Showing posts with label ngeri. Show all posts
Showing posts with label ngeri. Show all posts

Wednesday, September 21, 2016

10 Ritual Dan Fahaman Mistik Terseram Yang Wujud Di Dunia.

Walaupun zaman terus menerus berkembang, ada saja bahagian dari masyarakat yang memunculkan kefahaman dan ritual-ritual yang bertentangan dengan ajaran agama yang sudah ada. Tidak boleh dinafikan ia boleh dikatakan sebagai bahagian dari akal dan logik berfikir manusia.
Tujuannya hanya satu, yakni 'mencapai kemuliaan'
1. Ritual Penyaliban Asli


Ritual ini dianggap sebagai ritual keagamaan di Filipina. Setiap tahun, menjelang Paskah, mereka akan mempraktikkan seksaan yang dialami Yesus Kristus. Si peserta secara sukarela disebat badannya, ditikam lambungnya, sampai disalibkan. Para peserta yang berperanan sebagai Isa ini percaya apa yang mereka lakukan adalah tindakan mulia dan menunjukkan kepercayaan mereka pada Tuhan.

Uniknya, walaupun ritual tersebut boleh meragut nyawa manusia seseorang, masih banyak pengunjung yang hadir untuk menyaksikannya. Bahkan, ada gerai-gerai didirikan yang memenuhi lokasi ritual untuk berniaga.

2. Ritual Membuang Bayi


Sebuah bandar di India, Karnataka, masyarakat berkumpul setiap tahun di pusat bandar untuk melakukan ritual mengerikan. Ritual seperti apa? Mereka berkumpul untuk menyaksikan seorang pendeta melempar bayi dari ketinggian 30 kaki atau hampir 10 meter. Ritual ini dipercayai akan meningkatkan keadaan kesihatan si bayi serta rezeki yang melimpah untuk keluarganya.

Para bayi ini akan ditangkap dengan selimut dan kain tebal yang telah dibentangkan oleh masyarakat. Kemudian bayi yang sudah sampai ke bawah akan diarak oleh ratusan ribu orang hingga dipertemukan kembali dengan ibu bapanya yang ada di barisan paling belakang.

3. Ritual Kerasukan


Proses pengusiran syaitan atau iblis memang menjadi perdebatan yang tidak pernah berkesudahan. Namun, terdapat sejumlah tempat ibadah yang menyetujui proses pengusiran syaitan atau iblis yang biasa disebut exorcism . Biasanya, orang-orang yang bersedia atau sukarela dijadikan sebagai objek perantara syaitan atau iblis. Kemudian, mereka lambat laun akan mengalami perubahan secara fizikal dan mental, salah satunya menyakiti diri sendiri.

Akan tetapi, terdapat pula bahawa orang-orang yang jadi objek exorcism ini merupakan penghidap kelainan jiwa. Coraknya sama, mereka akan mengalami perubahan, namun yang berbeza adalah pengendalian selepas upacara selesai. Orang-orang biasa akan diberikan masa dan didoakan agar lebih tenang, sementara mereka yang menderita kelainan jiwa tidak dipedulikan dan dibiarkan begitu sahaja selepas upacara selesai.

4. The Manson Family


Charles Manson dipercayai sebagai seorang immortal (manusia yang boleh hidup abadi). Hal tersebut adalah berkat tindakan keluarganya yang merupakan pengikut ajaran sesat pada tahun 1960-an. Keluarga Charles menganggapnya sebagai tuhan ketika dirinya menyampaikan 'pencerahan' yang didapatnya tentang perang suku. Perang tersebut disebut sebagai "Helter Skelter". Menurut Charles hal tersebut akan menjadi awal dari akhir dunia.


Keluarganya pun percaya dengan ucapan itu dan mengikuti apa mahunya, iaitu melakukan beberapa pembunuhan kejam yang tuduhannya dilempar ke orang kulit hitam sebagai pelaku. Salah satu pembunuhan yang dilakukan adalah terhadap Sharon Tate dan kandungannya. Sejumlah ahli keluarga Manson akhirnya dan dipenjarakan, meski sampai saat ini mereka percaya bahawa Charles adalah tuhan.

5. Peoples Temple


Pada tahun 1955, seorang lelaki bernama Jim Jones, dihantar ke sebuah projek pertanian di Guyana yang bertujuan untuk mendidik masyarakat dalam bidang pertanian. Salah satu lokasi projek ini diberi nama Jonestown yang dihuni oleh lebih daripada 1,000 orang. Tidak lama kemudian, seorang ahli parlimen bernama Leo Ryan melakukan siasatan di lokasi tersebut kerana adanya isu keganasan terhadap sejumlah keluarga.


Pada 1978, tidak lama selepas kunjungan dan siasat keatasnya, terdapat laporan masyarakat yang ingin meninggalkan lokasi itu. Leo dan pasukannya kembali ke Jonestown untuk menyelamatkan mereka. Walau bagaimanapun, pegawai-pegawai keselamatan yang menjaga di lokasi tersebut diperintahkan untuk membunuh Leo dan pasukannya ketika menuju ke bandar kecil tersebut.

Keesokan harinya, Jones yang menjadi pemimpin di lokasi tersebut mengajak para masyarakat untuk 'berkorban' kepada Tuhan dengan cara bunuh diri. Jones memaksa seluruh masyarakat untuk meminum anggur yang telah dicampur dengan Sianida. Lebih 918 orang meninggal dunia, termasuk anak-anak yang merengek untuk tidak diberi minuman tersebut ketika upacara berlangsung.

6. Digambara


Sebuah ajaran dalam mazhab yang dikenali masyarakat di beberapa bahagian di India. Sekte tersebut mengaku mengambil ajaran dari Dewa Mahavira, di mana para ahli sekte dianggap tidak perlu berpakaian. Para ahli ini telanjang bulat ketika berada di mana pun, mereka menganggap bahawa mereka adalah sebahagian daripada alam, maka alam yang akan jadi 'pakaian' mereka. Penganut Digambara ini mengaku bahawa bila mereka berpakaian, mereka akan melanggar apa yang diajarkan Mahavira. Penganut mazhab ini percaya dua hal yang akan melindungi diri manusia, yakni bulu merak dan kendi minuman.

7. Spiritualism


Ajaran ini dipercayai dapat membuat penganutnya bertemu dengan orang-orang yang telah tiada. Keinginan untuk bertemu dengan saudara-mara yang sudah meninggal dunia, membuatkan ajaran ini terkenal di tahun 1800. Ajaran ini pula yang menjadi kemunculan seances (bentuk dari sebuah wadah untuk berhubungan dengan makhluk di frekuensi berbeza) terawal dan pertunjukan silap mata awam. Salah satunya aksi Harry Houdini ketika cuba menempuh medium roh.

Tindakan utama dalam ajaran ini adalah ketika para objek ritual telah dirasuk oleh roh-roh yang dianggap sebagai kerabat dari pengikut yang ingin bertemu kenalannya. Uniknya, para medium roh ini seperti benar-benar berubah secara jiwa dan keadaan badan. Contohnya, medium perempuan akan mempunyai suara mirip laki-laki ketika dirasuk oleh arwah laki-laki.

8. Haitian Voodoo


Ritual Voodoo memang sudah tidak asing lagi di telinga kita. Salah satu negara yang masih melakukannya sampai sekarang ini adalah Haiti. Negara ini percaya akan pemujaan roh-roh leluhur dan dewa yang dipercaya selalu memerhatikan mereka. Roh-roh tersebut bernama Loa yang bergantung pada korban dari manusia yang memujanya.


Korban-korban seperti kambing dan ayam dipercayai menjadi simbol pembalasan atas kebaikan Loa kepada masyarakat dan dirinya akan semakin kuat selepas menerima korban. Bukan hanya dari haiwan, tetapi juga ada orang yang secara sukarela menjadi objek kerasukan. Objek spiritual tersebut setelah dirasuk oleh Loa akan memberikan sejumlah nasihat dan peringatan, serta ramalan masa depan.

Para sukarelawan tersebut, pasrah dengan tubuhnya dikawal oleh Loa. Kerana pilihan mereka hanya dua, berjaya dilepaskan Loa untuk hidup lagi atau secara keseluruhan nyawanya akan diambil oleh roh yang merasuk.

9. Satanisme Laveyan


Pada 1966, seorang lelaki bernama Anton Lavey menubuhkan sebuah kumpulan baru, iaitu Gereja Syaitan. Dirinya pun membuat kitab iblis. Ajaran Lavey bertumpu pada bagaimana seorang makhluk hidup, terutama manusia, hidup seutuhnya sebagai makhluk sempurna. Ajaran ini juga mengutamakan individualisme dan materialisme.
Secara sederhana, para pengikut diajarkan untuk mementingkan diri sendiri dan menganggap diri sebagai Tuhan yang dapat melakukan segala hal. Kemudian, kitab iblis-iblis pun mengajarkan segala perkara yang merupakan keterbalikan daripada ajaran Kitab Suci penganut Nasrani.

Namun, yang paling mengerikan dari ajaran ini adalah sebuah ritual yang membenarkan para pengikutnya untuk membunuh dan menyeksa orang-orang yang dibencinya. Mulai dari boneka voodoo, menulis dan menggambarkan penyeksaan terhadap musuh, sehingga amalan santet.

10. Heaven 's Gate


Ajaran ini mengutamakan pemujaan terhadap UFO. Sekte ini dibentuk oleh Marshall Applewhite pada 1970. Kemudian, seiring dengan perkembangan zaman, ajaran ini semakin lama mengumpul banyak pengikutnya. Sampai pada 1997, Marshall mengajarkan kepada para pengikutnya bahawa mereka akan boleh selamat apabila diangkut oleh UFO yang datang ke bumi.

Pada masa itu sebuah komet bernama Hale-Bopp jatuh ke bumi dan Marshall menganggap bahawa ada UFO yang dibawa oleh komet tersebut. Maka, cara para pengikutnya agar dapat diambil oleh para UFO untuk menuju dunia baru dan lebih baik adalah bunuh diri dalam tempat pemujaan mereka. Hasilnya, sebanyak 38 pengikutnya secara sukarela melakukan bunuh diri beramai-ramai.

Bila dilihat tujuannya, semuanya berhasrat untuk membawa manusia ke tempat yang lebih suci, membersihkan manusia dari dosa, tapi cara-cara tersebut  terlalu ekstrim dan tidak sesuai dengan nurani.

| Sentiasabikinpanas

Sunday, August 21, 2016

Ngeri ~ Bandar Kecil Ini Merupakan Daerah Paling Mematikan, Banyak Mayat Tergeletak Tanpa Kepala.

Tahukah kamu di dunia ini ada sebuah bandar yang paling mengerikan sehingga membuat warganya banyak mati tergeletak di jalanan.

Dalam sebuah penelitian yang di lakukan oleh Business Insider tahun lalu, salah satu bandar paling mematikan ini adalah bandar Paso de Ovejas.

Paso de Ovejas ini merupakan sebuah bandar di barat daya Mexico. Bandar ini sangat indah dan damai yang setiap tahunnya selalu ada aktiviti kebudayaan khusus. Kebudayaan ini berlaku kira-kira setiap musim panas, pelancong ramai, 30 ribu penduduknya tinggal sejahtera.


Namun ngerinya, festival tersebut bukan merupakan festival hura-hura, melainkan festival berbau sadis lantaran setiap kali festival itu diadakan maka akan banyak jasad yang digeletakan tanpa kepala di setiap ruas jalan.

Bandar Paso de Oevjas ini merupakan bandar dengan jumlah penduduk 3 ribu jiwa. Festival jasad tanpa kepala itu bermula apabila status Bandar Paso berubah gara-gara ulah kartel dadah kumpulan Zetas yang berkuasa sejak awal 2000-an.
"Anggota kartel dadah kini menguasai undang-undang, dan polis tempatan tidak boleh berbuat apa-apa," kata warga bernama Jose Villareal.

Bandar ini boleh dikatakan gila lantaran setiap tiga hari ada satu orang yang terbunuh, dan bandar ini boleh menyumbang 20 peratus jumlah kematian akibat pembunuhan di seluruh Mexico.

Selain kes pembunuhan, bandar ini juga terkenal akan kes penculikan. Bahkan peraturan undang-undang disana juga terbilang sadis. Jika ada orang yang ketahuan salah cakap di kedai minum maka orang tersebut akan ditangkap dan di bunuh.

"Sudah biasa kalau orang yang salah cakap di kedai minuman, diseret keluar lalu dibunuh," kata Emilia Bustamante, seperti yang dipetik dari Merdeka.com (30/7).

Ngeri kan...

Saturday, August 20, 2016

Ali, Muka Hancur Diserang Harimau.

Hutan memang menjadi rumah bagi para pemangsa seperti harimau. Tapi hutan juga boleh menjadi sumber untuk mendapatkan rezeki bagi segelintir orang. Namun, bagaimana jika tempat untuk mencari nafkah itu akan membuat hidup kita merana.

Keadaan mengerikan tersebut telah dialami seorang lelaki dari Bangladesh. 

Dipetik dari Metro, Hashmot Ali mengalami hal yang tak pernah ia duga dalam hidupnya sehingga meninggalkan luka yang membuat wajahnya hancur.


Kisahnya bermula apabila lelaki yang bekerja sebagai nelayan itu sedang tidur di sebuah bot di pesisir pantai sambil menunggu temannya yang tengah mencari ikan. Tanpa disangka seekor harimau dengan ganasnya menghampiri dan menerkam wajah Ali hingga muka bahagian kirinya hancur.

Ketika dia menjerit kesakitan, harimau ini cuba menarik dirinya dari perahu. Setelah orang ramai membuat bunyi bising dengan dayung perahu, akhirnya harimau ganas itu berlalu pergi.


Malangnya kerana mengambil masa selama enam jam untuk Ali sampai ke hospital. Ketika dia sampai, pasukan perubatan mengatakan ketibaan lelaki malang ini terlambat kerana luka di wajahnya sudah memburuk dan tak boleh di sembuhkan.
Selama 20 tahun Ali hanya menutupi lukanya dengan plaster. Namun, ketika usianya 40 tahun, dia memilih untuk menutup sebahagian wajahnya dengan kain kerana malu atas penghinaan yang bertubi-tubi dilontarkan penduduk di Kabupaten Satkhira, di tempat dia tinggal.

Ayah tiga anak ini melahirkan rasa bimbang, cacat di wajahnya akan menghalang anak perempuannya untuk mendapatkan suami. Dia berharap suatu hari nanti boleh melakukan pembedahan plastik, tapi sedar bahawa kosnya sangat mahal.

Inilah 5 Orang Yang Mengubah Wajahnya Jadi Ngeri.

