Percayakah anda lukisan yang hanya 'dilukis' menggunakan dua warna ini berjaya dijual pada harga $46.5 juta dolar? Mengejutkan, tapi itulah nilai lukisan yang macam bukan lukisan hasil karya Mark Rothko.
Lukisan pelik dan mengarut bertajuk “Untitled, (Yellow and Blue)” dengan ukuran 8 kaki x 6.1 kaki ini disiapkan pada tahun 1954 dan dijual pada satu majlis lelong di New York pada tahun 2015.
Ia pernah dimiliki oleh Rachel “Bunny” Mellon, pelukisnya, Rothko, merupakan salah seorang artis yang paling berjaya dan terkenal di Amerika Syarikat, namun membunuh diri pada 1970.
Sebelum kematiannya, Rothko dan penasihat kewangannya, Bernard Reis telah menubuhkan sebuah yayasan bertujuan untuk membiayai penyelidikan dan pembelajaran.
Disebabkan Rothko terkenal dan menjadi inspirasi serta diminati ramai, tidak mengejutkan apabila hasil karyanya berjaya dijual pada harga yang sangat tinggi.
Pakar percaya, lukisan 'Untitled, Yellow and Blue' Rothko akan menjadi lebih bernilai pada masa depan.
Namun, ramai juga yang percaya harga lukisan dua warna 'Untitled, Yellow and Blue' tersebut tidak masuk akal kerana dijual pada harga yang terlalu mahal.