Showing posts with label isteri kasar. Show all posts
Showing posts with label isteri kasar. Show all posts

Wednesday, September 7, 2016

Pasang CCTV, Lelaki Ini Terkejut Melihat RAKAMAN Kelakuan GILA Isteri Terhadap Anaknya.

Seorang lelaki bernama Deepak Chaturvedi melaporkan isterinya ke pejabat polis kerana telah menyeksa anaknya yang masih berusia 1 tahun. Hal ini terurai setelah ia memasang kamera CCTV di rumahnya.


Deepak mengaku dirinya merasa ada yang aneh dengan anaknya. Setiap kali dia pulang kerja, ia selalu melihat ada bekas lebam dan luka di tubuh anaknya. Dia mula mengesyaki bahawa itu adalah perbuatan isterinya.

Namun, Deepak tak boleh menuduh isterinya tanpa bukti yang jelas. Oleh itu, dia pun cuba memasang kamera CCTV yang diletakkan di kamarnya.
"Saya mengagak bahawa isteri saya menyeksa anak kami. Maka saya memutuskan untuk memasang kamera CCTV di rumah, "kata Deepak.

Dan sangkaannya benar, kamera pengawasan yang dipasang di dalam kamarnya itu merekodkan semua kelakuan isterinya. Dalam rakaman itu, isterinya kelihatan mengangkat leher anaknya seperti sedang mencekik.


Tak sampai disitu, si isteri kembali bertindak kasar terhadap anaknya. Ia membaling anaknya di atas tempat tidur dan kemudian menampar belakang beberapa kali dengan kedua tangannya.


Melihat tindakan itu, Deepak lantas melaporkan kes ini kepada mertua dan pihak berkuasa.

Apa yang anda fikir?