Tuesday, November 15, 2016

PELIK! Wanita Ini Datang Haid Selama 5 Tahun Tanpa Henti.

Bagi seorang wanita kitaran haid atau haid normal biasanya berlangsung dari 5 hingga 8 hari. Bila terjadi Gangguan Haid boleh agak panjang 28 hingga 35 hari lamanya. Tapi apa yang dialami wanita 27 tahun bernama Chloe Christos ini sangat aneh, dia tak pernah berhenti haid selama 5 tahun lamanya dan harus kehilangan setengah liter darah setiap 4 hari. 


Terkejut mendengarnya? Sudah pasti penderitaan yang dia rasakan sangat hebat. Sebab seperti yang kita tahu apabila wanita datang haid terlalu lama, di situlah pengeluaran hormon wanita terganggu akibat nutrisi yang banyak berkurang. Kerana kitaran haid yang dialami oleh Chloe, dia sampai mengalami anemia teruk dan sering pengsan. Setiap minggu dia harus mendapatkan penyerapan zat besi.

Gangguan haid yang dialami oleh Chloe Christos sebenarnya sudah dia alami sejak lama, waktu dia mendapat haid pertama kali dalam hidupnya ketika masih berusia 14 tahun. 

Namun itu belum seberapa, sehingga diusianya yang ke 19 haidnya benar-benar tak berhenti selama 5 tahun berturut-turut. Kerana malu mendedahkannya, membuatkan Chloe sering mengalami pengsan. Hingga akhirnya hal tersebut diketahui oleh ibubapanya dan membawa Chloe ke doktor. 

Hasil diagnosis mendedahkan bahawa dia terkena penyakit aneh dan jarang berlaku yang dinamakan Von Willebrand yakni gangguan pada darah yang membuat darah sukar mengalami pembekuan sehingga tak berhenti-henti keluar. 
Peranan Von Willebrand ini sendiri sangat penting, sebagai protein yang berfungsi melakukan pembekuan darah serta trombosit pada dinding pembuluh darah agar membentuk sumbatan selama terjadi proses pembekuan darah dalam tubuh.

Menurut doktor yang pernah merawat Chloe, sangat jarang seseorang mengalami penyakit Von Willebrand dan kelainan genetik ini biasanya diwarisi dari keturunan. Satu-satunya cara rawatan berkesan yang boleh dilakukan hanyalah menjalani prosedur histerektomi iaitu langkah perubatan untuk pengangkatan rahim wanita. 

Bayangkan betapa shocknya Chloe mendengar penjelasan doktor tersebut. Di usianya yang masih sangat muda, dia diharuskan menopause awal dan sudah pasti tidak lagi boleh mendapatkan anak bila nanti dia berkahwin.


Kita lanjut ke cerita Chloe Christos, wanita yang mengalami gangguan haid tak berhenti sampai 5 tahun. Merasa bosan hidup, kerana Chloe perlu mengambil ubat sintetik pemberian doktor yang mempunyai kesan sampingan berbahaya selama 7 tahun. Dia selalu pengsan, dalam seminggu 3 kali dia dimasuk ke ICU (Unit Rawatan Kecemasan). Badannya pun menjadi kurus kering seperti seorang penghidap Anoreksia.

Seakan tiada kesembuhan yang berkunjung kerana memakai ubat tersebut, malahan menambah senarai panjang penderitaannya. Membuat keluarga Chloe berusaha mencari rawatan alternatif. Hingga akhirnya mereka berkunjung ke pusat Hemofilia. Ditempat tersebut, Chloe diberikan suatu preskripsi ubat yang biasa digunakan oleh para pesakit Hemofilia

Setelah mengambil secara rutin, ubat tersebut benar-benar mujarab menyembuhkan penyakit kelainan Von Willebrand yang dialami oleh Chloe, dia pun tak pernah lagi mengalami gangguan haid berpanjangan. Dan haidnya sehingga kini sudah normal 4 hingga 6 hari, tidak lagi sampai bertahun-tahun lamanya.