Wajah merupakan salah satu bahagian tubuh yang sangat diperhatikan. Wajah boleh dikatakan aset utama yang sangat penting, apalagi untuk kaum wanita. Wajah yang cantik bersih dan bebas dari masalah kesihatan menjadi idaman setiap wanita.
Namun lain halnya lagi dengan topic pembahas kali ini, di mana ada beberapa orang atau bahkan banyak mengubah wajahnya menjadi ngeri agar kelihatan lebih berbeza ataupun hanya sekadar hobi. Berikut senarai orang yang dengan sengaja mengubah wajahnya menjadi lebih mengerikan:

1. Elaine Davidson 


Elaine Davidson dinobatkan sebagai wanita yang mempunyai tindik paling banyak di dunia. Perempuan ini mempunyai 462 tindik di tubuhnya. Di wajah saja, terdiri dari 192 tindik. Pada festival Edinburgh, The Guardian melaporkan bahawa Elaine Davidson menindik tubuhnya sebanyak 3,950, termasuk di alat kel * m1n. Jumlah berat tindik yang ada di tubuhnya dijangka sampai 3 kilogram. Pada Mei 2008 tindiknya telah bertambah menjadi 5,920 dan pada 2009 telah mencapai 6,005. 

2. Dennis Avner 


Dennis Avner mengubah wajahnya menjadi sangat melampau. Ia mengubah dirinya mirip dengan kucing, selain mentato wajahnya, ia juga hati melakukan bahagian-bahagian wajahnya dengan memberikan implant dan pembedahan bibir dan mengubah bentuk giginya. Pada masa ini ia memperoleh gelaran sebagai manusia kucing. 

3. Julia Gnuse 


Julia Gnuse sengaja melukis seluruh permukaan kulit tubuhnya dengan gambar-gambar yang aneh. Mulai dari gambar monyet, harimau, malaikat dan objek lain. Julia melakukan ini kerana ia sejak lahir menderita porphyria, keadaan kulit yang melecur secara teratur dan meninggalkan bekas luka. Untuk menutupnya, ia mula mentato tubuhnya, 10 tahun kemudian ia dinobatkan sebagai Guinnes Record perempuan dengan tato terbanyak di dunia. 

4. Tom Leppard 


Tom men-tato seluruh tubuhnya dari hujung rambut ke hujung kaki. Ia melukis tubuhnya dengan bintik-bintik seperti harimau. Tom yang kini berusia 73 tahun itu, juga pernah masuk Guinnes Record sebagai laki-laki yang paling banyak tato-nya. Ia perlu 5,500 Fran untuk mengubah tubuhnya seperti sekarang ini. Pada masa ini ia tinggal di sebuah pondok kecil di Isle Scotland. 

5. Eric Sprague 


Eric Sprague yang lahir pada tahun 1972 ini adalah salah satu orang di dunia yang mengubah lidahnya menjadi bercabang seperti cicak. Idea ini rupanya memberi inspirasi kepada banyak orang di sekitarnya. Selain membelah lidahnya, ia juga men-tato seluruh tubuhnya dengan lukisan sisik-sisik yang menyerupai cicak. Ia juga menambah implant yang dilekatkan di dahinya dan mengubah giginya menjadi runcing.

Wednesday, July 20, 2016

Ini 11 Penjara Paling Sadis Di Muka Bumi.

Apa yang kita tonton dalam filem-filem Hollywood tentang kehidupan di penjara, sebenarnya bukan fiksyen tapi memang begitulah adanya. Yang brutal dan mengerikan, sampai anda tak mampu membayangkannya, terjadi di penjara-penjara ini.

Sungguh luar biasa, manusia seperti tidak ada harganya. Nyawa manusia lebih murah daripada sebatang rokok. Berikut, penjara-penjara paling 'mengerikan' di dunia. Disebut 'mengerikan' bukan hanya kerana keganasan, tetapi juga kerana keadaan penjara yang sebenarnya tidak layak pun digelar penjara.

1. Carandiru Prison
Brazil


Penjara ini pernah menggemparkan Brazil malah seluruh dunia ketika pasca rusuhan besar-besaran di penjara tersebut tahun 1992. Tragedi pembunuhan beramai-ramai yang melibatkan polis tempatan. 102 mangsa terkorban, ada yang menyebut 111 banduan terbunuh.

Tragedi Carandiru bermula selepas meletusnya perang 'antara geng' di penjara tersebut, yang merebak hingga melibatkan ramai banduan. Polis kemudian masuk untuk meleraikan pergaduhan. Sebenarnya ketika itu ramai dikalangan banduan telah menyerah dengan melemparkan senjata mereka. Mereka meminta dan perlindungan daripada polis. Namun, polis telah menembak mereka. Perlakuan ganas daripada pihak polis telah mencetuskan protes di mana-mana, termasuklah Amnesty Antarabangsa yang mengarahkan penjara tersebut ditutup pada tahun 2002.

Amnesty Antarabangsa melaporkan telah terjadi pelanggaran hak-hak asasi manusia di sana yang tak boleh diterima akal. Bukan itu saja kemudahan penjara juga terlalu buruk sehingga menyebarkan wabak penyakit.

Pada masa itu Ketua Polis Metropolitan Sao Paulo adalah Ubiratan Guimaraes. Dia dianggap orang yang bertanggungjawab menyebabkan meletusnya tragedi ini.

