Ava Bainbridge, gadis kecil yang masih berusia 14 bulan harus dikejarkan ke Hospital Royal Victoria Infirmary, Newcastle, England dengan segera. Keadaannya yang buruk dengan degupan jantung yang sangat cepat membuat ibunya, Gemma Day, sangat bimbang.
Seorang doktor yang menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada kesihatan Ava, langsung memeriksanya dengan teliti. Day harus menunggu anak perempuannya selama beberapa jam hingga akhirnya tubuh Ava diselimuti dengan kain hijau. Day mengaku tak tahu apa yang sedang berlaku pada masa itu. Hingga akhirnya doktor terpaksa memotong kedua-dua tapak kaki Ava kerana penyakit meningitis yang dialaminya.
Meningitis telah merampas kedua-dua kakinya tak menjadi halangan untuk kembali berjalan dan menari. |
Selama masa rawatan di hospital, para doktor yang menanganinya, menyatakan Ava tak akan boleh lagi berjalan, berlari, dan bermain seperti kanak-kanak lain seusianya. Mendengar hal tersebut, Day benar-benar tak tahu apa yang perlu dia lakukan. Apa lagi, seiring berjalannya waktu, Ava semakin besar dan ingin menjadi penari.
Merasa sangat sedih, Day tak tahu apa yang perlu dia lakukan untuk menghibur dan mewujudkan mimpi anak tercintanya. Hingga akhirnya sebuah kaki buatan yang baru pertama kali dibuat di Britain menyelamatkan hidup Ava. Dengan kaki buatan yang diperbuat daripada silikon tersebut, Ava boleh berjalan, meski telah kehilangan tapak kakinya.
Dipetik dari Daily Mail, Ava mula belajar berjalan selepas tapak kakinya dipotong. Pada awalnya, doktor memberikan sepasang kasut untuk Ava yang bahannya agak keras. Tentu saja ini membuat Ava tak selesa. Akhirnya, Dorset Orthopaedic Clinic, membuat silikon yang selesa, lengkap dengan jari-jari kaki, tersebut khusus untuknya.
Ava yang tumbuh dengan cepat harus menukar 'selipar' silikon tersebut dengan saiz yang baru setiap kali kakinya tumbuh. Kini, dengan bantuan silikon tersebut Ava boleh berjalan, berlari, bahkan menari. Bahkan, seperti yang dipetik dari Daily Mail, Ava kini mengikuti kelas gimnastik.