunyai ruang untuk menyimpan buah mangga itu. Pantas saja tanganku mengutipnya dan memasukkan mangga itu di ruangan baju yang ku jadikan sebagai bakul itu. Aku memegang hujung baju yang aku gigit itu kerana buah mangga sudah bertambah berat. Aku meneruskan pencarian buah mangga. Aku akan meletakkan lampu ke atas tanah jika menjumpai buah mangga. Ada juga buah yang kubuang kerana sudah buruk atau dah dirasmikan ulat.

Selepas berkali-kali mengelilingi pokok buah mangga itu, aku pun mengorak langkah naik semula ke rumah dengan senyuman lebar. Tiba saja di ruang tamu, mak sudah kedengaran sibuk meniup api menggunakan buluh silinder itu. Ayah, kakak dan abang masih lena. Aku meletakkan lampu ke lantai dan ku susuli dengan mengeluarkan buah mangga satu persatu ke dalam besen yang berada di tepi dinding berhampiran laluan ke dapur. Kemudian, aku memegang lampu tadi lalu meniupnya dengan tenaga angin paling kuat daripada mulutku sehingga api lampu itu terpadam. Seraya itu, aku berdiri lalu menepuk-nepuk baju yang dilekati kotoran bawaan buah mangga itu berkali-kali dengan tangan yang sebelah lagi.

Setelah itu, aku menyimpannya di tempat asal berserta mancis. Lampu itu memang akan dipadam setiap kali usai digunakan dan digantikan dengan lampu yang lebih kecil sumbuhnya untuk menjimatkan minyak tanah. Ayah sudah berkali-kali berpesan untuk meniup lampu itu bukan setakat jimat tapi untuk selamat daripada kebakaran. Pesanan itu sangat kuat tersemat di hatiku sehingga sentiasa terngiang-ngiang di telingaku. Lantai dapur juga lebih kurang keadaannya dengan tangga rumahku. Kata orang, silap-silap hari bulan kaki akan tertanam hingga ke paras paha. Aku turun ke dapur memandangkan lantai dapur lebih rendah kira-kira setengah meter daripada paras lantai ruang tamu. “Jaga kaki tu, tengok mana nak pijak dulu,” pesan mak sebaik aku turun ke ruangan dapur.

Aku tak menjawab tapi mengiyakannya dengan mengatur setiap langkah. Aku sedikitpun tak jemu walaupun pesanan itu seperti pesanan ayah, seringkali kudengar. Aku mencedok air di dalam baldi menggunakan mangkuk yang terapung lalu menuangkannya ke besen yang berisi buah mangga tadi. Beberapa kali kulakukan perkara yang sama sehingga besen itu penuh barulah aku mula membasuh buah mangga itu satu persatu hingga selesai. Siang sudah mulai memunculkan dirinya. Ayah duduk di bangku kaki lima sambil menghisap rokok tembakau. Aku, kakak dan abang siap berpakaian seragam sekolah.

Kedengaran bunyi ayam berebut-rebut mematuk buah mangga yang ku reject di halaman rumah. Aku tersenyum. Syukur aku lebih awal bangun dan menangi persaingan dengan memungut buah mangga itu. Kalau tak, tentu ayam-ayam itu sudah dulu menjamah mangga yang elok. Kami bertolak ke sekolah berbekalkan masakan mak dan pesanan ayah. Kanak-kanak sekampung denganku memang sudah terbiasa dengan jarak tiga kilometer dari rumah ke sekolah sekali perjalanan. Pemandangan ketika meniti jambatan gantung, melalui sungai dan jalan raya belum berturap sedikit sebanyak memujuk penat.

Perjalanan yang mencabar itulah pentingnya bekalan nasihat daripada mak dan ayah.Kami bertiga tiba ke sekolah awal. Aku tak pernah memegang rekod lewat ke sekolah walau aku masih kecil untuk melalui perjalanan jauh. Malah staminaku pasti sudah kuat. Bayangkan saja keseluruhan perjalanan enam kilometer sehari. Lima kali sehari pula tu. Aku juga hairan. Rakan-rakan sebaya yang tinggal berhampiran dengan sekolah pun selalu kena denda dek lewat. Manja barangkali, aku pun tak pasti. Loceng sekolah berbunyi tanda waktu rehat telah tiba. Seperti biasa, aku mengeluarkan buah mangga yang ku kutip dan mempromosikan kepada rakan-rakan sekelas. Aku dikerumuni dan sekejap saja jualanku laku. Rakan-rakanku yang kehabisan sanggup meminta sedikit bahagian mangga itu daripada rakan-rakan yang berjaya membelinya. Mereka mencecah buah mangga itu dengan garam dan cili yang kusediakan di dalam plastik kuih. Aku biarkan saja mereka menikmati buah mangga itu beramai-ramai.