Kes yang menimbulkan kemarahan dunia ini membawa Guimaraes ke hospital kerana tekanan. Dia sempat diadili dengan tuduhan pembunuhan terhadap 102 orang. Namun Mahkamah kemudian membebaskan Guimaraes dengan alasan pihak polislah yang telah menembak para banduan sehingga terkorban. Kerajaan Brazil sebaliknya menganggap tragedi yang berlaku bukan tanggung jawab pihak polis.

2. Bang Kwang Prison
Thailand


Dikenali sebagai "Bangkok Hilton". Penjara ini boleh dikatakan sudah tidak layak lagi digelar penjara. Selain penuh sesak, juga kekurangan warden. Para banduan dirantai. Khabarnya ramai banduan menjadi gila akibat tekanan pada bulan bulan pertama di penjara ini. Pengarah penjara, Khun Nattee mengakui, penjaranya adalah yang paling teruk diseluruh Thailand. Di sini kemudahan sangat minimum, termasuk rawatan kesihatan terhadap banduan yang sangat teruk. Banduan yang sakit hanya boleh meringkuk dengan kaki dirantai di biliknya, sambil menunggu rawatan (kalau ada).

3. ADX Florence Supermax Prison
Colorado


Penjara ini dibina sebagai respon atas serangan terhadap para banduan dan kakitangan yang terjadi di penjara lain di Amerika. Di penjara ini mereka menerapkan sistem 'maximum security' untuk mencegah terjadinya serangan banduan terhadap warden ataupun kakitangan penjara. Kerana itu, para banduan diasingkan daripada kakitangan penjara.

Para banduan mengalami penyeksaan psikologi kerana selama 23 jam hanya dihabiskan disel mereka. Banduan tidak boleh kemana-mana. Menjadi banduan di sini adalah suatu mimpi buruk yang tidak mampu dilupakan banduan. Di sini mereka menerima keadaan paling jijik dari yang terjijik. Kerana mereka yang masuk ke sini adalah penjenayah kelas 1 termasuk yang telah berkali-kali masuk penjara.

Di sinilah 'neraka' penjara yang boleh mengakibatkan derita seumur hidup. Selama 13 tahun beroperasi, dua orang tawanan dikhabarkan mati terbunuh di ADX Florence. Salah satunya ialah Lawrence Klaker. Ada yg menyebut dia mati ditembak, tapi ada juga yang mengatakan dia membunuh diri.

4. Alcatraz Island Prison
San Francisco, CA


Penjara ini, yang dikenali sebagai "The Rock", atau "Devil Island". Dibina pada 1920-an. Segala ketidak nyamanan ada di sini. Alcatraz dirancang sedemikian rupa sehingga amat kecil kemungkinan banduan boleh melepaskan diri. Alcatraz benar-benar telah mencipta dunia sendiri. Para banduan benar-benar terputus hubungan dengan dunia luar.

Pegawai penjara yang sombong, warden yang kasar, dasar yang tidak berperikemanusiaan mewarnai hari-hari para banduan di sana. Tidak menghairankan, ramai yang mengalami gangguan jiwa akibat tekanan psikologi yang luar biasa.

Bayangkan, di penjara ini ada larangan untuk tidak bercakap dengan banduan lain, kalau tidak, hukuman akan di terima banduan. Banduan dilarang meluahkan emosi mereka. Mereka dipaksa diam! Hak-hak sebagai manusia, di Alcatraz, telah dicabul sepenuhnya.

Penjara ini ditutup pada 1963, tetapi warisan kegelapan terus 'hidup' dan menjadi legenda.

5. San Quentin Prison
California


Tahun 1930-an, pengurusan penjara ini sarat dengan rasuah, sehinggalah muncul pengarah baru, Clinton Truman Duffy yang melihat keadaan tidak berperikemanusiaan dari penjara ini. Dia memutuskan untuk melakukan penambahbaikan pada tahun 1940-an.

Tapi sebelum kehadiran Clinton Truman Duffy, penjara ini diketahui sangat tidak berperikemanusiaan terhadap para banduan.

Kepala mereka dibotakan.dan dipaksa memakai seragam yang diberi nombor dan diberikan sel sempit tanpa sebarang lampu. Di sini nyawa tidak ada harganya. Rusuhan kerap terjadi kerana nisbah antara warden penjara dan banduan menyebabkan banyak perkara diluar kawalan sering terjadi.

6. Diyarbakr Prison
Turki


Penjara ini disebut sebagai penjara terkejam di Turki di mana segala keganasan dan kesadisan begitu lumrah terjadi. Dari 1981 sehingga 1984, 34 orang tawanan mati kerana penyeksaan berlebihan. Belum lagi kes penyelewengan seksual yang berleluasa. Para banduan sebenarnya telah melakukan protes terhadp pengurusan penjara. Mereka mogok makan, malah membakar diri sendiri sebagai protes. 

Namun tidak diendahkan. Kemudahan penjara juga 'sangat mengerikan'. Di sini pernah terjadi peristiwa menggerikan di mana kanak-kanak dipenjarakan dan dihukum penjara seumur hidup. Penindasan terhadap nilai kemanusian seperti perkara biasa saja. Tidak hairanlah penjara ini termasuk dalam salah satu penjara yang paling menyeramkan di dunia.

