Thursday, February 16, 2017

Punya Untung Si Kawan...Ampai-ampai Dapat RM6K, Kerana Terlampau Jujur Dan Lurus Bendul Selepas Langgar Kereta Orang Kaya...

Seorang pelajar 17 tahun di sebuah sekolah di wilayah Henan tidak menyangka ditawarkan wang sejumlah RM6,000 kerana bersikap jujur selepas secara tidak sengaja mencalar sebuah kereta mewah.

Zhanmin bersama nota yang ditinggalkan Chen. Foto: Xinhua

Chen Yifan, melanggar sebuah kereta mewah SUV pada 4 Februari di bandar Xinmi ketika dalam perjalanan menghantar makanan menyebabkan calar sepanjang 20 sentimeter melekat di kereta tersebut dan cermin pandang sisi patah.

Selepas insiden itu, Chen meninggalkan satu nota bersama semua wangnya sejumlah 311 yuan (RM200) sebagai tanda meminta maaf.

Keesokan harinya, pemilik kereta berkenaan, Xue Zhanmin, berang apabila mendapati keretanya sudah tercalar dan rosak seterusnya memanggil polis. Namun segalanya berubah apabila dia tersentuh membaca surat dari pelajar terbabit.
"Saya meminta maaf dan berasa sedih kerana melanggar kereta anda. Saya seorang pelajar dan kini sedang membuat kerja sambilan. Saya tahu ganti rugi ini tidak mencukupi, tetapi ini sahaja wang yang saja ada. Maaf.

Surat itu kemudian diviralkan supaya Zhanmin dapat menemui pelajar berkenaan.

"Duit itu semuanya syiling. Saya membuat kesimpulan pelajar ini dari keluarga yang miskin. Ia mungkin duit yang banyak untuknya" kata Zhanmin.

Selepas surat itu mula viral, netizen di negara itu mula mencari Chen. Dan akhirnya Chen menghubungi pemilik kereta berkenaan.


Chen. Foto:Xinhua


"Saya ada ternampak nombor telefon pemilik pada cermin, tapi takut untuk menelefonnya. Saya takut akan dimarahi dan mengambil keputusan untuk meninggalkan surat pendek. Saya sangat lega apabila menelefonnya" kata Chen.

Setelah diteliti, Chen dari keluarga susah dan melakukan kerja sambilan menghantar barang untuk mencari duit. Dia menerima upah sebanyak 60-70 yuan (RM38 - RM45) setiap hari.

Ibu Chen, Chu merasa bangga setelah mengetahui langkah berani (menelefon pemilik kenderaan) anaknya itu.

"Anak saya adalah budak yang baik dan tindakannya adalah betul. Kami akan membayar kos baik pulih kenderaan itu." kata Chu.

Bagaimanapun, Zhanmin menolak wang dari Chu itu sebaliknya menawarkan RM 6,000 kepada Chen untuk menyambung pelajaran.

"Sesetengah orang hanya akan meninggalkan begitu sahaja selepas melanggar kereta tetapi Chen meninggalkan duit dan surat. Saya sangat tersentuh dengan tindakannya itu.

"Dia seorang budak yang baik dan patut menerima ganjaran atas kejujurannya itu" tambah Zhamin.

Sumber: Xinhua via Siakapkeli