Mimpi adalah pengalaman bawah sedar dimana berlaku komunikasi antara tubuh, fikiran dan jiwa kita saat kita dalam keadaan relaks atau tidur. Sebenarnya, sepanjang masa kita bermimpi walaupun sedang dalam keadaan sedar dan bangun, namun proses tersebut terjadi di alam bawah sedar, sehingga kadang kita tidak sedar bahawa kita tengah bermimpi.
Selalu kita mengingat mimpi yang terjadi, namun kita kadang tidak ingat mimpi yang terjadi saat terbangun dari tidur. Mimpi memang hal yang misteri, yang sukar diterjemahkan. Berikut ini adalah beberapa fakta unik tentang mimpi yang boleh anda baca sebagai selingan sebelum anda membaca hal-hal berat lain yang membebani fikiran dan jiwa anda.
Fakta Unik Tentang Mimpi
1. Anda akan melupakan 90 peratus mimpi anda
Mimpi yang terjadi didalam tidur dan prosesnya terjadi di alam bawah sedar membuat 5 minit selepas anda terbangun dari tidur, maka anda akan melupakan 50 peratus dari mimpi dan cerita dalam mimpi anda. Seiring waktu, 10 minit selepas bangun dimana saat semua emosi dan kesedaran anda kembali normal, maka anda akan melupakan 90 peratus dari mimpi anda. Salah satu cerita menarik tentang "melupakan mimpi" ini hadir dari seorang penulis puisi cinta dan kata mutiara terkenal, Samuel Taylor Coleridge.
Suatu ketika dia mendapat sebuah pengalaman mimpi yang indah. Sesaat setelah bangun, dia segera mengambil pen dan menulis cerita mimpinya dalam bait-bait puisi diatas selembar kertas. Pada masa tulisannya mencapai 54 perkataan, tiba-tiba datanglah seorang tetamu kerumahnya. Setelah urusan dengan tetamu tersebut selesai, Samuel Taylor Coleridge ingin menyambung kembali puisinya tadi, tetapi dia tidak berjaya mengingati kembali mimpinya. Puisinya tersebut tidak pernah disiapkan. Puisi yang tidak pernah diselesaikan itu diberi judul "Kubla Khan" dan menjadi salah satu puisi paling terkenal di Inggeris.
2. Semua orang bermimpi
Penyelidikan mendapati bahawa semua manusia bermimpi, mula dari bayi sampai dengan orang tertua didunia masih mengalami mimpi (kecuali pada beberapa kes penyakit jiwa parah). Namun ada perkara menarik tentang mimpi antara Lelaki dan Wanita. Kajian menyebutkan bahawa Lelaki cenderung bermimpi tentang lelaki lain, baik itu lelaki real ataupun lelaki imaginatif. Sementara Wanita cenderung berimbang dalam memimpikan lelaki dan wanita lain.
3. Mimpi mencegah gangguan emosi
Kajian yang dilakukan para ahli penyelidik dengan melakukan ujikaji, mendapati bahawa pada orang yang dibangunkan pada masa awal mula bermimpi tapi tetap diperbolehkan tidur 8 jam sehari, setelah 3 hari menjadi kehilangan konsentrasi, cepat marah, halusinasi dan tanda-tanda gangguan emosi serta psikologi lainnya. Kesimpulannya, mimpi berfungsi untuk melepaskan stress, ketegangan dan tekanan yang terjadi semasa manusia dalam keadaan sedar.
4. Rangsangan dari luar mempengaruhi mimpi kita
Istilah ini disebut 'Dream Incorporation'. Mimpi yang mengandungi refleksi dari peristiwa yang ketika itu tengah terjadi. Contohnya kita bermimpi merasa sangat haus, kemudian hadirlah sebotol air yang lalu kita minum, namun tak berapa lama kemudian kita merasakan lagi kehausan, keadaan tersebut terus berulang-ulang sampai kita terbangun dan menyedari bahawa kita benar-benar sedang dalam keadaan kehausan.