7. La Sabaneta Prison
Venezuela


Venezuela juga mempunyai penjara yang tidak kurang ganasnya, iaitu penjara La Sabanetaa, di mana keganasan menjadi 'santapan' harian. Kemudahan yangg sangat minimum, menyebabkan wabak penyakit begitu mudah merebak. Perkhidmatan kesihatan juga sangat minimum, malah hampir tidak ada.

Makanan juga kurang dengan menu tidak menyihatkan. Keadaan banduan di Penjara La Sabaneta sangat menjijikkan. Tidak hairanlah wabak kolera telah mengorbankan 700 banduan.

Di penjara ini juga pernah menyaksikan tragedi pembataian yang telah mengorbankan ratusan banduan pada tahun 1994. Kematian berleluasa di La Sabaneta. Salah sedikit, nyawa boleh melayang. Para kakitangan penjara sangat malas menguruskan banduan, sehingga para banduan secara berleluasa boleh melakukan apa saja. Mereka berkelahi malah membunuh sesama sendiri. Para warden hanya 'menutup mata' atas kejadian-kejadian ini.

8. La Sante Prison
Paris, Perancis


Seperti penjara 'maut' yang lain, di sini pun nyawa manusia tidak berharga. Perlakuan ganas berleluasa. Sikap tidak peduli pengurusan penjara membuatkan kehidupan banduan benar-benar tidak berharga. Ramai banduan menjadi gila. Sel-sel penjara yang penuh dengan kutu dan tikus, membuatkan banduan sangat tertekan.

Sungguh ironis dengan erti kata 'La Sante' yang bererti health (kesihatan) dalam bahasa Inggeris. Kerana pada hakikatnya hidup di sana sungguh tidak sihat. Perhambaan antara warden terhadap banduan, banduan sesama banduan, adalah perkara biasa. Kes perkosaan antara sesama banduan juga sangat tinggi dan terjadi setiap hari.

Tak hairanlah ramai banduan yang tidak tahan akhirnya membunuh diri atau menjadi gila. Sepanjang tahun 2002 dilaporkan 122 kejadian bunuh diri. Disusuli 73 banduan lagi pada pertengahan 2003.

Kecenderungan bunuh diri ini kemungkinan kerana keadaan hidup yang mengerikan di sana. Penjara yang terlalu padat, kemudahan minimum, serta pelbagai kekerasan yang terjadi di sana, dikatakan sebagai pencetus tindakan bunuh diri.

9. Rikers Island Prison
New York


Penyeksaan ganas membuatkan penjara ini begitu dikenali di Amerika Syarikat. Pada tahun 2007, tawanan Charles Afflic mengalami penyeksaan yang berlebihan dari warden penjara sehingga perlu menjalani pembedahan otak. Seramai 6 banduan membunuh diri di sel kerana tidak tahan dengan suasana penjara yang terlalu menekan pada 2003.

10. Tadmor Prison
Syria


Kematian di penjara ini seperti tidak terhitung banyaknya. Kekerasan di Tadmor begitu mengerikan dan benar-benar tidak mengenal ampun. Seorang bekas banduan Tadmor menggambarkan penjara ini sebagai kerajaan maut dan kegilaan mengerikan Tadmor kerana mempunyai warden yang haus darah dan tawanan politik.

Pada 1980, sesudah percubaan pembunuhan terhadap Presiden (di Damsyik), banduan terpaksa membayar mahal. Pasukan keselamatan menyerang penjara, mereka menggunakan helikopter dan mendarat di Tadmor. Askar-askar ini telah membantai 500 orang tawanan di sel mereka. Para banduan mati, tidak dapat menyelamatkan diri kerana para warden merantai kaki mereka di sel.

11. Guantanamo Prison
Cuba


Penjara Guantanamo adalah kompleks penjara tentera di bawah Joint Task Force Guantanamo (JTF-GTMO) dan merupakan sebahagian daripada pangkalan angkatan laut Amerika Syarikat di Teluk Guantanamo yang luasnya 117 km per segi.

Kem tahanan paling mengerikan itu dikendalikan pihak Amerika sejak Januari 2002. Lokasinya berada tepat di kepulauan yang bersatu dengan Cuba. Kawasan kem tahanan Guantanamo terdiri dari 3 kem iaitu Kem Delta, Kem Iguana dan Kem X-Ray (yang sudah terlebih dahulu ditutup) yang merupakan kediaman tentera AS.

Jumlah seluruh tahanan yang ada di dalam "Kem X-Ray" dianggarkan seramai 660 orang. Mereka berasal dari 44 negara, semua berkaitan dengan tuduhan sebagai sebahagian daripada "keganasan" antarabangsa. Sebahagian besar adalah pejuang al-Qaeda dan Taliban yang ditangkap di Afghanistan. Dan para pengganas yang disyaki Amerika melakukan serangan terhadap bangunan WTC pada 11 September 2001.

Ramai banduan yang di penjarakan tanpa sebarang proses mahkamah, tidak dibuktikan sebarang penglibatan mereka dengan tindakan keganasan harus meringkuk di dalam sel-sel gelap Guantanamo untuk mengalami penyeksaan yang sangat tidak berperikemanusiaan.

