Boleh dikatakan bahawa tiada seorang pun orang dewasa di dunia ni yang tidak pernah meminum kopi.
Kopi, minuman ini yang boleh didapati dimana-mana sahaja ini sejak berabad yang lalu.
Sungguh popular dikawasan desa sehingga kebanyakkan lelaki dewasa banyak menghabiskan masa di kedai kopi siang dan malam. Di bandar juga tidak kurang hebatnya dengan cawangan kedai kopi Starbuck boleh didapati dimana-mana sahaja.
Minuman kopi ini pertama kali digunakan oleh ahli-ahli sufi Yaman bagi membantu mereka qiyamullail dan kemudiannya tersebar ke serata tanah Arab.
Orang Eropah mula mengenali kopi ketika pertembungan dan pertukaran tamadun di kalangan bangsa Arab dan Eropah semasa zaman gelap Eropah.
Fakta sains yang dijalankan akhir-akhir ini menunjukkan banyak kelebihan dan kebaikan yang akan diperolehi oleh mereka yang gemar minum kopi setiap hari.
Kopi boleh menjadi suatu bahan yang sangat baik kepada otak, kulit dan tubuh kita. Baca selengkapnya artikel ini untuk mengetahui 9 sebab anda harus sedar dan mula sukakan kopi…
Kita akan mendapat lebih antioksida daripada kopi berbanding bahan lain.
Menurut kajian yang dijalankan pada tahun 2005, tiada suatu pun bahan lain yang mampu menandingi kopi dalam membekalkan antioksida.
Walaupun sayur-sayuran dan buahan juga mempunyai banyak antioksida, tubuh manusia lebih cenderung untuk menyerap lebih banyak antioksida daripada kopi.
Antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas.
Kita Mungkin sedia maklum bahawa antioksida sangat baik untuk kesihatan.
1. Hanya dengan menghidu kopi sahaja mampu mengurangkan stress
Kajian yang dijalankan di Seoul National University mendapati otak yang sedang mengalami tekanan atau stress akibat tidak cukup tidur, dan apabila seseorang itu terdedah kepada aroma kopi, akan mengalami perubahan pada protein yang mempunyai kaitan dengan stress di dalam otak.
Nota: kajian mengenai aroma kopi ini tidak berkaitan secara langsung dengan masalah stress, tetapi hanya stress yang disebabkan oleh rasa mengantuk tidak kecukupan tidur sahaja.
2. Kopi mampu mengurangkan symptom penyakit Parkinson
Menurut laporan ScienceDaily 2012, dengan meminum kopi boleh membantu seseorang yang mengalami Parkinson mengawal pergerakan mereka.
Dr. Ronald Postuma, pengkaji yang membuat laporan ini, mengatakan bahawa “kajian sebelum ini memang menunjukkan bahawa mereka yang mengambil kafein mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat Parkinson. Tetapi kajian terbaru ini menunjukkan bahawa mengambilan kafein boleh membantu merawat symptom pergerakan untuk mereka yang telah pun mengalami penyakit tersebut.”
3. Kopi bagus untuk hati
Kopi bagus untuk mengurangkan risiko kanser hati dan kegagalan hati dari berfungsi seperti Cirrhosis. Kopi boleh membantu hati membersihkan racun yang berbahaya seperti pengambilan alcohol.
4. Mencegah diabetes
Satu kajian (artikel yang dikeluarkan oleh psipum.org) menyatakan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahawa minum kopi secara berterusan mampu mengurangkan risiko diabetes ataupun dengan nama lain, kencing manis.
Bagaimana ia berlaku?
Kajian tersebut menyatakan bahawa kaffein yang ada pada kopi tersebut memainkan peranan dalam mengurangkan risiko diabetes.
Kajian ini dilakukan terhadap tikus dan ia diterbitkan melalui jurnal ACS’ Journal of Agricultural and Food Chemistry. Saintis yang menjalankan kajian tersebut memberi minum kopi dan air kepada beberapa kumpulan tikus yang biasa digunakan untuk kajian diabetes.
Konsep yang diketengahkan adalah kafein dapat membantu mencegah paras glukosa yang tinngi dalam badan dan ia juga membantu meningkat sensitiviti insulin.
Seperti yang anda sudah sedia maklum kencing manis (diabetes mellitus) merupakan antara penyakit yang banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia.
Disebabkan dengan budaya pemakanan kita yang sememangnya tidak sihat maka penyakit ini boleh dikatakan sebati dengan rakyat Malaysia.
Setiap minuman yang mengandungi gula dan setiap makanan yang mengandungi gula mampu menyumbang kepada penyakit kencing manis.