Aku bergegas ke arah kelas kakak dan kemudian ke kelas abangku untuk membahagikan wang jualan seperti yang selalu kubuat. Dua ringgit aku peroleh kesemuanya. Masing-masing memperoleh 50 sen seorang termasuk bahagian untuk tabung yuran sekolahku. Aku dan adik beradikku tak pernah meminta wang belanja ke sekolah. Bekalan yang ibu sediakan sajalah menjadi belanja kami. Lagipun, kami layak menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah.
Mak juga melarang kami untuk menerima huluran percuma daripada rakan-rakan atau orang yang tak dikenali apatah lagi meminta-minta. Selesai saja pembahagian wang, aku membeli mee sup 50 sen di kantin sebagai lauk dan sayur. Maklumlah, bekalan yang mak sediakan berupa nasi kosong. Meskipun begitu, makanan itu lebih baik daripada makan ubi saja atau tak ada makanan. Aku jarang makan makanan RMT kerana aku pernah sakit teruk dan muntah di sekolah selepas makan makanan bantuan itu.

Mungkin kebetulan perkara itu berlaku, tapi aku sudah fobia. Antara rakan sekelasku,hanya Rais yang menyindir makanan ringkasku itu. Tapi telingaku dah tebal dengan caciannya. Asal dapat makan, kenyang, bukan hasil curi, sudah. Hanya itu yang berlegar di fikiranku. Mata pelajaran akhir hari itu ialah bahasa Melayu. Cikgu Aisyah menguji kami membaca seorang demi seorang sebelum pulang. Rais mendapat giliran ujian membaca sebelum aku. Lama juga Rais berada di depan tanpa suara. Cikgu Aisyah membiarkan dia berdiri di hadapan dan terus memanggil giliranku. Aku membaca ayat dalam teks yang berada di atas meja guru sebaik mungkin.

“Hah, murid-murid, contohi Anis. Anis tak sekolah tadika tau. Bukan macam Rais ni,” puji Cikgu Aisyah. Habis kembang hidung aku apabila dipuji sebegitu. Rais menjelingku. Aku buat-buat tak tahu. Nasib baiklah aku sudah awal-awal diajar di rumah. Aku pulang dengan gembira dan menceritakan hal itu pada mak dan ayah. Mereka turut memujiku, hatiku tambah kembang, bangga. Hari Jumaat peluang akhir bagiku menjual secara curi-curi di sekolah.

Aku sudah awal-awal memasang niat melunaskan yuran hari itu selepas kelas habis kerana guru-guru biasanya masih berada di bilik guru. Waktu rehat hari itu, aku dan kakakku makan bersama-sama di belakang bangunan kelas.

“Kasihannya,” kata pak cik pekebun yang lalu di situ. Kami hanya berpandangan dan tersenyum ke arah pak cik itu dan terus menjamah nasi berlauk air dan garam. Beberapa minit setelah usai makan, loceng berbunyi petanda rehat telah tamat. Kami terpaksa bergegas ke kelas masing-masing. Sesi pembelajaran dan pengajaran tamat awal hari itu kerana adanya solat Jumaat. Aku memasukkan buku ke dalam begku. Mukaku bertukar merah. Aku baru perasan, duit dalam plastik yang kusimpan dalam beg sudah tiada. Aku mula gelabah.

Rais yang berada di ambang pintu kelas menghala ke arahku lalu menjelirkan lidah sambil memicit pipinya dan terus berlari meninggalkanku. Aku yakin dialah pelakunya. Hatiku benar-benar terguris dengan perbuatan rakan sekelasku itu. Hasil wang yang ku kumpul hasil kerja kerasku selama ini untuk membayar yuran kelas lenyap begitu saja. Aku duduk di bangku kayu kelas dan menangis teresak-esak untuk melepaskan rasa sakit di hati. Tiada siapa yang sedar akan hal itu kerana murid-murid sudah keluar. Aku merasa bingung kerana tarikh akhir pembayaran yuran kelas itu, Isnin depan. Esok cuti, tak dapat jual di sekolah. Kalau nak jual dalam jumlah yang banyak pada hari Isnin, aku tak mungkin mampu mengangkat melebihi berat 10 biji mangga, buku teks dan bekalan dengan perjalanan yang jauh.