Jika Amerika sudah menunjukkan bahawa seseorang adalah pengganas, maka dialah pengganas dan hampir seluruh dunia merestuinya!

Laporan TIME pernah menyebutkan, tahanan di Guantánamo diperlakukan sesuka hati. Setiap tahanan baru akan diberikan seluar pendek, seluar panjang, semua berwarna oren, alas kaki untuk mandi, tuala, ubat gigi, syampu, sejadah, topi haji warna putih, sebuah Al-Quran dan alas tidur tanpa bantal.

Tahanan hanya dibenarkan mandi sebanyak 2 kali dalam seminggu. Itupun, hanya 20-30 minit. Begitulah tidak berperikemanusiaannya perlakuan di penjara ini.

Sudah berlaku lebih dari 28 kali usaha untuk membunuh diri, namun tidak ada satu pun yang berjaya, tetapi seorang diantaranya kini masih koma dengan otak yang rosak. Guantanamo memang telah di tutup, namun kisah kekejaman sadis yang pernah terjadi disana tetap akan dikenang selama-lamanya. 


Saturday, July 16, 2016

10 Eksperiman Gila dan Sadis Ini dilakukan Keatas Manusia.

Manusia pasti selalu ingin mencari yang terbaik dalam kehidupannya. Oleh kerana itu perkembangan teknologi sentiasa berlaku sepanjang kehidupan manusia di bumi, tapi tak semua perkembangan menjanjikan perkara yang baik-baik saja, lantaran ada kalanya diperlukan eksperimen gila untuk itu. 

Salah satu hal yang berkembang dengan sangat cepat sepanjang bumi berputar adalah perubatan. Penyelidik dan doktor selalu berusaha mencari ubat penyembuh untuk segala masalah perubatan. Tapi ada kalanya eksperimen perubatan menjadi seram dan gila. Seperti apa? Baca eksperimen pernah dibuat dibawah ini:

1. Eksperimen Orang Gila

Apa penyebab seseorang boleh menjadi gila? Dr Henry Cotton percaya itu kerana jangkitan tempatan yang terjadi di tubuh pesakit. Cotton yang menjadi kepala rumah sakit jiwa di Trenton pada 1907, memulakan eksperimen 'bedah bakteria'. Selama itu Cotton dan pasukannya melakukan beribu-ribu pembedahan terhadap pesakit jiwa yang kadang-kadang dilakukan dengan paksaan. 

Cotton mula menghilangkan gigi dan mandel pesakit. Jika masih gila, maka mereka akan mengambil organ dalam pesakit yang diyakini penyebab kegilaan. Bahkan Cotton melakukan kaedah ini pada dirinya yang kehilangan gigi, isteri, dan salah satu anaknya yang kehilangan usus besar. 

2. Terapi Kejutan Keatas Anak

Lauretta Bender mungkin menjadi yang paling dikenali lantaran menyusun ujian psikologi untuk menilai kemampuan motorik dan kognitif seorang anak. Namun Bender juga dikenali kerana kajian kontroversi yang ia lakukan. Psikiatri dari rumah sakit Bellevue ini melakukan kaedah gila pada tahun 1940-an dengan setiap harinya membuat 'kejutan jiwa' pada 98 pesakit kanak-kanak dalam usahanya menyembuhkan mereka dari skizofrenia di masa kanak-kanak. 

Bender melaporkan kaedahnya berjalan sukses, dengan sebilangan anak-anak 'mangsanya' itu sembuh. Namun rupanya, dia memberikan ubat-ubatan dos dewasa seperti kompaun cendawan halusinasi agar anak-anak ini sembuh. Super gila. 

3. Operasi Kelamin Tanpa Bius

J. Marion Sims dihormati banyak orang kerana menjadi pelopor ginekologi Amerika. Sims pernah melakukan pembedahan menyeluruh kepada beberapa budak perempuan Afrika-Amerika disepanjang tahun 1840-an. Penyelidikan selama 3 tahun itu fokus pada fistula vesikovaginal yakni keadaan tak normal pada saluran pundi kencing dan faraj. Gilanya, Sims melakukan pembedahan kepada pesakit itu tanpa dibius. 

Setelah melakukan 30 kali operasi keatas seorang pesakit bernama Anarcha, akhirnya Sims mendapat hasil penelitian gilanya. Namun bukan itu saja perkara gila yang pernah dilakukan Sims, dia pernah cuba menyembuhkan bayi seorang budak yang menderita Trismus dengan cara menusuk tengkoraknya. 

4. Eksperimen Pengerasan Kulit

Seorang ahli Dermatologi, Albert Kligman menjalankan program percubaan yang komprehensif terhadap para banduan penjara Holmesburg pada tahun 1960-an. Dalam salah satu percubaan, Tentera Darat Amerika Syarikat menjadi sponsor di mana mereka mencari cara untuk boleh mengeraskan kulit. Secara teori, kulit yang lebih keras akan melindungi tentera daripada tindakbalas kimia saat berada dalam pertempuran. 