5. Kopi boleh membuatkan kita berasa gembira
Kajian yang dijalankan oleh National Institute of Health America, mendapati bahawa mereka yang minum empat cawan atau lebih, kurang atau tidak mengalami kemurungan berbanding mereka yang langsung tidak pernah menyentuh kopi.
Untuk perhatian, ini bukanlah disebabkan oleh kesan kafein yang tinggi, kerana air Coke juga memberi kafein yang tinggi, tetapi ianya adalah disebabkan oleh antioksida baik yang terdapat dalam kopi tersebut.
6. Kopi mengurangkan risiko mendapat kanser kulit (jika anda seorang perempuan)
Hospital Wanita Brigham dan Harvard Medical School yang mendapati 112, 897 lelaki dan wanita yang berusia lebih dari 20 tahun, dan terutamanya wanita yang minum tiga cawan atau lebih kopi dalam sehari, mendapat kurang risiko untuk kanser kulit atau sebarang penyakit kulit yang lain.
Kalau anda ingin kulit yang cantik, rajin-rajinlah meminum kopi.
7. Kopi aktif mencegah penyakit Gout
The Nurses’ Health telah mengkaji ramai jururawat wanita selama 26 tahun megenai penyakit gout ini.
Keputusan menunjukkan jururawat yang kerap meminum kopi sehingga 4 cawan kopi berjaya mengurangkan risiko untuk terkena sakit gout.
Antioksidan dalam kopi mengurangkan insulin dalam badan, sekaligus menurunkan tahap asid urik; penyebab kepada sakit gout!
8. Kopi meningkatkan Stamina secara mendadak
Ahli sains dan para atlit sudah lama mengetahui bahawa mengambil secawan kopi sebelum latihan mampu meningkatkan prestasi, terutamanya sukan yang melibatkan ketahanan stamina seperti lari jarak jauh dan berbasikal.
Kafein akan meningkatkan jumlah adrenalin dan membebaskan asid lemak (fatty acid) di dalam aliran darah, dimana membolehkan otot menyerap lemak ini sebagai bahan bakar, menjadikan badan kita menggunakan tenaga secara efektif didalam latihan.
9. Amalan minum kopi menyihatkan otak dan melambatkan proses nyanyuk
Kajian yang dijalankan oleh University of South Florida dan University of Miami mendapati orang yang berusia lebih 65 tahun yang mempunyai kandungan kafein yang tinggi didalam darah, mengalami penyakit nyanyuk (Alzheimer) 2 hingga 4 tahun lebih lewat dari orang lain yang seusia mereka yang mempunyai kafein yang lebih rendah.
Dr. Chuanhai Cao, pakar neurosains di University of South Florida dan ketua kajian ini mengatakan, “Kami tidak mengatakan pengambilan kopi secara sederhana boleh menghalang dari penyakit Alzheimer secara sepenuhnya. Walau bagaimanapun, kami yakin dan percaya dengan meminum kopi secara sederhana boleh mengurangkan risiko mendapat Alzheimer atau melambatkannya,”
Kencing Manis: Penyakit yang bahaya yang selalu tidak disedari tetapi boleh dicegah dan dikawal.
Malaysia negara tertinggi pengidap kencing manis dan ancamannya yang tidak disedari.
Antara penyakit yang paling banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia saban tahun adalah penyakit kencing manis (diabetes).
Statistik terbaru menunjukkan 17% daripada keseluruhan rakyat Malaysia pengidap penyakit ini, iaitu 1 daripada 6 orang, dan angka ini bertambah dengan mendadak setiap tahun dan pastinya ia sesuatu yang amat merisaukan.
Dan lebih menarik lagi, dari keseluruhan angka ini, Malaysia merupakan negara juara bagi pengidap kencing manis tertinggi di Asean dan keenam tertinggi di rantau barat Pasifik.
Yang menariknya adalah, kebanyakkan daripada kita langsung tidak sedar dia mengalami kencing manis sehinggalah dia berada pada tahap kronik.
Oleh itu lebih baik anda mengenal pasti penyakit ini sejak dari awal. Apakah simptom-simptom penyakit kencing manis?
- Kerap kencing dan air kencing yang banyak (siang dan malam)
- Rasa haus yang amat sangat dan bibir kering.
- Berat badan menurun mendadak.
- Rasa letih lesu dan kurang bertenaga
Ini adalah tanda-tanda utama dan biasa dihadapi oleh pesakit kencing manis. Jika anda mengalami symptom ini, dinasihatkan supaya segera berjumpa doktor anda untuk membuat pemeriksaan lanjut.
| SBP