Wednesday, December 28, 2016

Caligynephobia ~ Penyakit Aneh Yang Fobia Pada Wanita Cantik.

Ada berbagai macam fobia aneh dialami oleh manusia, di mana para pesakit fobia ini akan merasakan ketakutan yang amat sangat apabila melihat sesuatu perkara yang ditakutinya. Salah satu fobia yang dianggap aneh dan tak masuk akal iaitu Caligynephobia - fobia dengan wanita cantik. 

Dalam istilah perubatan dikenali sebagai Venustraphobia atau Venustaphobia yang berkaitan dengan Gynophobia, perasaan seram takut wanita. Ini bukanlah jenaka apalagi hoax, kerana fobia tersebut memang benar-benar ada dan banyak terjadi didunia ini kaum lelaki mengalami fobia Caligynephobia.


Mulai dari keluhan berat, gementar ketika melihat seorang wanita cantik sampai susah nak mulakan perbualan, berpeluh sejuk dan pengsan jika diajak bercakap bertatapan mata dengan perempuan berwajah cantik. Ini baru bertemu yang cantik, bagaimana kalau diajak dating berduaan dengan seorang gadis seksi montok, boleh terus stroke di tempat itu kali...hahaha seram...macam perasaan dikepung Komander 69 pulak.

Gejala dan Tanda Pengidap Caligynephobia - Fobia Pada Wanita Cantik

Seperti pada fobia atau gangguan anxietas fobik yang lazim ditemui, rasa takut yang berlebihan akan mencetuskan tindak balas yang sangat histeria bagi si pesakit fobia jika dia melihat sesuatu yang dianggap sangat menakutkan. Fobia lelaki takut dengan wanita cantik Caligynephobia ini dicipta oleh fikiran di bawah sedar sebagai perisai perlindungan.

Penyebab dari fobia tersebut hasil dari pengalaman kejadian buruk pada masa lalu seseorang yang berkaitan dengan wanita. Pada masa lalunya, mungkin pernah diganggu atau disakiti oleh wanita yang menyebabkan trauma psikologi mendalam pada lelaki pesakit fobia Caligynephobia.

Contohnya di sepanjang hidup masa lalu, lelaki tersebut mungkin pernah dibentak, dihina-hina kerana dianggap jelek oleh seorang wanita yang menjadi idamannya. Namun kes paling besar ditemui, ketika mereka masih anak-anak kecil sering dimarahi oleh ibu dan guru cantik ketika masih bersekolah dahulu. Atau boleh juga kerana sering dileter oleh makciknya sendiri.

Dan apabila menjelang usia dewasa / remaja, para pesakit fobia ini akan sangat takut dan sensitif jika bertemu atau berhadapan dengan wanita cantik. Pesakit fobia ini lebih memilih untuk mengelakkan kenalan fizikal, berdekatan dengan wanita, dan malahan tidak suka untuk berada diantara kerumunan wanita cantik.
Jika pesakit mengalami hal-hal tesebut diatas yang dibencinya maka akan timbul gejala dari fobia ketakutan pada wanita cantik yang aneh dan tak masuk akal. Gejala-gejala yang tampak jelas kelihatan jika seorang lelaki mengidap fobia takut dengan wanita cantik (Caligynephobia) diantaranya seperti berikut. 
  1. Pesakit akan mengalami sesak nafas dan nafas menjadi lebih cepat dan pendek. Jika keadaan tubuh lemah tak kurang pesakit akan pengsan di tempat tersebut. 
  2. Degupan jantung pesakit tidak stabil dan tidak teratur. 
  3. Tubuh si pesakit fobia akan mula gemeteran, berpeluh sejuk dan akan merasakan mual sampai terkencing di dalam seluar. 
  4. Pesakit akan mengalami ketakutan secara menyeluruh pada anatomi tubuh, dari sukar berbicara, mulut seperti dicekup setan sampai fikiran tak boleh fokus, ditanya apa - jawabnya apa hehehe. 
Gejala-gejala yang sudah disebutkan diatas tersebut memang berbeza-beza pada setiap pesakit, namun kesannya akan jelas membuat pesakit tidak dapat menumpukan perhatian dan benar-benar akan membuat pesakit mengalami masalah yang cukup besar bila bertemu dengan wanita cantik.

Yang lebih parahnya lagi, para pesakit fobia tahap akut ini juga akan berasa terancam hidupnya, padahal hanya melihat paras wajah wanita cantik melalui TV, video, ataupun gambar-gambar yang tersebar di media sosial. Aneh sangat bukan?

Kedengaran menyedihkan, sebenarnya para laki-laki pesakit fobia wanita cantik ini tentu menginginkan kesembuhan agar dapat menjalankan aktiviti sehari-hari dengan normal. Tentunya ada ada beberapa cara penyembuhan dengan menjalani rawatan.

Rawatan yang dianggap berkesan untuk menyembuhkan fobia aneh ini antara lain rawatan hipnoterapi, neuro-linguistic programming (NLP), hingga ke energy psychology untuk memastikan bahawa pesakit benar-benar boleh disembuhkan 100 peratus.

Tentunya rawatan tersebut harus dilakukan bersama doktor psikologi atau ahli terapi hipnosis yang tepat dan kompeten di bidangnya. Dan si lelaki pesakit fobia takut dengan wanita-wanita cantik harus datang mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kerana rawatan ini perlu dilakukan secara rutin, teratur dan memerlukan masa yang cukup lama.

| SBP