Showing posts with label makanan ekstreme. Show all posts
Showing posts with label makanan ekstreme. Show all posts

Wednesday, July 20, 2016

Ingin Makan Zakar? Restoran Guolizhuang China Boleh Menyediakannya Untuk Anda.

ZAKAR - Mendengarnya sahaja sudah geli apalagi memakannya? Ya, memang unik restoran yang satu ini, mereka menjual atau menyediakan makanan hanya dengan satu bahan iaitu ZAKAR atau alat kelamin jantan. Berbagai macam zakar dijual di sini, mulai dari zakar kuda sampai anjing. Ngeri ya? Untung saja tak ada zakar manusia ya? Hahahaha ...

Restoran unik ini bernama Goulizhuang, memang dikhususkan menjual kuliner ekstreme ini, mereka menjual pelbagai zakar haiwan yang mereka olah menjadi makanan, dan mereka mengatakannya sangat lazat dan membuat siapa saja yang menyantapnya akan menjadi perkasa dan sihat serta panjang umur. Menunya ada zakar kuda, rusa, kerbau, anjing, harimau hingga ular juga ada. Dan minumannya juga tak kalah ekstreme dengan makanannya iaitu minuman yang diperbuat daripada darah rusa segar.

Dengan makanan yang aneh itu bukan nya mengurangkan minat pengunjung, malah restoran ini dibanjiri tetamu untuk merasai sendiri hidangan ekstreme restoran ini. Tetamu mereka pun bukan orang sembarangan, melainkan dari vip dan orang kaya di China.

Dipetik dari CNN Travel, pengasas restoran ini Gou (81) mendapat inspirasi setelah mempelajari ilmu perubatan Cina kuno tentang khasiat memakan zakar haiwan ini. Maka dari situlah Guo mendakwa premisnya sebagai restoran pakar dalam mengolah zakar haiwan. 

Di restoran ini menjual zakar Harimau adalah menu yang paling mahal iaitu 5.700 USD (67,3 juta) harga yang tak murah untuk sebatang zakar harimau. Dan hal itu juga sempat dinilai menyalahi undang-undang, kerana Harimau termasuk haiwan yang dilindungi. Namun pihak restoran berdalih bahawa zakar harimau tersebut mereka dapat dari harimau yang telah mati secara semulajadi atau kemalangan. Dan untuk menikmatinya kamu harus memesan 2 bulan sebelumnya. Jom lihat videonya dibawah ini yang di ulas oleh Vice Japan.


Memang aneh ya? Manusia cenderung melakukan apa saja untuk hidup sihat dan lebih lama, sedangkan ianya dapat diperolehi hanya dengan bersenam dan tak perlu sampai menyantap makanan aneh dan super mahal. Pilihan tetap di tangan masing-masing.