Tuesday, January 31, 2017

Menurut Pakar Feng Shui, Nasib Amerika Di Tangan Donald Trump.

Kepimpinan presiden yang baru Amerika Syarikat, Donald Trump, awal-awal lagi menuai kontroversi di mana-mana. Dasar-dasar yang beliau ambil kerap kali menimbulkan protes. Sebut sahaja larangan warga negara Islam dari 7 negara untuk datang ke Amerika Syarikat atau pendirian tentang pembinaan tembok sempadan.

Menurut Pakar Feng Shui ini, selepas September 2017, Amerika Syarikat akan mengalami mimpi buruknya.

Sebagai satu negara kuasa besar, apa yang berlaku di Amerika Syarikat akan mempengaruhi negara-negara lain. Namun, bagaimana dengan kepemimpinan Donald Trump sendiri di tahun ayam ini?

Seorang pakar Feng Shui terkenal di Hong Kong meramalkan nasib Amerika Syarikat di bawah kepemimpinan lelaki tersebut. Menurut Priscilla Lam, mimpi buruk Amerika sebenarnya hanya akan bermula selepas September 2017.

Menurut wanita tersebut, tahun ayam membawa kemenangan bagi Presiden Donald Trump. Namun, semuanya akan berubah selepas setengah tahun. 
Apabila nasib beliau habis, ekonomi AS akan terpuruk.

"Pada semester pertama tahun ini Amerika akan baik-baik saja, tiada masalah. Tapi di semester kedua, mimpi buruk itu akan bermula," kata Priscilla.

Pakar Feng Shui itu tidak menolak yang Donald Trump mempunyai "pot emas" di bidang perniagaan, namun tidak demikian di bidang politik. Ramalan wanita ini cukup tepat, ini terbukti ketika pemilihan presiden, dia meramalkan Trump yang akan menjadi presiden meski pun banyak yang menyokong Hillary.

Wanita itu menjelaskan Donald Trump yang lahir di Tahun Anjing dan mempunyai simbol bumi. Hal ini menjadikan dia akan terus memanipulasi kata-kata mengikut persekitaran dan situasi. Cukup menjelaskan mengapa Trump sering berbohong, bukan?

| SBP