Sunday, January 29, 2017

6 Ciri Lelaki Yang Boleh Memikat Hati Seorang Wanita.

Hampir setiap wanita suka melihat lelaki yang tampan dan bertubuh Athletic serta sesuai. Tapi sebenarnya bukan fizikal sahaja yang benar-benar dicari wanita saat menentukan siapa lelaki yang akan jadi kekasihnya.


Hal-hal yang lebih mendalam seperti sikap, gaya hidup, keperibadian dan selera berpakai ternyata ikut menentukan sejauh mana lelaki boleh menarik perhatian wanita. Dipetik dari Times of India, ada enam perkara yang paling dicari wanita dari seorang lelaki.

1. Terawat

Sama seperti kebanyakan lelaki yang menyukai wanita berpenampilan rapi dan menarik, wanita pun begitu. Mereka akan lebih tertarik dengan lelaki yang bersih, wangi dan rapi berbanding lelaki yang berpenampilan ala kadar saja.
Bukan kerana wanita hanya menyukai lelaki bergaya seperti detektif James Bond. Walaupun acuh tak acuh dalam gaya berpakaian, tapi jika kelihatan bersih dan terawat akan membuat wanita tertarik. Alasan paling umum, kerana wanita percaya lelaki yang peduli pada dirinya sendiri, maka dia juga akan ambil peduli pada kekasihnya. Sebaliknya lelaki yang jarang bersikat, berkuku hitam, baju atau seluar yang dibiarkan kotor dan bau badan, akan dianggap tidak boleh merawat diri dan pasti juga tidak peduli pada wanitanya.

2. Ada selera yang baik dalam berpakaian

Wanita suka lelaki yang tahu bagaimana untuk berpakaian yang baik. Tidak harus selalu dengan kemeja dan seluar rapi, atau barang-barang yang berjenama. Pada dasarnya, lelaki yang boleh mengekspresikan selera busana, baik elegan, edgy, casual atau sporty. Asalkan lelaki tersebut tahu bila dan bagaimana harus berpakaian, mereka akan dapat tempat khas tersendiri di mata wanita.

3. Lucu

Salah satu faktor yang paling dicari wanita pada lelaki adalah selera humor. Menurut kaji selidik yang dibuat CNN, lelaki lucu dianggap lebih bijak berbanding lelaki yang selalu serius. Kemampuan menangani situasi dengan sedikit jenaka dan boleh membuat orang tertawa adalah ciri-ciri orang yang bijak. Selain itu, lelaki lucu juga dianggap boleh membuat mood mereka yang buruk, menjadi lebih menyenangkan. Tetapi perlu dibezakan antara lelaki lucu dengan lelaki yang suka melawak atau selalu menjadi bahan jenaka.

4. Perhatian

Wanita perlu diyakinkan yang mereka sangat dicintai dan disayangi. Salah satunya melalui perhatian. Berpegangan tangan ketika berjalan-jalan, memeluk, membersihkan sisa makanan di bibir atau memastikan kekasihnya selamat sampai di rumah adalah bentuk perhatian dari lelaki yang diharapkan para wanita.

5. Senyum dan kedipan mata

Ada alasannya kenapa ramai wanita di dunia yang tergila-gila pada Richard Gere, George Clooney atau Hugh Jackman. Mereka punya dua persamaan: senyum manis dan jelingan mata yang seksi. Mendapat tatapan seperti itu daripada seorang lelaki, akan membuat wanita merasa sangat istimewa.

6. Sikap yang tenang

Wanita cenderung lebih sukar menahan emosi berbanding lelaki. Oleh kerana itu, mereka memerlukan seseorang yang boleh menenangkan dan boleh bersikap bijak dalam situasi apapun. Lelaki dengan perangai yang tenang dan sedikit sejuk, akan lebih menarik bagi wanita berbanding lelaki yang selalu mengukir senyuman, banyak tertawa mengalahkan artis. 

Setelah membaca point ini, anda tahu bukan, kenapa aktor seperti Robert Pattinson atau Nicolas Saputra sangat diidolakan oleh banyak kaum hawa? 

| SBP