Nyamuk memang salah satu spesies binatang yang sangat menjengkelkan sekaligus pembawa virus penyebab penyakit-penyakit yang berbahaya. Oleh kerana itu berbagai macam cara yang dilakukan orang untuk terhindar dari gigitan haiwan yang bernama nyamuk ini. Ada berbagai macam cara yang boleh dilakukan untuk mengusir dan membunuh nyamuk diantaranya adalah dengan menggunakan ubat nyamuk bakar atau lingkaran. Cara dengan menggunakan ubat nyamuk bakar ini masih banyak kita dapati di lingkungan masyarakat dengan alasan lebih jimat.
Namun tahukah anda hasil kajian mendapati bahawa, asap dari sekeping ubat nyamuk bakar sama bahayanya dengan asap yang dihasilkan dari 100 batang rokok. Waooww ....Luar biasa bukan bahayanya ... Mari kita ambil dahulu seberapa berbahaya asap rokok itu?
Menurut seorang pengarah Chest research Foundation dalam persidangan "Air Polution and Our Health", mengatakan bahawa kira-kira 4000 bahan kimia atau toksik terkandung dalam satu batang rokok dan juga 43 sebatian penyebab kanser (karsinogen). Diantaranya adalah Tar, karbon dioksida, hidrogen sianida, logam berat dan radikal bebas, semua itu terkandung dalam sebatang rokok dan merupakan zat-zat berbahaya. Dan dengan cara yang berbeza-beza pula bahan-bahan tersebut mampu merosakkan tubuh.
Selain bahan kimia di atas, hidrokarbon, nitrit oksida, asid organic, fenol dan bahan-bahan pengoksidaan juga turut serta terdapat dalam asap rokok. Dan paling perlu anda tahu bahawa radikal bebas merupakan bahan kimia reaktif, yang boleh mengakibatkab kerosakan pada otot jantung dan pembuluh darah.
Perlu waktu lama untuk menghilangkan bau asap rokok, mengingat asap rokok terbentuk daripada rantaian molekul yang panjang.
Nah, itulah bahayanya asap rokok bagi kesihatan tubuh, dan itu belum seberapa jika dibandingkan dengan asap ubat nyamuk bakar atau lingkaran yang perbandingannya 1:100.
Berikut kami cuba memberikan sedikit ulasan tentang cara yang tepat untuk menghindarkan anda dan keluarga dari pengaruh negatif penggunaan ubat nyamuk, diantaranya:
1. Bilik dengan pengudaraan yang cukup.
Anda sering terbatuk-batuk kerana penggunaan ubat nyamuk, mungkin kerana diantaranya anda menggunakan ubat nyamuk pada ruangan yang sedikit ventilasi. Segera ubah kebiasaan anda untuk menggunakan ubat nyamuk di ruangan tertutup apalagi di dalam bilik tersebut terdapat anda dan keluarga. Impak buruk yang akan berlaku adalah gangguan pernafasan seperti sesak nafas. Oleh kerana itu letakkan ubat nyamuk di tempat dengan adanya aliran udara sehingga asapnya tidak mengganggu anda.
2. Jarak tidak terlalu dekat.
Penggunaan ubat nyamuk memang dimaksudkan untuk mengusir nyamuk akan tetapi jika justru membahayakan kesihatan anda, itu bukanlah perkara yang tepat. Sebaiknya letakkan jarak ubat nyamuk dengan aktiviti anda 1.5 meter. Anda juga boleh menggunakan ubat nyamuk pada siang hari sebelum aktiviti anda di malam hari dilakukan, sehingga boleh dikeluarkan dari bilik anda.
3. Menaruh pada tempat yang tepat.
Anda boleh meletakkan ubat nyamuk di bawah tempat tidur sehingga anda tidak terkena langsung dengan asap yang dihasilkan oleh ubat nyamuk bakar tersebut. Selain itu jangan meletakkan ubat nyamuk disamping badan anda, simpan ditempat yang lebih rendah dari aktiviti anda (di lantai).
4. Elakkan dari anak-anak dan ibu hamil.
Anda boleh membuat jadual yang tepat untuk membakar ubat nyamuk ketika anak anda tidak berada di bilik tersebut. Bagaimanapun anak-anak sangat terdedah apalagi dengan asap dari ubat nyamuk, dikhuatiri akan membahayakan kesihatan pernafasannya. Begitu juga dengan penggunaan didekat ibu hamil, bahayanya sama dengan mendekati diri anda pada mereka yang sedang merokok.
Demikian artikel mengenai bahaya ubat nyamuk bakar. Jadi marilah kita berfikir untuk menggunakan bahan yang tepat untuk kesihatan anda dan keluarga. Salam SIHAT.