Thursday, December 15, 2016

7 Manfaat Minum Air Suam Bagi Kesihatan Tubuh.

Air merupakan sesuatu yang sangat penting bagi kelangsungan hidup manusia. Menurut pakar kesihatan, kita disarankan untuk minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Selain itu, tentunya kita juga sudah tahu bahawa 80 peratus kandungan dalam tubuh manusia adalah air. Namun tidak banyak orang yang tahu, minum air suam setiap hari mempunyai banyak manfaat bagi kesihatan kepada kita.


Manfaat minum air suam bagi kesihatan sangat banyak sekali. Air yang sihat adalah air yang suam, murni, jernih dan pastinya sudah melalui proses pemasakkan. Sehingga bakteria dan kuman yang terdapat dalam air sudah mati. Untuk mengatasi keadaan tertentu, air suam juga boleh ditambah dengan bahan-bahan tertentu.

Berikut manfaat minum air suam bagi kesihatan, antaranya:

1. Menurunkan Berat Badan

Bagi anda yang ingin menurunkan berat badan, anda boleh minum air suam setiap hari. Air suam sangat baik untuk menjaga metabolisme agar tetap sihat. 
Cara terbaik agar mendapat manfaat minum air suam untuk menurunkan berat badan adalah, dengan minum segelas air suam pada pagi hari dicampur dengan air perahan lemon. Maka air suam akan membantu untuk memecah tisu adipos atau lemak yang ada dalam tubuh.

2. Pencernaan Yang Sihat

Setelah anda mengambil makanan, sebaiknya anda minum air suam dan bukan air sejuk. Kerana minum air sejuk selepas anda makan akan mengeraskan minyak yang terkandung dalam makanan yang anda makan, sehingga menyebabkan deposit lemak pada dinding dalam usus anda. Ini boleh menyebabkan penyakit berbahaya seperti kanser usus. Dan hal ini tidak akan terjadi jika anda menukar air sejuk yang anda minum dengan air suam.

3. Melegakan Hidung Dan Tekak Yang Tersumbat

Minum air suam sangat baik untuk melegakan batuk, selesema dan sakit tekak. Air suam dapat memcairkan kahak dan membantu untuk menghapuskannya dari saluran pernafasan anda. Sehingga hal ini dapat meringankan sakit tekak yang anda alami. Selain itu, air suam juga boleh membantu dalam membersihkan hidung yang tersumbat.

4. Mengurangkan Sakit Perut Ketika Haid

Manfaat air suam bagi kesihatan juga dapat membantu mengurangkan rasa sakit perut atau kekejangan semasa haid. Panas pada air boleh memberikan kesan menenangkan pada otot-otot perut. Sehingga dapat membantu anda dalam menyembuhkan kekejangan. 

5. Sebagai Detoks Semulajadi Tubuh

Air suam juga sangat bermanfaat untuk detoksifikasi tubuh. Jika anda minum air suam, maka suhu badan akan meningkat sehingga tubuh menghasilkan peluh. Peluh akan membantu anda mengeluarkan racun-racun yang ada dalam tubuh dan membersihkannya dengan betul. Untuk mendapatkan hasil yang maksimum untuk detoks semulajadi badan, anda boleh menambah air perahan lemon pada air hangat.

6. Meningkatkan Peredaran Darah

Minum air suam juga berguna untuk melancarkan peredaran darah dalam tubuh. Air suam dapat melebarkan pembuluh darah, sehingga aliran darah ke seluruh tubuh menjadi lancar.

7. Sistem Saraf Lebih Sihat

Manfaat minum air suam bagi kesihatan juga boleh menjadikan saraf agar lebih sihat. Kerana dengan mengambil air suam dapat menjadikan peredaran darah menjadi lancar sehingga dapat menunjang aktiviti saraf juga menjadi lancar. Dengan aktiviti dan prestasi saraf yang tidak terganggu boleh membuat sistem saraf menjadi lebih sihat. 

Demikian tadi manfaat minum air suam bagi kesihatan. Minum air suam setiap hari merupakan kebiasaan yang sangat baik bagi tubuh. Anda boleh melakukan kebiasaan ini, agar hidup lebih sihat. 

Terima kasih telah membaca artikel 7 Manfaat Minum Air Suam Bagi Kesihatan Tubuh. Semoga memberi manfaat.

| SBP