Jika kakak dan abangku bantu sekalipun, hasil jualan tak mungkin mencecah jumlah yuran tu dalam sehari. Tangisanku semakin kuat apabila memikirkan hal itu. Bagi aku, 12 ringgit 50 sen itu sangat mahal. Aku bukannya anak orang berada. Senang saja dapatkan nilai wang sebegitu. Minta sesuatu daripada mak pun berat mulutku menyuarakannya. Aku mencapai beg dan mula berjalan lesu keluar dari kelas untuk pulang kerana aku takut mak akan risau kalau aku pulang lambat. Aku mengesat air mata di pipi yang masih bersisa dengan kedua belah tanganku sambil meneruskan langkah lemah. Sepanjang perjalanan pulang, aku berfikir cara untuk menamatkan serabut di kepalaku.

Namun, tiada sebarang ilham kuperoleh. Agak petang juga aku sampai rumah dengan kepantasan langkah kaki budak kecil berumur tujuh tahun. Aku tertidur dengan persoalan yang belum terjawab. Mak perasan perubahanku sejak aku balik. Hari sudah gelap sewaktu mak mengejutkan aku. Mak menyuruh aku makan. Aku makan sikit saja dan tidur semula. Aku terjaga apabila bunyi seseorang meniup menggunakan buluh silinder di dapur. Aku tahu itu mak tapi aku bingkas bangun untuk melihatnya sendiri. Mak memandang ke arahku lalu menghulurkan kuih ubi kukus yang dah siap dimasak. Aku memakannya dengan lahap.

Kemudian, aku membantu mak meniup api sambil mengesat air mata yang mengalir dek asap dapur kayu itu. Peniup api buluh itu kusimpan di tepi apabila api sudah marak dan mengambil kuih yang tertimbun di besen. Ada juga kuih yang mak dah susun dalam plastik kuih. Awal pagi itu, aku menemani mak menjual kuih dari rumah ke rumah. Kami pun balik ke rumah setelah siap menjual.

Lebih 25 ringgit juga pendapatan hari itu walaupun ada juga yang dihutang orang. Keesokan harinya, kami menjual lagi tapi kali ini ada sayur dan kuih jenis lain sebagai tambahan. Aku sangat gembira tetapi masih sukar untuk menyuarakan permintaan wang kepada mak. Sebelum ke sekolah pada hari Isnin, mak menghulurkan wang 13 ringgit kepadaku termasuk 50 sen sebagai belanja sekolah. Kakak dan abang juga mendapat 50 sen seorang. Aku sangat terkejut.

Menurut mak, aku mengigau sambil menyebut-yebut yuran tu. Betapa leganya hatiku. Di sekolah, aku sentiasa membawa duit itu bersama. Sehinggalah aku berjaya bayar yuran itu. Aku keluar daripada daripada bilik guru sambil menghembuskan nafas lega. Hari itu, aku balik ke rumah bersama-sama rakan sebayaku. Kakak dan abangku masih ada kelas tambahan kerana sudah tahap dua iaitu masing-masing darjah empat dan enam. Aku pula terkecuali kerana masih tahap satu. Dari jauh lagi aku sudah memanggil-manggil mak aku. Mak yang sedang baring melunaskan lelah di ruang tamu tetap tangkas menyahut panggilanku. Aku pantas menaiki tangga uzur rumah dan menanggalkan kasut di kaki lima. Kemudian aku berlari masuk mendapatkan mak.

“Terima kasih mak, Anis dah bayar yuran tadi,” laporku teruja dan dalam keadaan berpeluh. Mak memandangku sambil tersenyum. Aku meletakkan beg di tepi dinding dan baring di bawah ketiak mak. Kepalaku diusapnya lembut sehingga aku tak sedar, aku terlelap dengan belaian paling indah itu.

