Wednesday, February 22, 2017

Los Angeles Disenaraikan Sebagai Bandar Raya Paling Sesak Di Dunia.

NRIX Inc, sebuah syarikat terkemuka dalam meningkatkan mobiliti bandar menggunakan data yang besar, menyenaraikan sebagai bandar raya paling sesak di dunia menerusi Global Traffic Scorecard terbitannya kelmarin. 


Kajian kesesakan lalu lintas terbesar itu menganalisis 1,064 bandar di 38 negara dan wilayah. Berdasarkan kajian itu, Amerika Syarikat (AS) disenarai sebagai negara maju paling sesak di dunia, menyumbang 11 daripada senarai 25 bandar paling sesak. 

Bandar ini termasuk dalam senarai bandar dengan lalu lintas paling teruk di AS, dengan pengguna menghabiskan purata 104 jam dalam kesesakan lalu lintas waktu puncak pada 2016, manakala purata jam memandu di negara itu adalah 42 jam. 

Keputusan itu berdasarkan suara penduduk tempatan yang melalui pengalaman harian mereka. 
Walaupun dilengkapi hampir 30 jalan raya utama dan lebuh raya, bandar kedua terbesar di AS itu memiliki empat segmen jalan raya utama paling sesak di dunia. 

Ahli ekonomi kanan INRIX, Bob Pishue dalam satu kenyataan mengenai kajian berkata, ekonomi AS yang stabil, pembangunan berterusan bandar utama dan faktor seperti pertumbuhan pekerjaan dan harga minyak rendah menyumbang kepada peningkatan lalu lintas pada 2016. 

"Kesesakan juga menelan kos ratusan bilion dolar kepada negara, mengancam pertumbuhan ekonomi pada masa depan dan mengurangkan kualiti hidup kita," katanya. 

Penyelidikan INRIX dijalankan bertujuan memberi inspirasi kepada beberapa 'penyelesaian jangka panjang' membabitkan kesesakan bandar. - Xinhua