Proton Saga 2016 bakal dilancarkan pada pertengahan minggu hadapan. Bagi mereka yang berminat, tempahan untuk model ini telah pun mula dibuka dan bakal dijual pada harga jangkaan bermula RM37,000 hingga RM46,000. Enam warna ditawarkan iaitu hitam, merah, putih, kelabu (baharu), biru (baharu) dan perak.
Untuk persaingan pada varian lain, Saga dilihat turut tidak mempunyai masalah terutama kelebihan pada pengendalian Proton berbanding sedan yang dihasilkan Perodua.
Setiap pembelian turut dilidungi 3 + 2 tahun atau 150,000km yang mana sampai dahulu. Untuk lebih jelas, disertakan sekali spesifikasi lengkap untuk setiap varian yang ditawarkan dalam barisan penuh Saga 2016 ini.
2016 Proton Saga 1.3L Standard MT/CVT
- Enjin 1.3 litre VVT
- 94 hp, 120 Nm
- Ecodrive Assist
- Lampu utama halogen Reflector
- Lampu kabus belakang
- Pengesan jarak hadapan dan belakang
- Rim besi 13 inci (dengan tayar Silverstone Synergy M3 saiz 175/70)
- Cermin sisi, pemegang pintu dan hiasan belakang hitam tanpa cat
- Cermin sisi larasan manual
- B-pillar warna badan
- Kemasan dalam hitam
- Unit audio Single-DIN dengan input Bluetooth, USB dan AUX
- Tempat mengecas USB
- Tempat duduk fabrik serba hitam
- Tempat duduk pemandu dengan ketinggian yang boleh dilaras
- Ruang but 420 liter dengan tayar simpanan jimat ruang
- Tempat duduk belakang boleh lipat
- Trim pintu plastik
- Tapak cangkuk ISOFIX
- Dua beg udara
- Brek cakera hadapan dan brek dram belakang
2016 Proton Saga 1.3L Executive CVT
Tambahan:
- Brek ABS dengan EBD
- Lampu kabus hadapan
- Rim aloi 14 inci ‘snowflake’ (dengan tayar Silverstone Kruizer1 NS800 saiz 185/60)
- Cermin sisi, pemegang pintu dan kemasan belakang berwarna sama seperti badan
- Cermin sisi berkuasa elektrik
- B-pillar warna hitam
- Penghadang angin pada but belakang
- Kemasan kelabu berkilat pada corong luar pendingin hawa dan stereng
- Tempat duduk fabrik bercorak mesh
2016 Proton Saga 1.3L Premium CVT
Tambahan:
- Rim aloi 15 inci ‘turbine’ (dengan tayar Silverstone Kruizer1 NS800 saiz 185/55)
- Electronic Stability Control (ESC)
- Hill-hold Assist
- Unit audio Double-DIN dengan input Bluetooth, USB dan AUX
- Kemasan kelabu berkilat pada tombol gear dan sekeliling
- Tempat duduk fabrik bercorak gelombang
- Kamera undur (dengan paparan bersepadu pada cermin pandang belakang)
- Butang kawalan audio pada stereng
Semua model mendapat pembaharuan ini:
- Enjin 1.3 VVT (menggantikan IAFM+)
- Prestasi manual – 0-100km/j dalam 12.2 saat (daripada 13.0 saat)
- Penggunaan bahan api manual – 5.4 l/100 km (bertambah baik daripada 6.0 l/100km)
- Prestasi CVT – 0-100km/j dalam 13.1 saat (daripada 14.5 saat)
- Penggunaan bahan api CVT – 5.6 l/100 km (bertambah baik daripada 6.3l/100km)
- Tapak enjin tiga punca untuk lebih kelancaran
- ECU yang ditala semula untuk tindak balas CVT lebih baik
- Tayar dengan rintangan golek lebih rendah, cengkaman atas jalan basah lebih baik (lebih senyap 2db)
- Pakej pemanduan dan kawalan dipertingkat
- Tahap keselamatan ASEAN NCAP empat bintang (daripada tiga bintang)
- Steering rack lebih tepat dan pantas (nisbah 16:1 daripada 20:1)
- Radius membelok lebih kecil (5.1 m berbanding 5.3 m)
- Penutupan pintu lebih ringan (15 kgf berbanding 25 kgf)
- Kuasa stereng lebih ringan (2.75 kgf berbanding 3.0 kgf)
- Lebih tahan daya kilas (12,000 Nm/deg berbanding 10,000 Nm/deg)
Gambar Saga 2016:
INI PUN MENARIK DIBACA JUGA: