Showing posts with label nombor satu dunia. Show all posts
Showing posts with label nombor satu dunia. Show all posts

Sunday, August 21, 2016

Abang DLCW ~ Hanya Tuhan Tahu Pengorbanan Beliau.

PETALING JAYA: Abang kepada Datuk Lee Chong Wei berkata, hanya tuhan yang tahu pengorbanan jaguh badminton negara itu untuk menamatkan kemarau pingat emas negara di temasya Sukan Olimpik.

Lee Chong Hoon turut menangis selepas menyaksikan adik kesayangannya tewas kepada lawan dari China, Chen Long dalam aksi final di Rio de Janeiro semalam.

“Untuk mengatakan ia sedih adalah kurang benar, hanya tuhan yang tahu berapa banyak Chong Wei sudah korbankan untuk sampai ke tahap ini,” kata abang sulung atlet itu yang dipetik Malay Mail Online, selepas menyaksikan aksi final itu di sebuah restoran di Sri Hartamas, semalam.


Beliau berkata, walaupun tewas, pemain badminton nombor satu dunia itu tetap adalah juara baginya dan berharap rakyat akan terus menyokong adik bongsunya.

Sementara itu, Oriental Daily memetik Chong Hoon sebagai berkata, selepas tewas di permainan pertama, beliau tidak berapa berani untuk menyaksikan aksi seterusnya.

“Saya benar-benar harap beliau boleh lakukannya, mungkin ini adalah gelaran juara (dalam Olimpik) yang tuhan hutang kepadanya.
“Saya harap beliau janganlah sedih sangat. Memang adat permainan ada menang, kalah dan juara hanya satu. Saya tahu beliau sudah berusaha sedaya upaya,” katanya.

Chong Wei menjadi naib juara buat kali ketiga di pentas final Olimpik, selepas tewas 18-21, 18-21 kepada Chen Long di Riocentro, semalam.

Malaysia mengakhiri misi di Olimpik Rio dengan empat perak dan satu gangsa, termasuk tiga pingat perak dalam acara badminton, satu lagi perak melalui acara terjun dan gangsa menerusi acara berbasikal.