Bandar kecil yang berada di bawah tanah Gurun Australia ini dihuni oleh 3,500 penduduk.
Alasan mereka tinggal di bawah tanah adalah untuk melindungi diri dari panasnya suhu udara di wilayah tersebut yang boleh mencapai 50 darjah Celsius.
Bandar ini terletak di bahagian Selatan Australia. Walaupun dikira sebagai bandar kecil, namun ruang yang ada di sana cukup lengkap.
Mulai dari muzium, galeri kesenian, hingga hotel pun tersedia untuk para traveler yang ingin mencuba sensasi hidup di bawah tanah.
Selain bandar bawah tanah, Coober Pedy pun dikenal sebagai kota pembekal batu Opal berkualiti di dunia. Batu opal tersebut jadi mata pencarian utama penduduk yang tinggal di sana.
Daya tarik lain yang ada di bandar unik di Australia ini adalah pelbagai acara tahunan seperti Coober Pedy OZ Mineral Races, Queen of the Desert Festival, dan The Opal Festival.
Setiap tahun, para penduduk berkumpul untuk merayakan waktu berakhirnya musim panas dengan mengadakan perarakan dan aktiviti luar untuk semua usia.
| SBP