Oleh Norhajirah Sutail

Wednesday, February 1, 2017

10 Tips Kecantikan Terbaik Yang Anda Tidak Tahu Wujud.

Make-up adalah satu seni, dan juga sebagai hadiah ajaib untuk semua kaum wanita. Ramai wanita menguasai seni ini dengan cara mereka sendiri, untuk menyerlahkan ciri-ciri terbaik dan menyembunyikan kelemahan mereka. Tetapi seseorang wanita yang menggunakan kosmetik tetap tidak mengetahui semua rahsia kecantikan yang ada di luar sana.


Jom ketahui 10 tips make-up yang paling penting kepada anda.

1. Mengambil peduli tentang penjagaan berus make-up.


Berus berkualiti baik boleh bertahan hampir seumur hidup. Untuk memastikan berus anda dalam keadaan yang baik, ikut langkah-langkah mudah tetapi berkesan. Pertama, jangan meninggalkan berus anda dalam keadaan kotor - meninggalkannya dengan berus ke atas tetap boleh merosakkan bulu tersebut. 

Membasuh ia dengan kerap menggunakan syampu atau pencuci cecair ringan. Biarkan kering secara semulajadi dengan meletakkan ia pada tuala kertas. Anda tidak perlu tegakkan kerana air boleh merosakkan berus anda dan ia tidak dapat dibaiki.

2. Jangan buat semula make-up anda; segarkan ia.


Tidak ada keperluan untuk buang dan buat sedikit semula make-up jika anda merancang untuk keluar petang ini. Untuk menyerap minyak dan menyegarkan penampilan anda, letakkan lapisan nipis toner ke muka anda dan hapuskanlah dengan tisu. Kemudian menggunakan debu bedak untuk memberikan kulit anda sentuhan baldu.

3. Elakkan scrub badan mahal.

Anda tidak perlu menghabiskan banyak wang di spa yang mahal. Anda boleh dengan mudah membuat kulit anda seperti sutera dan licin tanpa perlu meninggalkan rumah dengan membuat sendiri scrub badan anda: menggabungkan 4 sudu besar gula atau garam dan 3 sudu besar minyak zaitun. 

Anda juga boleh menambah beberapa titik lavender atau pati minyak limau. Sebelum mandi, urut perlahan-lahan, gosok seluruh badan anda dan kemudian basuh dengan air suam.

4. Menjaga bibir anda.


Untuk menggunakan gincu dengan sempurna, bibir anda harus licin dan dijaga dengan baik. Dan anda tidak perlu untuk membeli scrub bibir khas untuk ini. Sebaliknya, campurkan bahagian ini dengan sekata bersama-sama gula coklat, minyak zaitun dan ekstrak vanila. Urut perlahan-lahan campuran ke bibir anda, kemudian lap dengan tisu. Itu sahaja! Bibir anda bersedia untuk di gincu.

5. Jangan sekali-kali membeli make-up asas yang satu warna lebih gelap daripada warna kulit anda.


Tidak ada keperluan untuk mempunyai banyak warna asas dalam beg make-up anda. Anda mungkin mahu warna asas yang lebih gelap untuk musim panas. Jika anda memakai warna asas seolah-olah terlalu cerah, gelapkan ia dengan mencampurkan dengan sedikit gel bronzer. Ia lebih mudah dan murah daripada membeli set make-up baru.

6. Jangan meletakkan terlalu banyak bedak.


Hentikan meletakkan bedak di muka anda berkali-kali semasa anda memakai make-up. Ini akan membantu anda untuk mengelakkan 'wajah kek'. Adalah lebih baik untuk menghabiskan make-up anda dengan meletakkan bedak asas yang betul sebelum keluar.

7. Selesaikan gincu anda.


Untuk membuat gincu anda bertahan lebih lama dan untuk menyelamatkan diri anda dari masalah mengincu semula setiap beberapa jam, bubuh sedikit bedak pada tisu dan letakkan ia di atas bibir anda. Bonus tambahan: silap mata ini juga membolehkan gigi anda dielak dari terkena gincu.

8. Mendapatkan mata 'kucing' yang sempurna dan mudah.


Anda boleh membuat mata anda menonjol dengan celak seperti seorang pro. Berikut adalah teknik mudah yang anda boleh lakukan di rumah. Semua yang anda perlukan di sini adalah eyeliner pensil dan beberapa pita scotch. Letakkan sekeping pita di sudut luar mata anda atau di sudut yang dikehendaki dan lukis garis.

