Monday, February 13, 2017

Xiaomi Dedah Redmi Note 4X Di China.

XIAOMI, baru-baru ini, telah mendedahkan telefon pintar terbarunya Redmi Note 4X di China bersama varian Edisi Terhad Hatsune Miku berwarna hijau muda.


Butiran terperinci mengenai ciri-ciri dan spesifikasi Xiaomi Redmi Note 4X belum didedahkan kecuali paparan 5.5 inci (1080×1920 piksel) seperti Redmi Note 4 dan akan dikuasakan dengan pemproses lapan teras Qualcomm Snapdragon 625.

Spesifikasi lain yang baru didedahkan syarikat berkenaan termasuk kamera belakang 13MP dan disokong dengan bateri 4100mAh.
Spesifikasi awal ini agak serupa dengan model sebelumnya dan di samping warna dan pemproses baru, tiada yang berbeza daripada varian asal walaupun daripada segi reka bentuknya.

Sementara itu, varian edisi terhad Hatsune Miku akan memasuki pasaran pada 14 Februari, namun spesifikasi lengkapnya belum didedahkan, dipercayai diumumkan sebelum hari jualan.

Di samping varian warna hijau bagi edisi terhad berkenaan, Redmi Note 4X juga akan terdapat dalam pilihan warna emas, hitam, merah jambu dan kelabu platinum.

| SBP