Friday, February 17, 2017

Jangan Cuba-cuba Tunjuk Pandai...Setiap Dari Kamu Perlu Tahu Tentang 3x1/2 MINIT Ini, Kerana Ia Mampu Mengelakkan Anda Dari Malaikat Maut.

Pakar selalu pesan, setiap orang harus ambil perhatian tentang 3x1/2 minit. Kenapa 3x1/2 minit ini penting? Amalan ini sangat mudah namun boleh mengurangkan angka kematian secara mengejut.


Anda mungkin pernah mendengar cerita ada individu sama ada kenalan atau keluarga terdekat yang nampak sihat di siang hari tapi meninggal dunia keesokan pagi. "Petang semalam saya sembang dengan dia, dia nampak ceria, sihat dan cergas. Dia sudah meninggal? Apa penyakit dia?"

Penyebabnya, ketika bangun malam untuk ke bilik air, ramai yang melakukan dengan terlalu cepat. Iaitu situasi di mana anda bangun dan terus ke bilik air. Jika terus bangun, otak kita masih kekurangan aliran darah. 

Pattern ECG (Electro Cardiogram) seseorang individu normal pada siang hari manakala di waktu malam ketika bangun untuk buang air contohnya, pattern ECG boleh berubah. Bangun secara tiba-tiba menyebabkan otak akan menjadi anaemic dan mengalami kegagalan jantung disebabkan kekurangan darah.
Nasihat pakar adalah mengamalkan 3x1/2 minit, iaitu:
  • Apabila bangun dari tidur, jangan terus bangkit dari katil, berbaringlah dahulu selama 1/2 minit.
  • Kemudian duduk atas katil untuk tempoh 1/2 minit.
  • Selepas itu, turunkan kaki ke lantai, duduk di tepi katil selama 1/2 minit. Kemudian baru bangun untuk ke bilik air.
Selepas melaksanakan 3x1/2 minit tersebut, otak tidak akan anaemic dan jantung tidak mengalami kegagalan, mengurangkan kemungkinan terjatuh dan meninggal dunia ketika bangun tengah malam seperti yang kita sering dengar.

Ada seorang tua menangis kesal kerana beliau tidak mengetahui perkara ini dari dulu lagi ketika diberitahu tips ini. Dua tahun lalu beliau terjaga untuk buang air kecil. Tiba-tiba dunia terasa berpusing dan beliau terjatuh, akibatnya dia sekarang mengalami lumpuh dan tidak boleh bangun dari katil. Seandainya dia mengetahui perkara ini, beliau tidak menderita seperti sekarang.

Kongsikan maklumat ini dengan orang yang anda sayang untuk menghindari perkara seperti ini terjadi. Ianya boleh berlaku kepada sesiapa tanpa mengira usia tua atau muda.

| SBP