Pada 1 Julai 1961 seorang bayi yang kelak menjadi salah satu perempuan terkenal di dunia lahir dari sebuah keluarga bangsawan Inggeris. Ia dinamakan Diana Frances Spencer, namun dia lebih dikenali dengan panggilan Puteri Diana atau Lady Di.
Diana Spencer merupakan anak kedua dari pasangan Edward dan Frances Spencer.Seiring waktu, ia tumbuh menjadi seorang gadis bermata biru yang cantik jelita.
Diana terbunuh dalam kemalangan maut di terowong Alma, Paris, Perancis. Insiden Nahas tersebut juga menewaskan kekasihnya Dodi Al Fayed (Wikipedia).
Setelah melewati masa perkenalan yang cukup singkat, pada 29 Julai 1981 Diana berkahwin dengan pewaris takhta kerajaan Inggeris, Putera Charles. Keduanya mengikat janji suci di Katedral St Paul, London.
Setelah melewati masa perkenalan yang cukup singkat, pada 29 Julai 1981 Diana berkahwin dengan pewaris takhta kerajaan Inggeris, Putera Charles. Keduanya mengikat janji suci di Katedral St Paul, London.
Dari hasil perkahwinan tersebut Diana yang bergelar Princess of Wales itu dikurniakan dua anak laki-laki tampan, Putera William dan Putera Harry.
William, yang merupakan suami dari Kate Middleton dilahirkan setahun selepas pernikahan agung tersebut, pada 21 Jun 1982 di Paddington.
Dua tahun kemudiannya pada 15 September 1984, Lady Di kembali melahirkan seorang bayi laki-laki tampan bernama Putera Harry.
Beberapa tahun berkahwin dengan putera sulung Ratu Elizabeth II itu, rumah tangga Diana pun mula bergolak. Ini tak lepas dari kecurangan antara si suami dengan bekas kekasih di masa mudanya, Camilla Parker Bowles.
Rumah tangga mereka pun diketahui berakhir pada 1996. Selepas perpisahan tersebut, Puteri Diana sempat dikhabarkan menjalin cinta dengan sejumlah lelaki termasuk di antaranya Hasnat Khan dan Dodi Al Fayed.
Perjalanan cinta Diana dengan Hasnat hanya berlangsung selama dua tahun. Mereka kemudian memutuskan untuk berpisah pada 1997.
Tak lama selepas itu khabar kemesraan Diana dan Dodi pun mula merebak. Kisah cinta mereka menghiasi berbagai sudut media massa.
Tak hanya itu, kemunculan mereka juga menjadi rebutan jurufoto di seluruh dunia. Hingga akhirnya kemalangan tragis di terowong Alma, Paris, Perancis menewaskan kedua-duanya pada 31 Ogos 1997.
Kematian Diana dan Dodi masih merupakan misteri menyusul sejumlah teori konspirasi. Sebahagian mentafsir peristiwa itu adalah tragedi 'pembunuhan'.
Meski telah berlalu 19 tahun lalu, namun Diana masih melekat di hati dan fikiran banyak orang. Ia puteri Inggeris yang dicintai dunia.