Wednesday, March 1, 2017

27 Kebaikan Berbekam Yang Ramai Tidak Tahu Mengenainya.

Hadith-Hadith Berkaitan Bekam (Hijamah):
Dari Ibnu ‘Abbas r.a, dari Nabi s.a.w: “Kesembuhan dari penyakit itu adalah dengan melakukan 3 hal; Berbekam, minum madu, dan dibakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas (kay) itu.” (Shahih Bukhari)

Antara 27 kebaikan berbekam:
  1. Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
  2. Memperbaiki aliran pembuluh darah.
  3. Menghilangkan kejang - kejang dan luka dalaman pada otot.
  4. Bermanfaat penderita asma , pneumonia dan angina pectoris.
  5. Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman dibahagian kepala dan wajah , migrain dan sakit gigi.
  6. Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
  7. Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita.
  8. Ketika terkena sengal, sciatica ( rasa sakit, sengal di pinggang) dan tulang sekitar belakang dan pinggang serta papan punggung.
  9. Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis (pengapuran pembuluh darah / kolesterol dalam darah dan pembuluh yang boleh menyempitkan saluran darah).
  10. Ketika mengalami sakit bahu, dada dan punggung.
  11. Bermanfaat mengatasi luka-luka, bisul, jerawat dan gatal-gatal kulit.
  12. Bermanfaat mengatasi kemalasan, kelesuan dan penyakit banyak tidur.
  13. Bermanfaat mengatasi pericarditis (radang selaput jantung) dan nephritis (radang ginjal) yang parah.
  14. Bermanfaat mengatasi keracunan, contohnya seseorang terkena gigitan haiwan berbisa kaedah berbekam boleh dilakukan. Bekam pada tempat gigitan sedut dan keluarkan darah untuk menghalang bisa masuk ke jantung. Rawatan awal ini boleh dibuat sementara mendapatkan rawatan antidot di pusat kesihatan atau hospital.
  15. Bermanfaat mengatasi luka-luka bernanah.
  16. Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  17. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan melancarkan sistem perkumuhan.
  18. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
  19. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu mengurangkan risiko serangan angin ahmar.
  20. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tidak lancar.
  21. Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
  22. Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tidak lancar menyebabkan penglihatan jadi kabur.
  23. Membuang darah bertoksik untuk kesihatan keseluruhan.
  24. Membuang anasir gangguan makhluk halus melalui pengaliran darah.
  25. Hilangkan stress dan tekanan.
  26. Insha Allah mendapat pahala dan keberkatan kerana membuat rawatan Sunnah Nabi SAW.
  27. Menggalakkan metabolisma badan kerana sel darah kotor telah keluar dan sel darah baru yang sihat akan terhasil.
| SBP