9. Keluarkan maskara yang berlebihan dari tongkat.


Anda tidak perlu menempah temujanji di salon mahal untuk mendapatkan bulu mata panjang, subur dan semula jadi. Begini caranya: mengambil maskara anda dan tisu. Lap berus pada tisu beberapa kali untuk mengeluarkan apa-apa maskara tambahan yang terbina, dan kemudian letakkan kepada bulu mata anda.

10. Vaseline sebagai make-up remover.


Vaseline boleh digunakan sebagai make-up remover. Anda hanya perlu meletakkan sejumlah kecil ke pad kapas, memegang ke atas muka anda, dan mencucinya. Ubat ini membuang make-up dengan berkesan terutama jenis make-up kalis air.

| SBP

Sunday, November 20, 2016

Fakta Garis Tangan Berbentuk Huruf M Yang Dikatakan Sangat Istimewa.

Benarkah jika kita mempunyai garis tangan berbentuk huruf M dikatakan sebagai orang-orang yang mempunyai keistimewaan hidup, seperti keperibadian istimewa, pembawa hoki dan masa depan yang berjaya. Adakah ini benar atau boleh jadi sebaliknya? Mari kita ketahui fakta sebenar!


Tidak diketahui pasti siapa orang yang pertama kali menyebarkan khabar angin tentang garis tangan M yang katanya sebagai tanda kemenangan. Alih-alih berkata, ramalan telapak tangan ini berdasarkan teori palmistry, yakni sebuah ilmu membaca garis tangan menurut pseudoscience.

Dijelaskan dalam teori tersebut bentuk huruf M yang terukir di telapak tangan kita menyambung tiga garis utama yang boleh dilihat dengan jelas antara jantung (hati) dengan garis kepala serta garis kehidupan (nasib). Sedangkan garis penghubung kecil di antara ketiga-tiganya kelihatan kecil dan samar-samar. 

Menurut penjelasan dalam sains perubatan, rangkaian garis tangan ini dikenal dengan istilah palmar flexion crease yang terdiri dari distal transverse crease sebagai garis jantung, proximal transverse crease mewakili garis kepala dan thenar crease sebagai garis nasib/kehidupan. Sedangkan garis penghubung antara ketiganya dikenal dengan istilah medial crease.

Dan fakta kebenaran tentang garis tangan huruf M, bahawa hampir semua manusia yang dilahirkan ke dunia mempunyai ciri yang sama. Ini semua terbentuk secara ilmiah sejak janin masih dalam kandungan sang ibu. Dikatakan juga lebih daripada 80 peratus seluruh manusia di dunia mempunyai bentuk huruf M telapak tangannya, banyak yang terlihat jelas dan ada juga yang kelihatan samar-samar.
Mmmmm...masih mengganggap pemilik garis tangan huruf M adalah orang yang Istimewa? Bukankah ini bererti menjelaskan sebaliknya, pasaran dan terlalu mainstream, semua orang di dunia juga rata-rata begitu!

Beruntunglah bagi kamu yang tidak mempunyai bentuk huruf M, kerana kamu menjadi orang yang sangat istimewa, unik dan jarang yang menyamakannya.

Dan bagi kamu yang sudah terlanjur memiliki garis tangan huruf M jangan bersedih dulu. Kerana fakta yang perlu kamu tahu bahawa nasib baik, jodoh, kejayaan, masa depan dan nasib seseorang bukan ditentukan dari garis telapak tangannya.

Tapi ditentukan dari bagaimana cara dia memperjuangkan hidupnya hari ini, demi hari esok yang lebih baik dan sebagai bekal masa depan nanti. 

Kesimpulannya, biarlah dengan bentuk telapak tangan kita seperti apa, mau huruf M, mahu angka 69, mahu bentuk punggung kek. Kerana dalam sejarah kehidupan manusia, yang namanya rezeki tidak pernah ada yang jatuh percuma dari langit, semua perlu usaha dan perjuangan dari diri kita sendiri.

Kalau kerjanya cuma berdoa, menangis sampai tunggang terbalik minta diubah nasibnya dengan Tuhan tapi dia sendiri malas berusaha maka tetap saja hidupnya suram. Ingat! Doa tanpa usaha adalah bohong dan usaha tanpa doa namanya sombong hehehehe: D

Sumber: Kejadiananeh | SBP