Tuesday, February 28, 2017

Biasakanlah Mengingat Tarikh-tarikh Penting Dalam Kehidupan Kita.

TARIKH-TARIKH tertentu seperti hari jadi ataupun ulang tahun perkahwinan adalah penting dalam kehidupan kita seharian. Sekiranya kita terlupa tarikh-tarikh itu, kita mungkin menghadapi situasi yang kurang menyenangkan dengan orang di sekeliling kita.

Jangan bergantung sepenuhnya pada memori ataupun peringatan melalui alat elektronik.

Tentukan tarikh itu

Kaitkan bulan itu dengan peristiwa penting yang mungkin ada, seperti sambutan hari raya, hari kebangsaan dan sebagainya.

Kaitkan tarikh itu dengan memori

Kaitkan perkara yang kita ingat dengan hari tertentu. Sebagai contoh, hari jadi isteri saya adalah pada 25 November dan anak perempuan saya pada 27 November. Saya pernah keliru dengan kedua-dua tarikh itu. Namun, saya teringat sebelum anak saya dilahirkan, sahabat-sahabat saya bertanya sama ada anak saya akan dilahirkan pada hari jadi isteri saya.
Daripada saat itu, saya tidak lupa yang anak saya tidak dilahirkan sebelum, tetapi selepas hari jadi isteri saya.

Kaitkan musim dengan ciri-ciri peribadi

Sebagai contoh, sahabat saya, Alex, adalah orang yang ceria dan sentiasa bersemangat. Ini mengingatkan saya yang hari lahirnya adalah pad musim bunga (bulan April). Aliterasi (perkataan yang bermula dengan huruf sama) bagi Alex dan April juga membantu ingatan saya.

Jangan cuba mengingat semuanya

Sebaliknya, tuliskan semua tarikh-tarikh itu. Letakkan peringatan automatik di dalam diari kita dan software berjadual bagi tugas-tugas biasa. Masukkan juga maklumat berkenaan bil yang perlu dibayar pada tarikh tertentu setiap bulan. Ingat tarikh hari jadi yang penting (letak nota sebelum tarikh itu dan pada hari itu).

Lakukan perkara yang sama bagi tarikh memperbaharui insurans dan cukai jalan. Ada yang mempunyai buku hari jadi dan menulis semua tarikh kelahiran yang baru di dalamnya, selepas itu memindahkan tarikh itu ke dalam diari yang baru pada setiap penghujung tahun.

Jangan bergantung sepenuhnya pada memori ataupun peringatan melalui alat elektronik Ada baiknya kita menyimpan tarikh-tarikh yang penting dalam bentuk hard copy.

INI PUN MENARIK DIBACA:
SBP