Kligman memakai pelbagai jenis bahan kimia untuk penyelidikan dan memulakan mencari bahan eksperimen percubaan yakni para banduan. Para 'korban' tidak diperitahu dan ramuan yang dibuat Kligman membuatkan banyak dari mereka mengalami kulit melepuh dan luka terbakar. Kegemparan awam memaksa Kligman menghentikannya. 

5. Eksperimen Wabak Pes

Richard Strong adalah seorang doktor sekaligus kepala Makmal Biologi di Biro Sains Filipina. Strong melakukan beberapa inokulasi kepada banduan di penjara Filipina demi mencari vaksin taun yang sempurna. Dalam salah satu eksperimen di tahun 1906, Strong membuat kesilapan. Daripada memberikan vaksin taun, dia tersilap memberi virus pes yang menyebabkan kematian 13 pesakit. 

Tertekan kerana kes itu, Strong berhenti selama 6 tahun dan kembali memberikan inokulasi lagi kepada banduan lain demi kajian penyakit Beri-beri. Namun tetap saja ada banyak pesakit tewas kerana itu. Mungkin Strong harus berhenti melakukan mimpi gilanya. 

6. Spinal Tap Untuk Anak

Spinal Tap dikenali juga dengan pengambilan cecair di sumsum tulang belakang yang biasanya dilakukan pada pesakit-pesakit gangguan saraf. Seramnya Spinal Tap dilakukan dengan memasukkan jarum raksasa ke tulang belakang seseorang yang sakitnya luar biasa. Pada tahun 1986, seorang doktor kanak-kanak bernama Arthur Wentworth cuba melakukan ujian itu kepada seorang gadis muda. 

Dia terus melakukan Spinal Tap terhadap 29 bayi dan kanak-kanak kecil. Pada akhirnya, Arthur mendapatkan jawapan yang memuaskan, walaupun dia telah dipecat dari pekerjaannya di Sekolah Perubatan Harvard. 

7. Siram Dengan Air Mendidih

Dr Walter Jones melakukan penyiksaan daripada rawatan. Bayangkan saja, Jones menggunakan air mendidih sebagai ubat untuk penyakit tipus dan radang paru-paru (paru-paru berair) pada tahun 1840-an. Jones menguji penemuan gilanya ini kepada beberapa budak yang menderita selama bertahun-tahun. 

Jones menggambarkan bagaimana seorang lelaki berusia 25 tahun yang mengidap pneumonia lalu ditelanjangi, terbaring di tanah, dan menuangkan lima gelen air mendidih di atas punggung pesakit. Seakan kurang, Jones berkata rawatan itu harus diulangi setiap 4 jam sekali. Mungkin sebelum sembuh pesakit itu sudah meninggal lebih dulu kerana melecur teruk. 

8. Setrum Otak

Pada tahun 1847, Dr. Roberts Bartholow mengubati pesakit bernama Mary Rafferty yang menderita kelainan di tengkoraknya. Dengan izin Mary, Roberts memasukkan elektrod langsung ke otak dan mengalirkan arus elektrik. 

Roberts melakukannya selama 4 hari, awalnya Mary baik-baik saja namun akhirnya dia menjadi mudah gelisah, koma, dan akhirnya meninggal dunia. Kerana itu Roberts diusir dan menetap di Philadelphia sehingga akhirnya menjadi tenaga pengajar di Institut Perubatan Jefferson. 

9. Eksperimen Sifilis di Guatemala

Pada tahun 2010, sebuah percubaan eksperimen sifilis yang tidak beretika terungkap ketika seorang profesor dari Pengajian Tuskegee yang tidak terkenal, mendapati bahawa ada organisasi kesihatan yang melakukan perkara gila di Guatemala. Hal ini membuat pihak berkuasa melakukan penyelidikan dan mendapati bahawa ada 1,300 orang Guatemala sengaja dijangkiti sifilis pada tahun 1946.

Penelitian ini berlangsung 2 tahun bertujuan untuk mengetahui sama ada antibiotik yang didapati berkesan untuk pesakit sifilis. Para penyelidik membayar pelacur untuk menyebarkan penyakit kepada tentera, banduan, dan pesakit jiwa. Dilaporkan 83 orang meninggal dunia kerana percubaan gila ini.

10. Pemindahan Testis 

Leo Stanley adalah seorang ketua doktor di penjara San Quentin pada tahun 1913-1951 yang mempunyai teori gila, yakni dia percaya jika laki-laki yang melakukan kejahatan mempunyai tahap testosteron rendah dan menurut Leo, jika kadar testosteron ditingkatkan maka akan mengurangkan tindakan kejahatan. 

Untuk mengujinya, Leo melakukan satu siri operasi gila di mana dia melakukan pembedahan dan pemindahan buah zakar dari penjahat yang meninggal kepada tahanan yang hidup. Kerana kurangnya testis manusia, Leo bahkan menggunakan testis haiwan dan mengolahnya menjadi cecair untuk disuntik ke dalam kulit tahanan. Pada tahun 1922, Leo mengakui dia telah melakukan operasi gila ini terhadap lebih 600 banduan.