Monday, February 27, 2017

Telur Wanita Yang Sangat Rajin Bekerja Didapati Kurang Bermutu.

Kaum wanita yang bekerja malam dan melakukan kerja mengangkat berat dari jam sembilan hingga lima petang mungkin memiliki sedikit telur dan kurang bermutu, menurut kajian hari ini ke atas kemungkinan punca ketidaksuburan.


Penyelidikan sebelumnya menunjukkan kaitan antara keadaan kerja dan kesuburan, tetapi ini adalah cubaan pertama untuk meneliti bagaimana kerja syif atau buruh manual mungkin menjejaskan kemampuan fizikal wanita untuk mempunyai anak, menurut para pengarang.

Pasukan penganalisis data yang beribu pejabat di AS dari kira-kira 400 orang wanita telah menghadiri klinik kesuburan Massachusetts. Usia purata mereka ialah 35 tahun.

Para penyelidik telah menilai ‘simpanan ovari’ bilangan telur yang masih dimiliki wanita dan juga tahap hormon yang meningkat sebagai kemerosotan kesuburan.

Mereka juga meneliti berapa banyak telur yang ‘matang’ dan mampu menjadi embrio sihat.

Data ini dibandingkan dengan keadaan kerajaan para wanita, berapa banyak penggunaan fizikal diperlukan daripada mereka dan tempoh jam mereka bekerja.

Kira-kira 40 peratus wanita berkata mereka terpaksa bergerak atau mengangkat objek berat manakala seperlima berkata pekerjaan mereka sederhana hingga yang sangat menuntut fizikal. Sembilan puluh satu peratus bekerja pada waktu pejabat biasa.
“Wanita-wanita dengan pekerjaan yang menuntut fizikal memiliki simpanan telur lebih rendah dari mereka yang pekerjaan mereka tidak kerap memerlukan mengangkat berat,” kata kenyataan media dari jurnal Occupational & Environmental Medicine, yang menyiarkan kajian itu.

pengangkat berat juga tidak memiliki telu matang yang lebih sedikit, malah lebih sedikit jika mereka bekerja di sebelah petang, malam atau syif bergilir-gilir.

Kesan adalah paling kuat pada wanita yang mempunyai berat badan berlebihan dan mereka yang berusia lebih 37 tahun, menurut para penyelidik.

Wanita dipercayai lahir dengan sebilangan telur terbatas yang akan mati mengikut tempoh waktu atau dalam satu proses yang boleh ditingkatkan oleh faktor-faktor seperti merokok, misalnya.

Pasukan itu hanya meneliti hubung kait antara keadaan pekerjaan dan kesihatan telur, dan tidak boleh dengan pasti dinyatakan bahawa satu mengakibatkan yang lain. - AFP

| SBP