5. Saat bermimpi tubuh akan lumpuh
Kesempurnaan tubuh manusia dan otak boleh dilihat apabila manusia dalam keadaan tak sedar dan mimpi. Saat manusia tidur dan bermimpi, maka tubuh akan mengalami lumpuh sementara. Perkara ini terjadi untuk mencegah supaya tubuh kita tidak bergerak-gerak mengikuti 'jalan cerita' mimpi kita.
Bayangkan saja kalau anda mimpi dikejar hantu, kalau kaki anda tidak lumpuh boleh-boleh anda lari ke luar rumah kerana menganggap kejadian tersebut betul terjadi. Ada hormon yangg dihasilkan tubuh ketika kita tidur yang membuat saraf menghantar mesej ke tulang belakang menyebabkan tubuh kita menjadi rileks dan lama-lama lumpuh atau lemas.
6. Orang buta juga bermimpi
Orang yang mengalami kebutaan sejak lahir ternyata juga mengalami mimpi. Namun kerana buta sejak lahirnya membuatnya tidak mempunyai database bentuk dan wujud dari refleksi gambar, maka orang yang mengalami kebutaan sejak lahir mengalami mimpi-mimpi tentang suara, bunyi, sentuhan dan perasaan atau emosi. Sementara orang yang mengalami kebutaan sewaktu dewasa, maka mimpinya akan bercampur antara bunyi, sentuhan dan perasaan dengan refleksi gambar-gambar yang sempat dirakam melalui matanya sebelum mengalami kebutaan.
7. Kita hanya mimpi apa yang kita tahu
Sering kali kita mengalami mimpi dengan lokasi atau keadaan yang asing dengan kita. Kita bermimpi ditempat-tempat asing, dan bertemu dengan orang-orang yang tidak kita kenal. Namun kajian menyebutkan bahawa hal tersebut bukan dicipta oleh otak. Otak hanya mencerminkan semua yang pernah terjadi pada kita dan membuat ceritanya dengan sumber dari ingatan kita.
Dan yang membuat seolah anda tidak mengenali tempat atau hal-hal dalam mimpi anda kerana alam bawah sedar anda adalah sebagai pusat penyimpanan data ingatan yang digali oleh otak untuk menciptakan kisah mimpi yang unik, aneh dan asing. Jadi, otak sebagai pengarah tidak akan pernah kehabisan jalan cerita drama mimpi anda, kerana sepanjang hidup anda telah melihat jutaan wajah, ratusan ribu tempat dan detail-detail lainnya. Yap, otak tidak akan pernah kehabisan pelakon dan setting untuk mencipta film mimpi unik untuk anda.
8. Mimpi adalah simbol dan kiasan
Apa yang anda alami dalam mimpi sebenarnya adalah cara otak menterjemahkan alam bawah sedar anda yang merupakan simbolik atas peristiwa sebenar yang terjadi semasa kita sedar. Otak sangat kreatif dalam menggali pangkalan data memori kita. Kadang-kala, otak menggali maklumat ingatan kita begitu dalamnya hingga kadang-kadang kita takjub atas mimpi aneh kita sendiri. Perkara inilah yang membuat banyak orang yang tertarik akan tafsir mimpi, kerana dipercayai otak memiliki kesamaan dalam mentraslate ingatan kita dan mewujudkannya menjadi simbol-simbol menarik melalui jalan cerita mimpi kita.
9. Apakah mimpi itu berwarna?
Penyelidikan mendapati bahawa 12 peratus orang yang normal, dan tidak mempunyai penyakit buta warna, didapati dalam mimpinya selalu mengalami mimpi hitam-putih. Manakala selebihnya mengalami mimpi yang berbeza-beza antara hitam-putih dan mimpi berwarna.
Begitu banyak perkara menarik dan unik dalam kehidupan kita, termasuk seperti artikel diatas. Jangan lupa kongsikan di laman sosial anda ya...
| SBP