Baru baru ini seorang pakar motivasi membuat kenyataan bahawa lelaki yang mempunyai lebih dari satu isteri (poligami) umurnya akan lebih panjang dan lebih sihat.
Umum mengetahui bahawa perkataan poligami sangat sensitif dikalangan wanita terutama wanita melayu.
Mengulas kenyataan pakar motivasi tersebut mengemukakan pakatan bahawa berpoligami mempunyai peranan penting dalam kesihatan dan umur seseorang.
Berikut penjelasannya.
Kajian yang dilakukan oleh Virpi Lummaa, seorang pakar motivasi Inggeris dari Universiti Sheffield mengemukakan kenyataan itu dalam acara tahunan International Society for Behavioral Ecology di Ithaca, New York, Amerika Syarikat.
Kajian itu membuat kesimpulan lelaki yang mempunyai isteri lebih dari satu boleh memanjangkan usia, kajian itu dilakukan kepada lelaki berusia 60 tahun yang berasal dari negara yang mempunyai 140 orang yang beristeri lebih dari satu.
Beliau berkata rata-rata usia lelaki yang melakukan poligami umurnya lebih lama 12% dari lelaki yang berkahwin satu.
Hal itu berkaitan dengan faktor sosial dan genetik.
Kajian itu juga menyebut bahawa lelaki yang mempunyai isteri lebih dari satu, pemakanan dan pengurusannya juga akan lebih baik, tentu kesihatannya akan lebih baik, mereka akan lebih bahagia kerana mempunyai anak dan kehidupan seks yang mencukupi.
Keperluan seks yang dipenuhi akan membuat kesuburan lelaki tetap terjaga walaupun sudah berusia.
Hal itulah yang berpengaruh terhadap fungsi hormon dan mengatur metabolisme tubuh.
Bagi lelaki miliki isteri lebih dari satu memang boleh membawa kesan baik untuk kesihatan, namun sayangnya hal tersebut tidak memberi kelebihan kepada wanita. Bagaimana pun kajian tersebut hanya akan berkesan pada lelaki yang berpoligami secara adil.